Pusat Strategi UKM sedang mencari individu warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited, dan berdedikasi untuk mengisi jawatan di bawah peruntukan MySTEP.
Tawaran jawatan kosong MySTEP di Pusat Strategi UKM ini adalah bagi jawatan Pegawai Tadbir N41.
Berikut adalah maklumat terperinci mengenai jawatan yang ditawarkan.
Apa itu MySTEP?
MySTEP adalah program diumumkan oleh YB Menteri Kewangan yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya​.
Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:
- Penempatan di Sektor Awam
- Penempatan di GLCs and rakan strategiknya
Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP adalah:
Sektor Awam | GLCs dan Rakan Strategiknya |
1 – 12 Bulan | 6 – 12 Bulan |
Personel MySTEP boleh dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan sesuai dengan keperluan Kementerian / Jabatan / GLC / Rakan Strategik.​
Maklumat Jawatan
- Jawatan: Pegawai Tadbir N41
- Kadar Upah: RM2,100.00 sebulan
- Penempatan: Pusat Strategi UKM
- Tempoh Diperlukan: 12 bulan
Tempoh Permohonan
- Tarikh Buka Iklan: 25 Jun 2024 (Selasa)
- Tarikh Tutup Iklan: 1 Julai 2024 (Isnin)
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia: Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Akademik:
- Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Persekitaran atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ATAU
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Justifikasi dan Senarai Tugas
Pusat Strategi UKM memerlukan Personel MySTEP yang mempunyai asas dalam pengurusan data dan kemahiran teknologi maklumat. Selain itu, Personel MySTEP juga diperlukan untuk membantu dalam bidang alam sekitar, perhubungan iklim, dan kelestarian. Tugas-tugas utama termasuk:
- Membantu proses penyediaan data bagi penarafan antarabangsa yang disertai oleh UKM.
- Menjalankan survei berdasarkan keperluan.
- Menyediakan maklumat jejak karbon dan penggunaan tenaga mengikut keperluan.
- Membantu dalam penyediaan data dan penulisan laporan yang akan diserahkan kepada HURS dan QS.
- Tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke masa.
Cara Memohon
Calon yang berminat perlu menghantar surat permohonan beserta Latar Diri (CV) yang lengkap dengan sijil/dokumen berkaitan yang telah disahkan melalui emel kepada Ketua Pentadbiran Pusat Strategi UKM di alamat emel berikut: [email protected].
Calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga secara dalam talian di Pusat Strategi UKM. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Info Lanjut
Untuk Maklumat Lanjut, hubungi;
Puan Roslina Rosli
Ketua Pentadbiran
Pusat Strategi UKM
No telefon: 03-8921 3885
Email: [email protected]
Anda boleh mengikuti Pusat Strategi UKM melalui pautan berikut:
- Laman Web:
- Media Sosial:
- Facebook: PusatStrategiUKM
- Instagram: PusatStrategiUKM
- TikTok: PusatStrategiUKM
- YouTube: PusatStrategiUKM
Sumber: Pusat Strategi UKM
Lihat Juga;
– MySTEP Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)
– Permohonan MySTEP Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)