HomePendidikanKelas KAFA Menengah JAIS: Permohonan & Syarat Kelayakan

Kelas KAFA Menengah JAIS: Permohonan & Syarat Kelayakan

​​PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TINGKATAN SATU KELAS KAFA MENENGAH JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) 2025.

Kelas KAFA Menengah (KKM) yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merupakan sebuah program pendidikan agama Islam yang disediakan khusus untuk pelajar sekolah menengah. 

Program ini bertujuan untuk mendalami ilmu agama di peringkat menengah dan memenuhi keperluan ibu bapa yang ingin memberikan pendidikan agama yang lebih mendalam kepada anak-anak mereka. 

Ia juga bertindak sebagai kesinambungan pengajian agama selepas tamat Kelas KAFA Rendah.

Objektif Kelas KAFA Menengah

  1. Menyediakan peluang kepada pelajar untuk mendalami ilmu agama Islam di peringkat menengah.
  2. Mengukuhkan asas agama dalam kehidupan remaja, sekaligus mengurangkan gejala sosial.
  3. Membentuk generasi muda yang berpengetahuan dan berakhlak mulia.

Tujuan dan Kepentingan

Pendidikan KAFA Menengah adalah pendidikan alternatif kepada murid sekolah menengah yang berminat mempelajari ilmu agama tetapi tidak mendapat tawaran ke Sekolah-sekolah Agama Menengah Negeri atau Persekutuan. 

Tujuan lainnya adalah untuk membantu Kerajaan Negeri mengurangkan masalah gejala sosial di Negeri Selangor serta memenuhi kehendak ibubapa yang cenderung memberikan pendidikan agama kepada anak-anaknya.

Syarat Permohonan

Untuk memohon kemasukan ke Kelas KAFA Menengah, berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipenuhi:

  1. Pemohon (murid), ibu, dan bapa mestilah warganegara Malaysia.
  2. Berumur 13 tahun pada tahun kemasukan.
  3. Berminat untuk mengikuti kelas ini sehingga tamat.
  4. Minat mendalami ilmu agama di peringkat menengah.
  5. Lulus Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA).
  6. Lulus Pentaksiran Sekolah Kebangsaan (KPM).

Lokasi Kelas KAFA Menengah 

Jumlah terkini kelas KAFA Menengah di Negeri Selangor adalah 27 buah kelas. Ia meliputi 13 buah kelas beroperasi di premis Masjid dan 14 buah kelas beroperasi di premis Sekolah Rendah Agama.

Berikut adalah senarai lokasi mengikut daerah:

  • Kuala Selangor:
    • SRA Saujana Utama
    • SRA Puncak Alam
    • Masjid An-Nur Saujana Utama
  • Hulu Langat:
    • SRA Lembah Jaya
    • SRA Pandan Indah
    • Masjid Sungai Ramal Luar
  • Gombak:
    • SRA As-Siddiqin Bandar Tasik Puteri
    • Masjid As-Syakirin
    • Masjid Seri Melati
  • Petaling:
    • SRA Medan Harun
    • SRA Bandar Kinrara 5
    • Masjid Al-I’tisam TTDI Jaya
    • Masjid An-Nur Kg. Melayu Subang
  • Kuala Langat:
    • SRA Kg. Medan
    • Surau Al-Firdaus, Taman Banting Baru
  • Sepang:
    • SRA Bandar Seri Putra
    • SRA Bandar Bukit Puchong
    • Masjid Jamek Sultan Hisamuddin
  • Klang:
    • SRA Jalan Kebun
    • SRA Sungai Udang
    • Masjid Kg. Raja Uda
    • Masjid Himatul Aliyah
  • Hulu Selangor:
    • SRA Bukit Sentosa Fasa 1
    • Masjid Bandar Utama Batang Kali

Silibus Kelas KAFA Menengah 

Kelas KAFA Menengah menawarkan silibus yang disusun rapi oleh JAIS untuk memastikan pelajar menerima pendidikan agama yang komprehensif. Antara mata pelajaran yang diajar adalah:

  • Bahasa Arab
  • Tajwid dan Tilawah
  • Usuluddin
  • Syariah
  • Tafsir dan Hadis

Pelajar yang menamatkan pengajian sehingga Tingkatan 4 akan menerima Sijil KAFA Menengah (SKM) yang dikeluarkan oleh JAIS, yang boleh menjadi nilai tambah dalam permohonan pekerjaan atau melanjutkan pelajaran.

Cara Permohonan

Permohonan kemasukan murid ke tingkatan 1 kelas KAFA Menengah adalah melalui pautan berikut:

https://esekolah.jais.gov.my

Info Tambahan

Waktu Pembelajaran

Waktu pembelajaran adalah seperti berikut :-

  •  3 hari sahaja dalam seminggu
  •  3 jam sahaja utk kelas sehari
  •  pelajar akan belajar hingga ke tingkatan 4 sahaja.

Peperiksaan

Satu peperiksaan awam ( peringkat negeri ) akan diadakan bagi menilai tahap pemahaman dan pencapaian pelajar semasa di tingktan 4 nanti . 

Peperiksaan ini dinamakan sebagai Sijil Kafa Menengah (SKM).

Kelebihan SKM

Antara kelebihan pelajar memiliki SKM adalah :-

  1. Mendapat sijil yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri selangor
  2. Menjadi nilai tambah mata merit utk kemasukan ke universiti awam ( aktiviti luar kelas )
  3. Layak memohon menjadi guru KAFA dengan syarat mengambil SPM.

Maklumat Lanjut 

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TINGKATAN SATU KELAS KAFA MENENGAH JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR 2025

Lihat Juga:
Aliran SBP Tingkatan 1 di Malaysia Mengikut Sekolah

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments