HomeCutiSenarai Cuti dan Hari Kelepasan Am Pulau Pinang 2024

Senarai Cuti dan Hari Kelepasan Am Pulau Pinang 2024

Hari Kelepasan Am Pulau Pinang atau Penang kebiasannya merupakan cuti khas untuk negeri Negeri Pulau Pinang selain daripada Hari Kelepasan Khas Persekutuan yang turut diikuti semua negeri di Malaysia.

Dalam Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, memaparkan maklumat mengenai cuti umum untuk tahun 2024. Turut tersenarai adalah hari-hari kelepasan am negeri.

Berdasarkan maklumat-maklumat ini, anda boleh merancang percutian keluarga, mengadakan majlis keraian dan sebagainya.

Lihat Juga:

Senarai Cuti Umum Pulau Pinang 2024

​​Adalah dengan ini dimaklumkan untuk pengetahuan umum bahawa hari-hari yang berikut adalah diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2024.

Senarai di bawah merupakan hari-hari Kelepasan Am dan cuti umum bagi Negeri Pulau Pinang untuk tahun 2024 sebagaimana yang diisytiharkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Bagi memudahkan anda membuat rujukan, susunan ini dibuat mengikut bulan dari Januari hingga Disember 2024.

Januari 2024

  • 1 Januari (Isnin) – Tahun Baharu 2024
  • 25 Januari (Khamis) – Thaipusam

Februari 2024

  • 10 Februari (Sabtu) – Tahun Baru Cina
  • 11 Februari (Ahad)- Tahun Baru Cina (hari kedua)

Mac 2024

  • 28 Mac (Khamis) – Hari Nuzul al-Quran

April 2024

  • 10 April (Rabu) – Hari Raya Puasa *
  • 11 April (Khamis)  – Hari Raya Puasa (Hari Kedua) *

Mei 2024

  • 1 Mei (Rabu) – Hari Pekerja
  • 22 Mei (Rabu) – Hari Wesak

Jun 2024

  • 3 Jun (Isnin) – Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
  • 17 Jun (Isnin) – Hari Raya Qurban *

Julai 2024

  • 7 Julai (Ahad) – Awal Muharam (Maal Hijrah)
  • 7 Julai (Ahad) – Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan Dunia
  • 13 Julai (Sabtu) – Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

Ogos 2024

  • 31 Ogos (Sabtu) – Hari Kebangsaan)

September 2024

  • 16 September (Isnin) – Hari Malaysia
  • 16 September (Isnin)  – Hari Keputeraan Nabi Muhamad S.A.W (Maulidur Rasul)

Oktober 2024

  • 31 Oktober (Khamis) – Hari Deepavali 

November 2024

  • TIADA

Disember 2024 

  • 25 Disember (Rabu) – Hari Krismas

Catatan

​​( * ) Tertakluk kepada perubahan

Peringatan:

  • Apabila hari kelepasan itu jatuh pada hari Kelepasan Mingguan, maka hari tersebut digantikan dengan hari esoknya dan jika hari kemudiannya itu juga merupakan hari kelepasan, maka hari berikutnya dijadikan hari kelepasan.
  • Sekiranya hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu misalnya Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong / Tuan Yang Terutama maka hari Kelepasan Am tersebut TIDAK DIGANTI dengan hari berikutnya bekerja iaitu hari Isnin.

Berikut juga di senaraikan jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Hari Kelepasan Am Negeri di Malaysia pada tahun 2024 yang dikeluarkan oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.

Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2024 termasuk cuti di Pulau Pinang
Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2024_page-0002
Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2024_page-0003
Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2024_page-0004
Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2024 dan cuti Pulau Pinang
Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2024_page-0006

Oleh yang demikian, penduduk atau pekerja-pekerja di Pulau Pinang boleh merancang cuti anda berdasarkan jadual yang dikeluarkan di atas.

Cuti Sekolah KPM dan Perayaan Bagi Negeri Pulau Pinang

Berikut adalah Kalendar Akademik dan Cuti Perayaan yang disediakan oleh KPM untuk Kumpulan B bagi tahun 2024/2025.

Kalendar Akademik KPM Kumpulan B Tahun 2024 2025 termasuk cuti sekolah bagi pulau pinang
Kalendar Akademik KPM Tahun 2024 2025 (Cuti Perayaan) Kumpulan B (Pulau Pinang)

Kalendar akademik untuk Kumpulan B bagi tahun 2024/2025 dipecahkan kepada tiga penggal utama, dengan setiap penggal diiringi oleh tempoh cuti tertentu.

Penggal 1:

  • 11 Mac 2024 – 31 Mac 2024: 15 hari
  • 1 April 2024 – 30 April 2024: 17 hari
  • 1 Mei 2024 – 24 Mei 2024: 16 hari
  • Jumlah Hari Penggal 1: 48 hari
  • Cuti Penggal 1: 25 Mei 2024 – 2 Jun 2024 (9 hari)

Penggal 2:

  • 3 Jun 2024 – 30 Jun 2024: 18 hari
  • 1 Julai 2024 – 31 Julai 2024: 22 hari
  • 1 Ogos 2024 – 31 Ogos 2024: 22 hari
  • 1 September 2024 – 13 September 2024: 10 hari
  • Jumlah Hari Penggal 2: 72 hari
  • Cuti Penggal 2: 14 September 2024 – 22 September 2024 (9 hari)

Penggal 3:

  • 23 September 2024 – 30 September 2024: 6 hari
  • 1 Oktober 2024 – 31 Oktober 2024: 21 hari
  • 1 November 2024 – 30 November 2024: 20 hari
  • 1 Disember 2024 – 20 Disember 2024: 15 hari
  • Jumlah Hari Penggal 3: 62 hari
  • Cuti Penggal 3: 21 Disember 2024 – 29 Disember 2024 (9 hari)
  • 30 Disember 2024 – 31 Disember 2024: 2 hari
  • 1 Januari 2025 – 17 Januari 2025: 12 hari
  • Jumlah Hari: 14 hari

Cuti Akhir Persekolahan:

  • 18 Januari 2025 – 16 Februari 2025: 30 hari

Cuti Tambahan & Perayaan KPM 2024/2025

Hari Raya Aidilfitri:

  • Tarikh Perayaan: 10 dan 11 April 2024 (Rabu dan Khamis)
  • Tambahan Cuti Perayaan: 8 April 2024 (Isnin), 8 April 2024 (Selasa) dan  12 April 2024 (Jumaat)

Hari Deepavali:

  • Tarikh Perayaan: 31 Oktober 2024 (Khamis) (kecuali negeri Sarawak)
  • Tambahan Cuti Perayaan: 30 Oktober 2024 (Rabu) hingga 1 November 2024 (Jumaat)

Cuti Tambahan KPM:

  • Pesta Kaamatan (Sabah dan WP Labuan sahaja): 30 dan 31 Mei 2024
  • Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja): 1 dan 2 Jun 2024
  • Hari Krismas: 25 Disember 2024 (Dalam Cuti Penggal 3, Sesi 2024/2025)
  • Tahun Baru Cina 2024: 10 dan 11 Februari 2024 (10 & 11 Februari 2024 (Dalam Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2023/2024)
  • Tahun Baru Cina 2025: 29 dan 30 Januari 2025 ((Dalam Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2024/2025)

Cuti Am Di Seluruh Dunia

Cuti umum adalah penting bagi setiap negara di dunia. Semua negara di dunia mempunyai cuti am mengikut kepentingan negara berkenaan. Berdasarkan Sheth (2018), senarai negara yang paling banyak mempunyai cuti umum adalah seperti Jadual 1. 

*masukkan senarai negara yang paling banyak cuti umum

Mengikut senarai di atas, negara yang paling banyak mempunyai cuti umum ialah Cambodia dan paling sedikit ialah negara Singapura, Italy, Denmark, France, Morocco, Republic Czech dan Luxembourg. 

Cuti Am di Malaysia terdapat 2 situasi iaitu di peringkat kebangsaan dan peringkat negeri. Peringkat kebangsaan merangkumi semua cuti yang digazetkan oleh kerajaan persekutuan tetapi peringkat negeri adalah merangkumi cuti umum  yang lain atau tambahan di negeri masing-masing. Di sektor swasta pemberian cuti am dikuatkuasakan melalui undang-undang. Undang-undang yang dikenalpasti ialah Akta Kerja 1955 dan Akta Hari Kelepasan Am 1951. 

Negara-negara di dunia memberi cuti umum atau hari tidak bekerja kepada rakyat di negara masing-masing berdasarkan kepada kedaulatan pemimpin, agama dan sejarah. Kedaulatan pemimpin memainkan peranan utama bagi mencapai kedaulatan, kejayaan dan pembangunan sesebuah negara.

Di Malaysia pemimpin utama ialah Yang Dipertuan Agong dalam Perkara 181(1) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa kedaulatan Persekutuan itu terletak pada RajaRaja Melayu. Konsep Kedaulatan Raja-Raja Melayu dinyatakan oleh Perjanjian Negeri 1948 adalah seperti yang dimiliki oleh Raja-Raja Melayu pada 1 Disember 1941 yang terakam dalam Laporan Suruhanjaya Reid. Maka Malaysia telah mengistiharkan cuti umum pada 8 Jun sebagai hari Keputeraan Agong setiap tahun bermula pada tahun 2020 untuk mendaulatkan pemimpin negara ini.

Begitu juga negara Thailand juga mempunyai institusi beraja dan pada 3 Jun pada setiap tahun diistiharkan sebagai cuti keputeraan negara berkenaan. Kesemua negara di dunia ini memberi cuti umum untuk upacara keagamaan di negara masing-masing. Hampir separuh daripada cuti umum yang diberikan adalah kerana agama yang dianuti oleh sesebuah negara berkenaan. 

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, peratusan penduduk Malaysia beragama Islam pada tahun 2010 ialah 60%, Budha 21%, Kristian 9.2%, Hindu 6.4% dan lain-lain agama 2.8%. Oleh kerana penduduk Malaysia berbilang agama maka setiap kaum dapat merayakan cuti am mengikut agama masing-masing. Contoh lain di Kemboja cuti umum yang diumumkan adalah 28 hari setahun dan kebanyakan cuti berkenaan adalah berkaitan dengan agama iaitu Buddhisme. 

Peristiwa bersejarah menjadi salah satu keadaan untuk mewujudkan cuti umum di sesebuah negara. Pentingnya sejarah dalam sesebuah negara itu ialah untuk mengingati masa silam, memupuk semangat patriotism, mengetahui kejayaan bangsa dan negara serta menghargai, memelihara serta kedaulatan negara. Contohnya di Malaysia pada 31 Ogos setiap tahun diisytiharkan cuti umum untuk mengingati negara bebas daripada taklukan penjajah British. Manakala di Indonesia cuti kemerdekaan pada 17 Ogos setiap tahun kerana untuk mengingatkan perjuangan mendapatkan kemerdekaan daripada Belanda.

Peringkat antarabangsa juga mengingatkan sejarah tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Pada tahun 1880–an beberapa negara di dunia telah membuat tuntutan dan hak pekerja ketika revolusi industri berkembang pesat di negara-negara barat.

Oleh kerana itu, setiap negara memberi cuti hari pekerja atau hari buruh antarabangsa di setiap negara pada 1 Mei. Bagaimanapun, Kanada, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand meraikan Hari Pekerja pada tarikh yang berlainan. 

Sumber: Jabatan Perhubungan Perusahaan Terengganu

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments