Taman Pameran Mini Hobbit di Royal Floria Putrajaya 2024 merupakan salah satu tarikan utama dalam festival ini, yang berlangsung dari 22 Ogos hingga 1 September 2024 di Persisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya.
Ia sangat comel, unik dan cantik sesuai untuk pengunjung mengabadikan gambar di sini.
Untuk makluman semua, taman ini adalah sesuai untuk semua dan mesra OKU di mana telah diadakan ujian penggunaan wheelchair, memastikan semua kawasan boleh diakses oleh semua orang termasuk golongan OKU.
Tarikh, Tempat dan Waktu
Festival Royal Floria Putrajaya 2024 berlangsung selama 11 hari di Persisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai tarikh, tempat dan waktu.
- Tarikh: 22 Ogos – 1 September 2024
- Tempat: Persisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya
- Waktu: 9.00 AM – 10.00 PM
Konsep Hobbit
Konsep Hobbit berasal dari dunia fantasi yang dicipta oleh penulis terkenal J.R.R. Tolkien dalam bukunya The Hobbit dan trilogi The Lord of the Rings.
Dalam dunia ini, hobbit adalah makhluk kecil yang lebih rendah daripada manusia, biasanya berukuran kira-kira separuh ketinggian manusia biasa, dengan tubuh yang gemuk dan kaki berbulu.
Mereka tinggal di kawasan desa yang subur, seperti Shire, yang merupakan wilayah yang damai dan terpencil.
Hobbit dikenali sebagai makhluk yang cinta damai, menghindari pengembaraan, dan lebih suka menjalani kehidupan sederhana dengan berkebun, makan makanan enak, dan berkumpul bersama keluarga. Rumah mereka sering berbentuk lubang di dalam tanah, yang dikenali sebagai hobbit-holes, dengan pintu bulat yang ikonik.
Taman Pameran Mini Hobbit Royal Floria Putrajaya
Sepanjang pameran ini berlangsung, anda boleh menikmati keindahan dan kecomelan taman mini Hobbit ini selain daripada tarikan-tarikan lain yang ada di Royal Floria Putrajaya 2024.
Untuk kanak-kanak, terdapat aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini iaitu;
1. Pick & Plant
- Aktiviti terbuka untuk pengunjung berusia 6 hingga 17 tahun.
- Peluang untuk menanam tumbuhan sendiri di Taman Hobbit.
- Tarikh: 24 Ogos 2024 (Sabtu) dari 9.30 pagi hingga 1.00 petang dan 31 Ogos 2024 (Sabtu) dari 2.00 petang hingga 6.00 petang.
2. Garden2Table
- Demonstrasi penuaian madu kelulut dan masakan bayam crispy.
- Tarikh: 25 Ogos dan 1 September 2024 (Ahad)
- Masa: 9.30 pagi hingga 1.00 petang
- Lokasi: Taman Hobbit
Jadi, jangan lepaskan peluang ini.
Harga Tiket Dan Cara Pembelian
Berikut adalah harga tiket bagi Royal Putrajaya 2024;
- Dewasa (MyKad): RM10.00
- Kanak-Kanak 7 Tahun ke Atas (MyKad): RM5.00
- Dewasa (Non-MyKad): RM30.00
- Kanak-Kanak 7 Tahun Ke Atas (Non-MyKad): RM25.00
- Kanak-Kanak Bawah 7 Tahun & OKU (MyKad & Non-MyKad): Percuma
Dapatkan tiket di sini 👉🏼 https://floria.putrajaya.my
Info dan Maklumat Lanjut
Maklumat dan info lanjut, sila layari
- Laman web: https://www.ppj.gov.my/ dan https://floria.putrajaya.my/
- Facebook: https://www.facebook.com/putrajaya
- Instagram: https://www.instagram.com/perbadananputrajaya
- Twitter: https://twitter.com/putrajayacorp
- Youtube: https://www.youtube.com/@perbadananputrajaya
- Tiktok: https://www.tiktok.com/@perbadananputrajaya
Lihat Juga:
– Sambutan Hari Kemerdekaan 2024: Perarakan Hari Kebangsaan
– Transit Aliran Automatik (ART) Putrajaya – Jadual Laluan Percuma