HomeCutiTaman Botani Shah Alam: Harga Tiket, Tarikan dan Aktiviti Menarik

Taman Botani Shah Alam: Harga Tiket, Tarikan dan Aktiviti Menarik

Bayangkan keindahan Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) yang meliputi 817 hektar, penuh dengan tarikan menarik seperti sawah padi yang menenangkan, dan Taman Haiwan dengan pelbagai haiwan comel. 

Aktiviti berbasikal, flying fox, dan wall climbing pula menambah keseronokan di taman ini. Tidak lupa, Hussin Fauzi Farm di sini menawarkan pengalaman unik memberi makan capybara, unta, kambing, dan keldai. Pasti seronok untuk seisi keluarga!

Dengan harga tiket yang berpatutan dan pelbagai aktiviti menarik, kunjungan ke sini pasti menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan!

Sejarah Taman Botani Shah Alam

Taman Botani Negara Shah Alam, asalnya dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah, dibuka pada 24 April 1986. Pada tahun 1991, namanya ditukar kepada Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam. 

Sejak tahun 2007, ia dikenali sebagai Taman Botani Negara Shah Alam. Terletak di Seksyen U11, Shah Alam, taman ini meliputi kawasan seluas 817 hektar dan merupakan taman botani terbesar di dunia.

Penubuhan taman ini bertujuan sebagai pusat pemuliharaan flora dan fauna serta pusat pendidikan saintifik dalam bidang botani, hortikultur, dan pertanian

Harga Tiket dan Caj Parking

Harga Tiket (Wajib)

berikut adalah harga tiket masuk;

  • Dewasa (12 hingga 54 tahun): RM 3.00
  • Kanak-kanak (6 hingga 11 tahun): RM 1.00
  • Warga Emas (55 tahun ke atas): RM 1.00
  • Kanak-kanak  bawah 6 tahun, anak yatim dan orang kurang upaya: Percuma

Bayaran Tempat Letak Kenderaan

  • Kereta / Van: RM 5.00
  • Motosikal: RM 1.00
  • Bas / Lori: RM 10.00

Waktu Operasi

TBNSA dibuka dari hari Selasa hingga Ahad, jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang. 

Taman ini ditutup pada hari Isnin kecuali pada cuti umum dan cuti sekolah.

Apakah Tarikan di Taman Botani Negara Shah Alam?

TBNSA memang penuh dengan tarikan yang boleh buat kita teruja. Bayangkan berjalan-jalan di sawah padi yang menghijau, atau melawat Taman Haiwan di mana anda boleh berinteraksi dengan haiwan comel. Tak cukup dengan itu, ada Rumah Iklim Sederhana Empat Musim di mana anda boleh alami suasana empat musim dalam setahun!

Taman Rempah Ratus & Minuman menawarkan pengalaman menarik tentang herba dan rempah. Kampung Budaya pula membawa anda mengembara ke suasana kampung tradisional. Jangan lupa singgah di Empangan Sungai Baru dan Empangan Sungai Air Kuning untuk menikmati pemandangan air yang tenang.

Bagi pencinta alam, Arboretum dan Taman Kaktus pasti memukau dengan pelbagai jenis tumbuhan dan kaktus. Tak ketinggalan, Taman Buah-buahan Tropika dan Ladang Kelapa yang membolehkan anda menikmati buah-buahan segar dan merasai kehidupan ladang yang asli. Memang tempat yang sempurna untuk keluarga dan rakan-rakan!

Berikut adalah senarai tarikan menarik;

  • Sawah Padi
  • Taman Haiwan
  • Rumah Iklim Sederhana Empat Musim
  • Taman Rempah Ratus & Minuman
  • Kampung Budaya
  • Empangan Sungai Baru
  • Empangan Sungai Air Kuning
  • Arboretum
  • Taman Kaktus
  • Taman Buah-buahan Tropika
  • Ladang Kelapa

Apa Aktiviti Yang Boleh dilakukan di Taman Botani Shah Alam?

Kalau anda suka aktiviti outdoor, Taman Botani Shah Alam memang tempat terbaik! Anda boleh memancing di tasik yang tenang, atau berbasikal sambil menikmati pemandangan hijau sekeliling. Kalau nak lagi mencabar, cuba berkayak di tasik.

Tak cukup dengan tu, ada juga aktiviti merentas hutan untuk yang sukakan cabaran. Nak rasa terbang? Pengembaraan Skytrex memang seronok habis!

Berenang pun boleh, tapi bukan di tasik, di kolam renang yang disediakan. Memang banyak aktiviti best untuk seisi keluarga!

Secara kesimpulannya, berikut adalah aktiviti yang anda boleh lakukan di sini;

  • Memancing
  • Berbasikal
  • Berkayak
  • Berenang
  • Merentas Hutan
  • Pengembaraan Skytrex
  • Fly Fishing

Sewa Basikal dan Harga Berbasikal

Aktiviti berbasikal adalah salah satu tarikan utama di sini, di mana pengunjung boleh menikmati pemandangan indah taman sambil bersenam.

Harga sewa basikal di Taman Botani Shah Alam adalah seperti berikut:

  • MTB Dewasa: RM15
  • MTB Kanak-kanak: RM10
  • MTB-Carrier: RM15
  • Fat Bike: RM15
  • Lipat-Fancy: RM15

RM1 akan dicaj untuk jam berikutnya.

Sewa Basikal dan Harga Berbasikal Taman Botani Negara Shah Alam

Sawah Padi

Bayangkan anda sedang berjalan-jalan di Taman Botani Negara Shah Alam, dan anda terjumpa kawasan sawah padi yang indah. Pemandangan hijau yang menenangkan mata, dengan pondok-pondok kecil di tengah sawah, memang menambah suasana damai. 

Walaupun sawah padi di TBNSA mungkin tak sebesar tempat lain, keunikannya tetap memikat. Sambil berjalan di atas jambatan kayu, anda boleh menikmati keindahan alam sekitar yang hijau dan subur. 

Jangan lupa singgah di Taman Padi ni kalau datang ke TBNSA. Memang tak rugi!

Sawah Padi Taman Botani Negara Shah Alam
Kredit: Taman Botani Negara Shah Alam

Hussin Fauzi Farm Shah Alam

Hussin Fauzi Farm, yang terletak di Taman Botani Negara Shah Alam memang tempat yang seronok untuk seisi keluarga! Bayangkan, anda boleh memberi makan capybara yang comel dengan sayur-sayuran segar. Anak-anak pasti teruja!

Tak cukup dengan itu, ada juga aktiviti menunggang kuda yang dipandu oleh kakitangan farm.

Nak lagi seronok? Anda boleh beri makan kepada unta, kambing, dan keldai di kawasan yang selesa dan mesra keluarga.

Harga tiket:

  • Dewasa: RM18
  • Kanak-kanak: RM12
  • Kanak-kanak bawah 2 tahun: Percuma

Memang tak rugi bawa anak-anak ke sini, pasti mereka akan gembira dan dapat pengalaman baru yang menarik.

capybara Husin Fauzi Farm Shah Alam
Kredit: Hussin Fauzi Farm Shah Alam
Kuda Husin Fauzi Farm Shah Alam
Sumber: Hussin Fauzi Farm Shah Alam
Unta Huzin Fauzi Farm
Kredit: Hussin Fauzi Farm Shah Alam
Keldai Husin Fauzi Farm
Sumber: Hussin Fauzi Farm Shah Alam

Flying Fox, Abseiling dan Wall Climbing

Nak buat aktiviti lasak kat Taman Botani Negara Shah Alam? Jom cuba flying fox, abseiling, dan wall climbing! 

Tempatnya hanya 50 meter dari Taman Haiwan. Dibuka dari 8:30 pagi hingga 4:30 petang, Selasa hingga Ahad (termasuk cuti umum dan cuti sekolah). Hari Isnin tutup ye. 

Aktiviti ni memang best sebab terbang atas tasik dikelilingi pokok-pokok. Jangan lepaskan peluang, memang berbaloi! Untuk info lanjut, layari TBNSA.

Fyling Fox
Kredit: Yaya Kontesa

Lihat Juga:
Senarai Tempat Menarik Di Selangor

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments