SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2024
Sukacitanya, ibu bapa dan calon boleh membuat semakan keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2024 mulai 20 Mac 2025 (Khamis) jam 10.30 pagi melalui laman Portal Semakan UPKK JAKIM.
Majlis Pengumuman Keputusan UPKK Tahun 2024 akan disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), pada 20 Mac 2025 (Khamis) jam 9.30 pagi.
Untuk makluman, pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi sesi 2024/2025 telah berlangsung pada berlangsung mulai 6 Januari hingga 9 Januari 2025 lalu.
Lihat Juga: Kelas KAFA Menengah JAIS: Permohonan & Syarat Kelayakan
Cara Semakan Keputusan UPKK 2024
Ibu bapa dan calon boleh menyemak keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2024 melalui 3 kaedah berikut:
1. Semakan Online
Mulai 20 Mac 2025 (Khamis), jam 10.30 pagi, semakan boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi https://semakan.islam.gov.my/
Maklumat diperlukan untuk semakan:
- Sila masukkan No. MyKID tanpa tanda ‘-‘ Cth: 050204012345 atau 21A15005A01
- Sila masukkan No. Angka Giliran UPKK Cth: WPL010121
2. Semakan di Sekolah
Ibu bapa/Penjaga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2024 daripada pihak sekolah masing-masing bermula 21 Mac 2025 (Jumaat), jam 9.30 pagi.
Slip keputusan penuh Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2024 boleh diperoleh daripada sekolah masing-masing bermula jam 9:30 pagi pada 21 Mac 2025.
Lihat Juga: MRSM Ulul Albab: Maksud, Kelebihan Program, Syarat dan Lokasi
Slip Keputusan UPKK 2024

Slip keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2024 akan memaparkan maklumat berikut:
- Nombor MyKID
- Nombor Angka Giliran
- Nama Penuh Calon
- Keputusan Peperiksaan
Keputusan penuh UPKK 2024 boleh diperoleh daripada pihak sekolah masing-masing bermula 21 Mac 2025 (Jumaat) jam 9:30 pagi.
Pastikan ibu bapa atau penjaga menyemak keputusan secara dalam talian sebelum mengambil slip rasmi di sekolah.
Tak Ingat Nombor Angka Giliiran UPKK
Jika tidak ingat Nombor Angka Giliran UPKK untuk semakan online, anda boleh melakukan langkah berikut:
- Semak dengan Guru atau Sekolah: Hubungi guru kelas atau pihak sekolah tempat calon menduduki UPKK. Pihak sekolah menyimpan rekod rasmi termasuk Nombor Angka Giliran.
- Rujuk Slip Pendaftaran UPKK: Semak semula Slip Pendaftaran Peperiksaan UPKK yang diberikan sebelum peperiksaan. Biasanya, nombor ini dicetak pada slip tersebut.
- Semak di Portal Pendidikan Islam Negeri (SIMPENI): Sesetengah negeri menyediakan portal SIMPENI untuk menyemak maklumat peperiksaan murid. Anda boleh cuba mengaksesnya jika tersedia.
Siaran Langsung Pengumuman UPKK 2024
Majlis Pengumuman Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2024 akan disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 20 Mac 2025 (Khamis) jam 9.30 tengah hari.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, siaran langsung majlis akan disiarkan melalui saluran media sosial rasmi JAKIM;
- Facebook: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM
- Instagram: @myjakim
Permohonan Semak Semula Keputusan UPKK 2024
Sekiranya ibu bapa atau pelajar kurang berpuas hati dengan keputusan UPKK yang dikeluarkan dan yakin berkemungkinan besar berlaku kesilapan dalam penilaian, mereka berpeluang untuk membuat permohonan semakan semula keputusan UPKK 2024.
Berikut adalah panduan umum berdasarkan prosedur tahun lalu:
1. Tempoh Permohonan
Permohonan semakan semula kebiasaannya dibuka sejurus selepas keputusan diumumkan. Sebagai rujukan, pada tahun sebelumnya, tempoh permohonan berlangsung dari 19 April hingga 20 Mei 2024 (1 bulan).
Bagi tahun 2024, keputusan UPKK akan diumumkan pada 20 Mac 2025. Oleh itu, tempoh permohonan semakan semula dijangka bermula sejurus selepas pengumuman dan akan berlangsung sehingga sebulan selepas tarikh tersebut.
2. Cara Memohon:
- Isi borang permohonan semak semula keputusan UPKK yang disediakan oleh pihak berkuasa agama negeri atau sekolah masing-masing.
- Sebagai contoh, pada tahun lalu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyediakan borang permohonan semak semula melalui portal mereka.
3. Penghantaran Borang
- Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke pejabat agama negeri atau pihak berkuasa yang berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan.
4. Keputusan Semakan Semula
- Keputusan semakan semula akan dikeluarkan dalam tempoh tertentu selepas permohonan dibuat. Sebagai contoh, pada tahun sebelumnya, keputusan semakan semula dikeluarkan dalam tempoh dua bulan dari tarikh permohonan.
* Untuk makluman, prosedur dan tempoh permohonan semak semula mungkin berbeza mengikut negeri atau institusi. Oleh itu, disarankan untuk merujuk kepada pihak sekolah atau jabatan agama Islam negeri masing-masing untuk maklumat terkini dan tepat.
Pastikan semua dokumen dan maklumat yang diperlukan disertakan semasa menghantar permohonan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak sekolah atau jabatan agama Islam negeri anda.
Apa Itu UPKK?
Ujian Penilaian Kelas Kafa (KAFA) atau lebih dikenali dengan UPKK merupakan peperiksaan yang dilaksanakan kepada murid KAFA (darjah 5 / 11 tahun sahaja) sama ada yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) yang menggunakan sukatan pelajaran kurikulum KAFA JAKIM.
UPKK mempunyai lapan subjek yang terdiri daripada dua subjek amali, satu subjek ujian lisan dan lima subjek bertulis.
Subjek UPKK 2024
Mulai tahun 2024, Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) menilai sembilan mata pelajaran berbanding 8 subjek bagi tahun sebelumnya. Ini kerana subjek Ulum Syariah telah dipecahkan kepada dua mata pelajaran berasingan, iaitu Aqidah dan Ibadah.
Dengan perubahan ini, jumlah keseluruhan subjek yang dinilai dalam UPKK adalah sebanyak sembilan mata pelajaran.
1. Amali Solat
Menilai kefahaman dan pelaksanaan solat secara praktikal bagi memastikan murid memahami rukun serta tertib solat dengan betul.
2. Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
Menilai sejauh mana murid menghayati dan mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.
3. Tilawah Al-Quran
Mengukur kebolehan murid membaca Al-Quran dengan tajwid yang tepat dan sebutan yang fasih.
4. Pelajaran Jawi dan Khat
Menilai kemahiran murid dalam menulis dan membaca tulisan Jawi serta mempelajari seni khat Islam.
5. Sirah
Mengkaji sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW, para sahabat, dan perkembangan awal Islam sebagai panduan kehidupan.
6. Ibadah
Menilai pengetahuan dan pemahaman murid tentang aspek ibadah seperti bersuci, solat, puasa, zakat, dan haji.
7. Aqidah
Mengukur kefahaman murid mengenai asas kepercayaan dalam Islam seperti rukun iman dan konsep ketuhanan.
8. Adab (Akhlak Islamiah)
Menilai pemahaman murid tentang nilai-nilai murni dalam Islam serta pengamalan akhlak yang baik dalam kehidupan harian.
9. Lughah Al-Quran
Mengukur kefahaman murid terhadap asas bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran dan penggunaannya dalam pemahaman ayat-ayat suci.
Penilaian Gred Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)
Dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK), pencapaian murid dinilai berdasarkan skala gred berikut:
- A – CEMERLANG
- B – BAIK
- C – MEMUASKAN
- D – LULUS TIDAK MENCAPAI TAHAP
- TH – TIDAK HADIR
Sijil UPKK hanya akan diberikan kepada calon yang menduduki semua mata pelajaran
Kelebihan Peperiksaan UPKK
Peperiksaan UPKK bukan sekadar menilai pencapaian akademik murid dalam pendidikan Islam tetapi juga membuka lebih banyak peluang pendidikan di peringkat menengah. Berikut adalah beberapa kelebihan peperiksaan UPKK;
1. Sijil UPKK Sebagai Dokumen Sokongan
Pensijilan UPKK diperakui di seluruh Malaysia sebagai dokumen sokongan rasmi bagi permohonan pelajar untuk memasuki Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Agama. Sijil ini sangat berguna terutamanya untuk sekolah yang berada di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
2. UPKK Kekal Relevan dan Berkembang
Sehingga kini, peperiksaan UPKK masih kekal relevan, dibuktikan dengan peningkatan jumlah calon yang mendudukinya setiap tahun. Ini menunjukkan UPKK mendapat pengiktirafan dalam sistem pendidikan Islam di Malaysia.
3. Pengukuhan Pendidikan Islam dalam Arus Perdana
UPKK membantu mengukuhkan pendidikan KAFA sebagai tambahan kepada sistem pendidikan Islam arus perdana. Ia juga bertindak sebagai persediaan dari aspek rohani sebelum murid melangkah ke peringkat pendidikan menengah.
4. Pengiktirafan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
Keputusan UPKK telah dipersetujui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai sokongan tambahan bagi kemasukan pelajar ke Tingkatan Satu di sekolah khusus seperti:
- Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP)
- Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
5. Peluang ke Institusi Pendidikan Berprestij
Murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPKK juga berpeluang dipertimbangkan untuk kemasukan ke institusi pendidikan berprestij seperti:
- Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
- Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN)
- Kelas Aliran Agama (KAA) di sekolah menengah harian dengan tambahan mata pelajaran Bahasa Arab
Kenyataan Media Semakan UPKK 2024
KENYATAAN MEDIA KETUA PENGARAHJABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKENAAN MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN 2024
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
- Pengumuman Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2024 akan diadakan pada 20 Mac 2025 (Khamis) jam 12.00 tengah hari.
- Majlis Pengumuman tersebut akan disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
- Ibu bapa/Penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula pada 20 Mac 2025 (Khamis), jam 2.00 petang melalui laman sesawang:
https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan:- Nombor MyKid
- Nombor Angka Giliran
- Ibu bapa/Penjaga juga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2024 penuh daripada pihak sekolah masing-masing bermula pada 21 Mac 2024 (Jumaat), jam 9.30 pagi.
Sekian, terima kasih.
DATO’ DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
12 Mac 2025 / 11 Ramadan 1446H

FAQ Soalan Lazim Keputusan Semakan UPKK 2024
📅 20 Mac 2025 (Khamis), jam 12.00 tengah hari
Keputusan boleh disemak melalui tiga kaedah:
1) Semakan Online https://semakan.islam.gov.my
2) Semakan di Sekolah: Mulai 21 Mac 2025
3) Semakan melalui SMS (jika tersedia)
Seperti tahun sebelumnya, siaran langsung majlis akan disiarkan jika tersedia melalui:
📌 Facebook: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM
📌 Instagram: @myjakim
📝 Permohonan semakan semula boleh dibuat sekiranya terdapat kesilapan dalam penilaian.
📌 Tempoh Permohonan:
🕑 Dijangka dibuka sejurus selepas keputusan diumumkan sehingga sebulan selepas pengumuman (20 Mac – 21 April 2025).
📌 Cara Memohon:
✅ Isi borang permohonan melalui pihak berkuasa agama negeri atau sekolah masing-masing.
✅ Hantar borang lengkap ke pejabat agama negeri atau sekolah sebelum tarikh akhir.
📌 Mulai 2024, UPKK menilai 9 mata pelajaran:
1) Amali Solat
2) Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
3) Tilawah Al-Quran
4) Pelajaran Jawi dan Khat
5) Sirah
6) Ibadah
7) Aqidah
8) Adab (Akhlak Islamiah)
9) Lughah Al-Quran
– Sijil UPKK sebagai dokumen sokongan untuk kemasukan ke Sekolah Menengah Agama, SMAP, SBPI, SMKA.
– Berpeluang masuk ke MRSM, SMAN, dan Kelas Aliran Agama (KAA) dengan tambahan pelajaran Bahasa Arab.
– Meningkatkan pemahaman Islam dan persediaan ke peringkat menengah.
– Diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai keperluan tambahan kemasukan sekolah khas.
Lihat Juga: