HomeInfoJualan Rahmah Madani Putrajaya 6 - 9 Februari 2025

Jualan Rahmah Madani Putrajaya 6 – 9 Februari 2025

Sempena Hari Terbuka Putrajaya 2025, Yayasan Rahmah Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya dan agensi berkaitan akan menganjurkan Program Jualan Rahmah Madani. 

Acara ini berlangsung dari 6 hingga 9 Februari 2025, bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3. Dengan tema “Rahmah itu Berkat”, program ini bertujuan menyediakan barangan keperluan harian pada harga mampu milik kepada pengunjung.

Tarikh, Masa, dan Lokasi

  • Tarikh: 6-9 Februari 2025
  • Masa: 10:00 pagi hingga 10:00 malam (6-8 Februari) dan 10:00 pagi hingga 5:00 petang (9 Februari)
  • Lokasi: Dataran Putrajaya, Presint 3
  • Map: https://g.co/kgs/kGjjBj8

Promosi dan Barangan Ditawarkan 

Pengunjung akan menikmati pelbagai promosi menarik termasuk:

  1. Ayam Segar:
    • RM10.00 seekor
    • Potongan bahagian ayam (6-7 bahagian) seperti drumstick, chicken thigh, dan lain-lain.
  1. Ikan Keli Frozen (Siap Siang):
    • RM8.00 bagi satu pek.
Ikan Keli Frozen
  1. Bakul Rahmah:
    • Mengandungi barangan asas seperti beras, tepung gandum, minyak masak, gula, dan susu pekat.
Bakul Rahmah
  1. Produk Barangan Kering:
    • Termasuk bawang, halia, kentang, dan cili kering.
Produk Barangan Kering
  1. Sayuran Segar:
    • Pelbagai pilihan sayur-sayuran segar pada harga diskaun.
Sayuran Segar
  1. Nasi Briyani Barakah:
    • RM10.00 sebungkus, lengkap dengan lauk pauk.
Nasri Briyani Barakah

Apa Itu Program Jualan Rahmah Madani?

Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) ialah inisiatif oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN) yang menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian antara 10% hingga 30% lebih murah daripada harga pasaran biasa. 

Dilancarkan pada 11 Januari 2023, program ini diteruskan sepanjang tahun 2025 di 222 kawasan Parlimen di seluruh negara, dengan keutamaan di lokasi-lokasi berpendapatan rendah.

Antara barangan yang ditawarkan termasuk ayam, ikan, telur, gula, minyak masak, tepung, beras, sayur-sayuran, barangan penjagaan diri, dan keperluan harian lain. PJRM dilaksanakan melalui kerjasama dengan pasar raya besar dan pasar raya, serta menggunakan model pelaksanaan di dalam premis, di kawasan terbuka, dan secara bergerak untuk memastikan capaian kepada semua lapisan masyarakat.

Tujuan Program

  • Membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.
  • Memberi peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan barangan keperluan pada harga berpatutan.
  • Merancakkan ekonomi tempatan melalui sokongan kepada peniaga kecil dan sederhana.

Objektif Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM)

  • Menawarkan barangan keperluan harian kepada masyarakat setempat pada harga mampu milik.
  • Merancakkan ekonomi sektor peruncitan di kawasan setempat serta membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
  • Menghidupkan kembali ekonomi anggota masyarakat setelah menghadapi kesan pandemik, di samping meringankan kos sara hidup rakyat dalam situasi mencabar.

Kumpulan Sasaran PJRM

  • Dilaksanakan di 222 kawasan Parlimen, merangkumi 640 Dewan Undangan Negeri (DUN), termasuk 40 zon Wilayah Persekutuan, di premis perniagaan terpilih di seluruh negara.
  • Mensasarkan kawasan penempatan atau tumpuan B40, dilaksanakan secara bergerak dan fizikal di seluruh negara.
  • Pihak Kerajaan melalui Kementerian memperkenalkan konsep ‘Mobile’ (bergerak) bagi memastikan inisiatif ini sampai ke setiap pelosok negara. Program ini menggunakan kaedah seperti lori pickup, van, dan lain-lain untuk mencapai kawasan pedalaman dan kampung.

Takwim Jualan Rahmah Madani 2025

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyediakan takwim PJRM di laman https://www.kpdn.gov.my/index.php/ms/jualan-rahmah

Takwim ini memudahkan rakyat mengetahui lokasi dan tarikh terkini program Jualan Rahmah Madani di seluruh negara. Ia menyenaraikan waktu serta tempat pelaksanaan PJRM, termasuk di 222 kawasan Parlimen. 

Melalui takwim ini, rakyat boleh merancang pembelian barangan keperluan harian dengan potongan harga 10%-30% lebih murah. 

Informasi ini dapat diakses dengan mudah melalui laman web atau aplikasi, memastikan manfaat program ini sampai kepada semua golongan, terutamanya B40 dan masyarakat pedalaman, untuk meringankan beban kos sara hidup.

Info Lanjut Hari Terbuka Putrajaya 2025

Info Lanjut  mengenai Program Jualan Rahmah Madani bersempena Hari Terbuka Putrajaya 2025 sila ikuti;

Sekretariat Jualan RAHMAH

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Jualan RAHMAH, sila hubungi:

Bahagian Pembangunan Perniagaan
Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup


Artikel Berkaitan:
Taman Pameran Mini Hobbit Putrajaya
Royal Floria Putrajaya

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments