Tarikh Hari Wesak (Vesak Day) tahun ini ialah pada 12 Mei 2025 (Isnin).
Ia merupakan salah satu daripada hari kelepasan am bagi Kerajaan Persekutuan untuk tahun 2025.
Pada tarikh ini juga, seluruh negeri di Malaysia akan bercuti bersempena perayaan ini. Ia merupakan salah satu sambutan bagi penganut agama Buddha di Malaysia.
Oleh yang demikian, anda boleh merancang aktiviti percutian anda bersempena Hari Kelepasan Am ini.
Cuti Bersempena Hari Wesak 2025
Hari Wesak adalah hari Hari Kelepasan Am Persekutuan sebagaimana hari kelepasan am yang lain seperti Hari Deepavali, Hari Krismas dan lain-lain.


Seluruh negara akan bercuti pada 12 Mei 2025 iaitu pada hari Isnin permulaan minggu tersebut.
Cuti Panjang Wesak 2025: Ambil Peluang Berehat 3 Hari!
Bagi negeri-negeri yang bercuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad, anda akan menikmati cuti panjang minggu tersebut (long weekend)
Jika anda ingin merancang percutian pendek (short getaway), berikut ialah cadangan cuti panjang:
- Sabtu, 10 Mei 2025 – Cuti hujung minggu
- Ahad, 11 Mei 2025 – Cuti hujung minggu
- Isnin, 12 Mei 2025 – Cuti Umum Hari Wesak
- Total: 3 hari berturut-turut!
Cuti Panjang Hari Wesak 2025 Untuk Negeri Cuti Jumaat-Sabtu
Bagi negeri yang cuti mingguan pada Jumaat dan Sabtu, anda boleh menikmati cuti panjang 4 hari berturut-turut dengan hanya ambil cuti satu hari sahaja!
Tarikh | Catatan |
---|---|
9 Mei 2025 (Jumaat) | Cuti Mingguan |
10 Mei 2025 (Sabtu) | Cuti Mingguan |
11 Mei 2025 (Ahad) | Ambil cuti tahunan |
12 Mei 2025 (Isnin) | Hari Wesak – Cuti Umum Persekutuan |
Total: 4 hari cuti berturut-turut (Jumaat – Isnin). Hanya perlu ambil cuti 1 hari sahaja (Ahad)!
Cuti Penggal 1 Persekolahan Sesi 2025/2026
Untuk makluman, cuti penggal 1 persekolahan KPM bagi sesi 2025/2026 adalah pada penghujung bulan Mei hingga awal bulan Jun 2025 selama 12 hari.
Anda bolehlah merancang aktiviti anak-anak untuk cuti penggal ini;
Kumpulan A
Kumpulan A terdiri daripada negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu. Tempoh cuti adalah selama 12 hari;
- 29 Mei 2025 (Khamis) – 9 Jun 2025 (Isnin)
Kumpulan B
Kumpulan B terdiri daripada Negeri Selangor, Sabah, Sarawak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, W.P Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Tempoh cuti adalah 12 hari;
- 29 Mei 2025 (Khamis) – 9 Jun 2025 (Isnin)


Antara aktiviti yang boleh dicadangkan adalah mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2025) yang berlangung pada 23 Mei hingga 1 Jun 2025 di PWTC.
Banyak tempat menarik cuti sekolah yang anda boleh luangkan bersama family tersayang.
- Senarai Tempat Menarik Di Selangor
- Pulau Langkawi: 5 Tempat Wajib Pergi Untuk Percutian
- 14 Tempat Menarik Yang Percuma di Kuala Lumpur
- Senarai Tempat Menarik Di Kedah 2025: Sesuai Percutian Keluarga
Lihat Juga:
Sejarah Perayaan Hari Wesak di Malaysia
Hari Wesak (Vaisakha Puja) adalah hari yang paling penting bagi penganut agama Buddha di seluruh dunia. Ia jatuh pada hari kelima belas bulan naik atau bulan keenam mengikut kalendar lunar Thai atau pada bulan Mei mengikut kalendar Masihi setiap tahun.
Perayaan ini disambut bagi mengingati tiga peristiwa penting tentang Buddha iaitu saat kelahiran; saat mendapat pencerahan dan saat mencapai nibbana.
Di Malaysia, Hari Wesak di rayakan secara tahunan sejak tahun 1962 apabila pemimpin agama Buddha pada masa itu berjaya meyakinkan kerajaan Malaysia tentang kepentingan ditambah dengan bilangan mereka yang ramai (satu pertiga daripada jumlah rakyat Malaysia).
Kerjasama di antara semua jenis mazhab agama Buddha dalam merayakan Hari Wesak adalah jelas terutamanya di bandar-bandar besar. Selain daripada mengorganisasikan sambutan secara bersama, setiap Wat juga mempunyai program dan aturcara tertentu bagi meraikan perayaan ini.
Ketika perayaan tersebut, semua Wat akan dibuka pintu kepada orang ramai untuk memberi sumbangan.
Antara amalan yang popular dilakukan ialah ialah menghidupkan lampu minyak kerana percaya bahawa lampu tersebut akan menerangi hidup mereka ke arah yang lebih aman dan gembira serta boleh mengurangkan masalah dan penyakit.
Mereka juga berharap agar Buddha kembali untuk mendoakan kebahagiaan dan menjauhkan mereka dari segala penyakit.
Berdasarkan kepada konsep Kamma, penganut Buddha percaya bahawa perbuatan baik mereka pada Hari Wesak ini mendatangkan keberkatan yang besar serta lebih tinggi nilainya berbanding hari-hari yang lain dan akan menambahkan lagi rekod amalan baik mereka.
Jadi, mereka menghabiskan masa di Wat-wat untuk meneliti Rukun Lapan, mengamalkan meditasi, mendengar ceramah Dhamma di samping melakukan kerja-kerja kebajikan seperti membersihkan wat, memberi sedekah dalam bentuk wang dan barangan, mengadakan jamuan dan lain-lain.
Sambutan di Malaysia
Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, sambutan perayaan ini di raikan di seluruh negara oleh penganut Budha dengan mengunjungi kuil-kuil di kawasan tempat tinggal masing-masing dengan aman dan tenang.
Sambutan Hari Wesak peringkat negeri Selangor akan berlangsung selama sebulan bermula hari ini. Acara rasmi diadakan pada 17 Mei di tokong Maha Karuna Vihara, Elmina, Shah Alam, dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.
Sambutan ini bertujuan untuk menggalakkan pemahaman dan interaksi antara kaum dan agama di samping upacara keagamaan.
Perayaan Hari Wesak di Malaysia membuktikan prinsip dan amalan beragama sentiasa dihormati dan dihayati seluruh rakyat Malaysia.
Soalan Lazim
Hari Wesak merupakan hari perayaan di dalam agama Buddha. Tidak kira dari mana alirannya samada Mahayana atau Theravada, mereka akan merayakan perayaan hari Wesak. Perayaan ini salah satu perayaan penting bagi memperingati Siddharta Gautama Buddha yang lahir di Lumbini, Nepal, sekitar 563-483 SM. Siddharta Gautama Buddha merupakan tokoh penting di dalam agama Buddha. Selain Siddharta Gautama Buddha, mereka juga mengimani adanya Buddha-Buddha lain. Akan tetapi, hari wesak ini hanya khusus memperingati Siddharta Gautama sahaja.
Hari Wesak pada tahun 2025 akan disambut pada 12 Mei (Isnin). Tarikh ini ditentukan berdasarkan kalendar lunar dan berubah setiap tahun.
Hari Wesak disambut oleh penganut agama Buddha, yang terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia termasuk Cina, Siam, dan komuniti-komuniti Buddha lain. Perayaan ini turut menarik minat masyarakat berbilang kaum yang berminat untuk memahami dan menghargai budaya serta tradisi Buddhisme.
Ya, Hari Wesak adalah Hari Kelepasan Am Persekutuan. Ini bermaksud semua negeri di Malaysia adalah cuti termasuk negeri Kelantan.
Ya, Hari Wesak adalah cuti umum di negeri Johor. Sebagai hari Kelepasan Am Persekutuan, Hari Wesak adalah hari cuti di seluruh Malaysia termasuk Johor.