HomeKerjayaJawatan Kosong Pensyarah UMK (Universiti Malaysia Kelantan)

Jawatan Kosong Pensyarah UMK (Universiti Malaysia Kelantan)

JAWATAN KOSONG AKADEMIK: Iklan Kekosongan Jawatan Tahun 2025 Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti (Tetap/Kontrak) Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan akademik (pensyarah) di universiti ini.

Jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah dalam skim perkhidmatan Pensyarah Universiti secara tetap atau kontrak dengan pelbagai keistimewaan dan pakej gaji menarik. 

Berikut adalah maklumat lengkap mengenai kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Tarikh Tutup Permohonan

6 Februari 2025 (Khamis).

Jawatan dan Jadual Gaji

  1. Guru Bahasa (Gred DG9)
    • Gaji: Minimum RM2,250 – Maksimum RM11,110
    • Kelayakan: Ijazah Sarjana Muda/Sarjana serta kelayakan profesional.
  2. Pensyarah (Gred DS11)
    • Gaji: Minimum RM3,320 – Maksimum RM12,760
    • Kelayakan: Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, serta pengalaman industri sekurang-kurangnya 6 tahun.
  3. Pensyarah Kanan (Gred DS13)
    • Gaji: Minimum RM4,430 – Maksimum RM13,640
    • Kelayakan: Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah (PhD), serta penerbitan 2 jurnal yang diindeks SCOPUS.
  4. Profesor Madya (Gred DS14)
    • Gaji: Minimum RM6,560 – Maksimum RM15,360
    • Kelayakan: Memenuhi syarat kenaikan pangkat di UMK.
  5. Profesor (Gred VK7)
    • Gaji: Minimum RM7,990 – Maksimum RM22,040
    • Kelayakan: Memenuhi syarat kenaikan pangkat di UMK.

Syarat-Syarat Umum

  1. Kewarganegaraan: Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Had Umur: 18 hingga 54 tahun pada tarikh lantikan.
  3. Kelulusan Akademik: Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, dan/atau PhD yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  4. PNGK Minimum: Sekurang-kurangnya PNGK 3.00 atau Kelas Kedua Tinggi di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
  5. Penguasaan Bahasa:
    • Bahasa Melayu: Kepujian di peringkat SPM (termasuk ujian lisan).
    • Bahasa Inggeris: Keperluan markah minimum mengikut jawatan:
      • IELTS: 5.0 ke atas (DG9/DS11) dan 6.0 ke atas (DS13/DS14/VK7).
      • TOEFL-iBT: 35 ke atas (DG9/DS11) dan 60 ke atas (DS13/DS14/VK7).
      • MUET: Band 3 ke atas (DG9/DS11) dan Band 4 ke atas (DS13/DS14/VK7).

Kekosongan di Fakulti dan Bidang

Universiti Malaysia Kelantan menawarkan kekosongan jawatan dalam pelbagai fakulti seperti berikut:

1. Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP):

  • Perbankan dan Kewangan Islam
  • Perakaunan (ACCA)
  • Keusahawanan Teknologi Digital dan Inovasi

2. Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK):

  • Pengurusan Acara
  • Pengurusan Pelancongan

3. Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI):

  • Komunikasi Bahasa Inggeris
    • Memerlukan PhD dalam bidang Komunikasi Bahasa Inggeris.
  • Pengajian Islam:
    • Pengkhususan dalam Aqidah dan Falsafah atau Al-Quran dan Al-Sunnah.
  • Bahasa Arab:
    • Pengkhususan dalam Terjemahan dan Interpretasi.

Cara Permohonan

Calon yang berminat perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Permohonan Online:
    Permohonan hanya diterima secara atas talian melalui pautan berikut:
    https://e-recruitment.umk.edu.my/ 
  2. Borang dan Bayaran:
    • Isi borang permohonan dengan lengkap.
    • Muat naik dokumen sokongan dan laporan pengadil.
    • Lakukan bayaran pemprosesan sebanyak RM10.00 melalui online banking.
  3. Penghantaran:
    Permohonan hanya akan diproses setelah bayaran dilakukan. Calon perlu memastikan semua maklumat adalah tepat sebelum menekan butang ‘Hantar’.

Maklumat Tambahan

  1. Semua permohonan dianggap sulit. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.
  2. Pemohon yang tidak menerima maklum balas selepas 6 bulan dianggap tidak berjaya.
  3. Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Iklan Jawatan Kosong Akademik 2025 UMK

Berikut adalah iklan penuh jawatan kosong akademi:

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments