Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus (SBP, SMKA dan lain-lain) bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi 2025/2026 dibuka mulai 1 Ogos 2024.
Ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak masing-masing ke Sekolah Berasrama Penuh bagi sesi 2025/2026 untuk kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 bolehlah membuat permohonan sebelum tarikh tutup.
Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai permohonan SBP bagi sesi 2025/2026.
Tempoh Permohonan
Permohonan ke SBP dibuka mulai 1 Ogos 2024 (Khamis) sehingga 8 September 2024 (Ahad).
Cara Permohonan Online
Permohonan kemasukan SBP boleh dibuat melalui portal rasmi KPM sebagaimana berikut;
- Untuk Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/
- Untuk Tingkatan 4/Tahun 1 SVM: https://spskt4.moe.gov.my/
Panduan Permohonan Tingkatan 1 SBP
1) Kemaskini Maklumat di SPATKPM (Jika Perlu)
- Kemas kini maklumat murid, ibu bapa & penjaga pada Modul Pengurusan Murid.
2) Mengisi Permohonan
- Isi borang permohonan & pastikan medan wajib telah diisi.
3) Semak Permohonan
- Semak semula permohonan yang telah diisi. Pastikan maklumat yang diisi adalah tepat.
4) Cetak Permohonan
- Cetak borang permohonan yang telah lengkap sebagai rujukan.
Berikut merupakan panduan lengkap permohonan step by step
A. Panduan Am
- Bimbingan Pengisian: Borang permohonan perlu diisi dengan bimbingan ibu bapa, penjaga, atau guru. Pemohon tidak digalakkan mengisi borang secara bersendirian.
- Ketepatan Maklumat: Pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul dan tepat.
- Tanggungjawab Pemohon: Kesilapan mengisi borang adalah tanggungjawab pemohon dan boleh menyebabkan permohonan tidak dipertimbangkan.
- Pengemaskinian: Pengemaskinian boleh dilakukan sehingga tarikh tutup permohonan (8 September 2024). Semak maklumat dengan teliti sebelum mencetak borang permohonan.
- Pentaksiran PKSK: Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) adalah syarat utama kemasukan ke Sekolah Khusus (SBP/SMKA). PKSK Tingkatan 1 akan dilaksanakan dari 7 Oktober 2024 hingga 17 Oktober 2024.
B. Panduan Khusus
- Log Masuk: Masukkan No. MyKid/MyKad murid dan No. MyKad/No. Pengenalan Diri Penjaga Utama/Kedua, kemudian tekan Log Masuk.
- Kemaskini Maklumat: Jika maklumat tidak tepat, kemaskini di portal SPATKPM dan hubungi guru kelas sekolah asal untuk pengesahan.
- Status Penyakit: Nyatakan status penyakit pemohon berdasarkan butiran yang dipaparkan seperti alahan, asma, darah tinggi, dan lain-lain.
- Status OKU: Nyatakan status OKU pemohon.
- E-mel: Masukkan alamat e-mel pemohon atau ibu bapa/penjaga yang aktif.
- Tahap Penguasaan PBD: Maklumat PBD akan dipadankan dengan Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu KPM (SPPB).
- Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum:
- Maklumat Kepimpinan: Dipadankan dengan sistem PAJSK.
- Kegiatan Kokurikulum: Dipadankan dengan sistem PAJSK.
- Pentaksiran Psikometrik (PPsi): Pelaporan dipadankan dengan sistem e-Profil Kerjaya Murid.
- Pilihan Sekolah Khusus 1:
- Jenis Sekolah: Pilih jenis sekolah (SBP atau SMKA).
- Dual Language Programme (DLP): Pilih YA/TIDAK.
- Pakej Mata Pelajaran: Pilih pakej yang ditawarkan mengikut jenis sekolah.
- Negeri dan Nama Sekolah: Pilih negeri dan nama sekolah pilihan pemohon.
- Jarak dari Rumah ke Sekolah: Pilih anggaran jarak dari rumah ke sekolah.
- Pilihan Asrama (untuk SMKA): Pilih YA/TIDAK untuk tinggal di asrama.
- Pilihan Sekolah Khusus 2: Rujuk langkah 9.1 hingga 9.6.
- Pilihan Sekolah Khusus 3: Rujuk langkah 9.1 hingga 9.6.
- Pilihan Pusat PKSK:
- Negeri Pilihan: Pilih negeri pusat PKSK.
- PPD Pilihan: Pilih daerah pentadbiran PPD pusat PKSK.
- Nama Pusat PKSK: Pilih nama pusat PKSK pilihan.
- Perakuan Pemohon: Tanda pada pernyataan yang berkenaan.
- Cetak Permohonan: Cetak borang permohonan yang telah lengkap.
Tarikh-Tarikh Penting
Tarikh Permohonan SBP: 1 Ogos – 8 September 2024
Tarikh Semakan Pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus:
- Tingkatan 1 (PKSKT1): 13 September – 17 Oktober 2024
- Tingkatan 4 (PKSKT4): 13 September – 3 Oktober 2024
Pengenalan Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
1) Sekolah Berasrama Penuh (Perdana/Akademik)
Pelaksanaan kurikulum di SBP (Perdana/Akademik) menekankan penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kreatif, inovatif, penyelesaian masalah dan kepimpinan. Murid digalakkan meneroka persekitaran melalui inkuiri dan menyelesaikan masalah berkaitan dunia sebenar, sambil mempelajari sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) berdasarkan kurikulum sedia ada.
Mata Pelajaran Teras
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Sejarah
- Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral
Mata Pelajaran Wajib
- Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
- Geografi
- Asas Sains Komputer atau Reka Bentuk Teknologi
- Pendidikan Seni Visual atau Pendidikan Muzik
Subjek Tambahan
- Bahasa Antarabangsa (mengikut SBP):
- Bahasa Cina Komunikasi
- Bahasa Arab Komunikasi
- Bahasa Jepun
- Bahasa Jerman
- Bahasa Perancis
- Bahasa Korea
2) Sekolah Berasrama Penuh (Agama)
Pelaksanaan kurikulum di SBP (Agama) menekankan kemahiran abad ke-21 serta pemantapan iman, pemikiran logik, dan disiplin diri. Murid didedahkan kepada pembentukan akal dan fikiran yang kritis dan analitikal.
Subjek Teras
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Sejarah
- Pendidikan Islam
Subjek Wajib
- Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
- Geografi
- Asas Sains Komputer atau Reka Bentuk Teknologi
- Pendidikan Seni Visual atau Pendidikan Muzik
Mata Pelajaran Tambahan:
- Bahasa Antarabangsa (mengikut SBP):
- Bahasa Cina Komunikasi
- Bahasa Arab Komunikasi
- Bahasa Jepun
- Bahasa Jerman
- Bahasa Perancis
- Bahasa Korea
3) Sekolah Berasrama Penuh (Pakej Tahfiz Model Ulul Albab – TMUA)
Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di SBP bertujuan melahirkan profesional, teknokrat, dan usahawan hafiz yang beriman dan memiliki pelbagai kemahiran ilmu.
Matlamat
- Menghafaz 30 juzuk Al-Quran
- Profesional dengan asas keagamaan mantap, berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah
- Meningkatkan keupayaan berfikir aras tinggi, kreatif, dan inovatif
- Menjalin hubungan dengan Allah, manusia, dan alam berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah
Subjek Teras:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Sejarah
- Pendidikan Islam
Subjek Wajib
- Geografi
- Asas Sains Komputer atau Reka Bentuk Teknologi
- Pendidikan Seni Visual atau Pendidikan Muzik
- Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Mata Pelajaran Tahfiz
- Hifz Al-Quran
- Maharat Al-Quran
Mata Pelajaran Tambahan
- Bahasa Arab
- Bahasa Antarabangsa (mengikut SBP):
- Bahasa Cina Komunikasi
- Bahasa Jepun
- Bahasa Jerman
- Bahasa Perancis
Senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia
Berikut adalah senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia yang dibahagikan mengikut negeri:
Perlis
- Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SMSTSP)
Kedah
- Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH)
- Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa
- Sekolah Menengah Sains Pokok Sena
- SBP Integrasi Kubang Pasu
- Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu
Pulau Pinang
- Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
- Sekolah Menengah Sains Kepala Batas
Perak
- The Malay College Kuala Kangsar (MCKK)
- Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
- Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)
- Sekolah Menengah Sains Teluk Intan
- SBP Integrasi Gopeng
- Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh
- Sekolah Menengah Sains Tapah
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASIS)
- Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI)
- Sekolah Menengah Sains Selangor
Putrajaya
- Sekolah Sultan Alam Shah (SAS)
Selangor
- Sekolah Seri Puteri (SSP)
- Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK)
- Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (KUSESS)
- Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR)
- SBP Integrasi Rawang
- SBP Integrasi Sabak Bernam
- SBP Integrasi Gombak
- Sekolah Menengah Sains Banting
Negeri Sembilan
- Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR)
- Kolej Tunku Kurshiah (TKC)
- Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER)
- Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar
- Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu
- SBP Integrasi Jempol
- Sekolah Menengah Sains Rembau
- Sekolah Menengah Sains Perempuan Seremban
Melaka
- Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah (MOZAC)
- SBP Integrasi Selandar
Johor
- Sekolah Tun Fatimah (STF)
- Sekolah Menengah Sains Muar
- Sekolah Menengah Sains Johor
- Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi
- Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar
- Sekolah Menengah Sains Sembrong
- Sekolah Menengah Sains Batu Pahat
Pahang
- Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah
- Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah
- Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah Pekan
- SBP Integrasi Temerloh
- SBP Integrasi Tun Abdul Razak
- SBP Integrasi Kuantan
- Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong
Terengganu
- Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud
- Sekolah Menengah Sains Dungun
- Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu
- Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu
- SBP Integrasi Batu Rakit
Kelantan
- Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra
- Sekolah Menengah Sains Machang
- Sekolah Menengah Sains Jeli
- Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh
- Sekolah Menengah Sains Gua Musang
Sabah
- Sekolah Menengah Sains Sabah
- Sekolah Menengah Sains Lahad Datu
Sarawak
- Sekolah Menengah Sains Miri
- Sekolah Menengah Sains Kuching
- Sekolah Menengah Sains Kuching Utara
Labuan
- Sekolah Menengah Sains Labuan
Info Lanjut
Untuk info lanjut layari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE)
Anda juga boleh ikuti Sosial Media KPM berikut untuk maklumat terkini;
- Facebook – https://www.facebook.com/KemPendidikan/
- Instagram – https://www.instagram.com/kempendidikan/
- Twitter – https://twitter.com/KemPendidikan
Permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus (SBP dan SMKA) bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi 2025/2026 dibuka mulai 1 Ogos 2024 hingga 8 September 2024.
Permohonan kemasukan SBP boleh dibuat melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada pautan berikut:
– Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/
– Tingkatan 4/Tahun 1 SVM: https://spskt4.moe.gov.my/
Tarikh Permohonan: 1 Ogos – 8 September 2024
Tarikh Semakan Pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus:
– Tingkatan 1 (PKSKT1): 13 September – 17 Oktober 2024
– Tingkatan 4 (PKSKT4): 13 September – 3 Oktober 2024
Lihat Juga:
– Permohonan Sekolah Seni Malaysia (SSeM) 2025 Secara Online