Fesyen hijab sentiasa berkembang dengan idea-idea kreatif dan inovatif dari pereka dan influencer hijabi di seluruh dunia.
Tahun 2024 menjanjikan pelbagai gaya hijab yang menarik dan sesuai untuk semua acara. Dengan kreativiti dan inovasi yang berterusan, wanita hijabi kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk mengekspresikan diri mereka melalui fesyen hijab.
Jadi, jangan takut untuk mencuba gaya-gaya baru ini dan tampil lebih bergaya setiap hari!
1. Hijab Layered
Gaya ini menggunakan beberapa lapisan hijab dengan warna dan corak yang berbeza, memberikan dimensi dan tekstur yang unik.
- Cara Menggayakan: Pilih warna-warna yang saling melengkapi dan mainkan dengan corak seperti floral atau geometri untuk menambah kesan menarik.
2. Hijab Turban
Gaya turban yang praktikal dan chic, sesuai untuk wanita yang aktif.
- Cara Menggayakan: Gunakan tudung material stretch seperti jersey atau cotton. Tambahkan aksesori seperti anting-anting besar untuk gaya yang lebih mencolok.
3. Hijab Casual
Gaya hijab yang simple dan kasual, sesuai untuk aktiviti harian.
- Cara Menggayakan: Tudung bawal atau shawl dengan ikatan simple. Padankan dengan blouse dan jeans untuk penampilan yang santai.
4. Hijab Modest Chic
Gaya yang menekankan kesopanan dengan sentuhan moden.
- Cara Menggayakan: Pilih hijab yang menutup dada dan pakaian longgar tetapi tetap stylish. Gunakan aksesori seperti tali pinggang dan tas tangan trendy.
5. Hijab Sporty
Tudung yang direka khas untuk aktiviti sukan.
- Cara Menggayakan: Pilih tudung dengan material ringan dan breathable. Padankan dengan pakaian sukan yang sopan.
6. Hijab Boho
Tudung yang dipakai dengan gaya longgar, memberikan penampilan yang sederhana namun tetap sopan dan feminin.
- Caray Menggayakan: Hijab jenis shawl atau selendang panjang dengan warna pastel lembut seperti merah jambu muda. Dipadankan dengan blaus putih yang longgar dan hiasan renda di bahagian lengan dan pinggang.
7. Hijab Formal
Tudung satin atau silk yang dipadankan dengan pakaian formal.
- Cara Menggayakan: Gunakan hijab satin dengan ikatan kemas. Padankan dengan baju kurung moden atau jubah untuk majlis rasmi.
8. Hijab Street Style
Gaya hijab yang diilhamkan oleh fesyen jalanan.
- Cara Menggayakan: Pilih tudung dengan corak grafik atau warna bold. Padankan dengan jaket, sneakers, dan aksesori seperti topi atau kaca mata hitam.
9. Hijab Minimalis
Gaya hijab yang simple dan elegan.
Pilih hijab dengan warna neutral dan ikatan simple. Padankan dengan pakaian yang clean cut dan aksesori minimalis.
10. Hijab Vintage
Gaya hijab yang diilhamkan oleh fesyen era dahulu.
Cara Menggayakan: Gunakan hijab dengan corak retro dan padankan dengan pakaian vintage seperti skirt flare atau blouse polka dot.
Lihat Juga:
– Idea Hadiah Terbaik untuk Perempuan Yang Mereka Pasti SukaÂ