HomeZakat FitrahZakat Fitrah Kedah 2025: Kadar dan Cara Bayaran Online

Zakat Fitrah Kedah 2025: Kadar dan Cara Bayaran Online

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah mengumumkan kadar Zakat Fitrah Negeri Kedah bagi tahun 2025 bersamaan 1446 Hijrah.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang juga merangkap Pengerusi LZNK, Datuk Seri Norizan Khazali, menyatakan bahawa kadar ini ditetapkan berdasarkan harga beras yang dimakan oleh kebanyakan umat Islam di Kedah, mengikut timbangan satu gantang Baghdad (2.6 kg beras).

Pembayaran zakat fitrah boleh dilakukan secara dalam talian (online) atau melalui amil bertauliah yang dilantik oleh LZNK.

Pada tahun ini LZNK hanya menetapkan menetapkan 2 kadar bayaran sahaja iaitu RM7.00 dan RM14.00 berbanding tahun lalu iaitu 3 kadar.

Lihat Juga: Jadual Berbuka Puasa dan Imsak Negeri Kedah 1446/2025

Kadar Zakat Fitrah Kedah 2025 / 1446H

Zakat Fitrah Kedah 2025 - Kadar Minima RM7 dan RM14
KadarJenis Beras
RM 7.00Beras Super Spesial Tempatan (5% Hancur)
RM 14.00Beras Super Import, Beras Perang, Beras Pulut, Herba Ponni, Beras Wangi

Bagi tahun 2025, LZNK telah menetapkan dua kadar Zakat Fitrah berdasarkan jenis beras yang dimakan oleh penduduk Muslim di negeri ini.

Kadar RM7.00 ditetapkan bagi individu yang makanan hariannya terdiri daripada beras super spesial tempatan (5% hancur). Manakala, kadar RM14.00 dikenakan kepada mereka yang menjadikan beras super import, beras perang, beras pulut, herba ponni, atau beras wangi sebagai makanan harian.

Walaupun seseorang itu hanya mengamalkan pemakanan beras tempatan, mereka yang berkemampuan digalakkan untuk membayar pada kadar yang lebih tinggi, iaitu RM14.00 atau lebih. Ini bagi memperoleh keberkatan yang lebih besar serta membantu lebih ramai golongan asnaf yang memerlukan.

Kalau Makan Beras Campur Nak Bayar Zakat Berapa?

La ni timbul isu dan persoalan sebab banyak beras import dah dicampur dengan beras tempatan, jadi nak kena bayaq zakat fitrah ikut beras tempatan ka atau beras import?

Ni Penerangan Mufti Kedah 

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang, menyatakan bahawa sehingga kini belum ada kajian terperinci dilakukan untuk menentukan kesan campuran beras terhadap kadar zakat fitrah. Menurutnya, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah mengenal pasti nisbah campuran dalam beras yang dijual di pasaran – sama ada beras tempatan lebih dominan atau sebaliknya.

Beliau menegaskan bahawa pihaknya akan menunggu hasil kajian daripada agensi kerajaan berkaitan sebelum membuat sebarang keputusan rasmi.

“Kami belum lagi membuat satu kajian secara mendalam kerana pertamanya, kita perlu mengenal pasti tentang cara mencampuri beras ini. Adakah ia dicampurkan sama ada lebih banyak beras tempatan daripada yang betul dan sebagainya.”

Beliau turut menyatakan bahawa buat masa ini, kadar zakat fitrah di Kedah akan kekal pada RM7 dan RM14 sehingga kajian lanjut selesai.

“Jadi, setelah melihat apa yang akan dilakukan di sana dan kriteria-kriteria yang akan diperlukan, barulah kami di sini akan menyusuli melihat dan memberi pandangan. Sehingga itu kadar tersebut kekal.”

Sehingga keputusan rasmi dibuat, penduduk Kedah disarankan untuk membayar zakat fitrah berdasarkan jenis beras yang lebih dominan dalam pemakanan harian mereka.

Isu Beras Campur, Kesan Terhadap Zakat Fitrah Di Kedah

Beberapa hari lalu, laporan media menyatakan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah menjalankan analisis ke atas 5,000 sampel beras import yang dirampas dan mendapati bahawa 50 peratus daripadanya dicampur dengan beras putih tempatan. 

Penemuan ini menimbulkan persoalan hukum, terutamanya dalam menentukan kadar zakat fitrah yang wajar dikenakan kepada mereka yang tanpa sedar membeli dan memakan beras campur.

Jadi Nak Bayar RM7 atau RM14?

Sehingga kajian selesai, umat Islam di Kedah disarankan untuk membayar zakat fitrah berdasarkan kadar sedia ada, iaitu RM7 atau RM14, bergantung kepada jenis beras yang lebih dominan dalam pemakanan harian mereka.

Jika tidak pasti nisbah beras campur yang dimakan, digalakkan membayar kadar lebih tinggi (RM14.00) untuk memastikan pembayaran zakat fitrah lebih adil dan berpahala.

Cara Bayaran Zakat Fitrah Negeri Kedah bagi Tahun 2025

Bagi memudahkan pembayaran zakat fitrah, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah menyediakan 22 saluran bayaran, termasuk pembayaran secara dalam talian (online) serta melalui amil bertauliah yang dilantik di seluruh negeri Kedah.

1) Bayaran Secara Online

Pembayaran zakat fitrah secara atas talian boleh dibuat melalui platform berikut:

a) Portal Rasmi LZNK

b) Perbankan Internet (13 Platform)

  • Maybank2u
  • CIMB Clicks
  • Bank Islam Go
  • Dan lain-lain perbankan internet yang disokong.

c) E-Wallet (3 Aplikasi Perkhidmatan)

  • Touch n Go
  • Boost
  • TheNoor

d) Portal Pembayaran (3 Platform)

  • MyEG
  • PayHalal
  • Mercy Malaysia

2) Bayaran Melalui Amil Zakat

Seramai 2,753 amil dan 172 agensi telah dilantik oleh LZNK untuk menerima pembayaran zakat fitrah secara digital sepenuhnya.

Pembayaran boleh dilakukan melalui kaedah berikut:

  • Sistem MyAmil – Pembayaran secara bersemuka dengan amil menggunakan sistem digital.
  • Kod QR – Pembayar boleh mengimbas kod QR yang disediakan oleh amil.
  • Pautan Pembayaran melalui WhatsApp – Amil boleh menghantar link pembayaran kepada pembayar untuk akses terus ke platform pembayaran.

Pembayaran kini lebih moden dan mudah! Pembayar tidak akan menerima kupon atau resit secara manual seperti sebelum ini. Sebaliknya, resit pembayaran akan dihantar secara digital melalui SMS atau e-mel kepada nombor yang didaftarkan.

Bagi individu yang menghadapi masalah menggunakan sistem digital, LZNK masih menyediakan kupon zakat fitrah dalam jumlah terhad melalui amil terpilih sahaja.

Resit Zakat Fitrah Negeri Kedah 1446H / 2025M

Resit Zakat Fitrah Kedah 2025

Resit zakat fitrah Kedah tahun 1446H / 2025M mempunyai warna berbeza mengikut kadar bayaran yang telah ditetapkan oleh LZNK:

Warna Resit & Kadar Zakat Fitrah

  • Resit Emas (RM7.00) –   Untuk beras tempatan sebagai makanan harian, seperti Beras Super Spesial Tempatan (5% hancur).
  • Resit Biru (RM14.00)-   Untuk beras import, seperti Beras Perang, Beras Pulut, Herba Ponni, dan Beras Wangi.

Nota Penting

  • Pembayaran zakat fitrah kini dilakukan secara digital, dan resit tidak lagi dikeluarkan secara manual.
  • Resit pembayaran akan dihantar melalui SMS atau e-mel setelah transaksi berjaya.
  • Bagi yang menghadapi kesulitan dengan sistem digital, LZNK masih menyediakan kupon zakat fitrah dalam jumlah terhad melalui amil bertauliah yang dilantik.
  • Pastikan pembayaran dibuat kepada amil yang bertauliah dan dapatkan resit rasmi LZNK sebagai bukti pembayaran zakat fitrah anda.

Adakah harus mengeluarkan zakat fitrah dengan wang?

Bagi menjawab persoalan ini, terdapat khilaf ulama iaitu;

1. Mengikut mazhab Syafiie, Maliki dan Hambali; zakat fitrah wajib dikeluarkan dalam bentuk makanan asas setempat. Tidak harus dikeluarkan dalam bentuk wang sekalipun yang sama harga dengan makanan yang wajib dikeluarkan zakat mengikut nilaian semasa.

2. Menurut mazhab Hanafi; harus mengeluarkan zakat fitrah dengan wang yang sama nilai dengan harga satu gantang makanan asas tadi jika itu lebih memberi manfaat kepada fakir miskin. Pandangan mazhab Hanafi ini ditarjih oleh Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitabnya Fiqh Zakat.

Fatwa di dalam negara kita Malaysia menerima pandangan yang mengharuskan pembayaran zakat fitrah menggunakan wang berdasarkan nilaian makanan asasi.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah telah memutuskan berkenaan hukum membayar fitrah dengan harga, iaitu wang tunai.

“Jawatankuasa berpendapat harus bagi kaum muslimin di dalam negeri Kedah membayar zakat fitrah yang wajib ke atas mereka dengan harga makanan (beras) yang biasa dimakan iaitu dengan bertaqlidkan kepada mazhab Imam Abi Hanifah Rahimahullah.”

(Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah; 1989)

Info dan maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang zakat fitrah ini, boleh merujuk saluran  rasmi Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman sebagaimana berikut;

Facebookhttps://www.facebook.com/zakatkedah
Laman Webhttps://www.zakatkedah.com.my/
Telefon1800 88 1740(Talian bebas tol)04-731 1740

Soalan Lazim (FAQ)

Berapa Kadar Zakat Fitrah Negeri Kedah Bagi Tahun 2024?

RM 7.00 = Beras Super Spesial Tempatan (5% hancur)
RM 14.00 = Beras perang, beras pulut, herba ponni, beras wangi dan setaraf dengannya.

Kalau makan beras campur nak bayar zakat berapa?

Umat Islam di Kedah disarankan untuk membayar zakat fitrah berdasarkan kadar sedia ada, iaitu RM7 atau RM14, bergantung kepada jenis beras yang lebih dominan dalam pemakanan harian mereka.

Jika tidak pasti nisbah beras campur yang dimakan, digalakkan membayar kadar lebih tinggi (RM14.00) untuk memastikan pembayaran zakat fitrah lebih adil dan berpahala.

Bagaimana cara pembayaran zakat fitrah di negeri Kedah?

📌 Boleh bayar secara digital melalui:
– Portal & Aplikasi Rasmi LZNK – Jom Zakat Kedah & Zakat Fitrah Kedah.
– Perbankan Internet – Maybank2u, CIMB Clicks, Bank Islam Go, dll.
– E-Wallet – Touch n Go, Boost, TheNoor.
– Portal Pembayaran – MyEG, PayHalal, Mercy Malaysia.

📌 Bayaran melalui Amil
– Menggunakan Sistem MyAmil secara bersemuka.
– Imbas Kod QR yang disediakan oleh amil.
– Pembayaran melalui pautan WhatsApp dari amil bertauliah.

Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah

Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri

Apakah Hukum Zakat Fitrah?

Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.


Lihat Juga:
Permohonan Skim Agihan Awal IPT 2025 Zakat Kedah (LZNK)
Cuti dan Hari Kelepasan Am Negeri Kedah 2025

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments