HomeInfoLesen B Penuh (Full): Syarat dan Cara Memohon Mulai 1 Oktober

Lesen B Penuh (Full): Syarat dan Cara Memohon Mulai 1 Oktober

Program Khas Peralihan Lesen Memandu Motosikal Kelas B1 dan B2 Kepada Lesen B Penuh.

Kementerian Pengangkutan Malaysia mengumumkan pelaksanaan program khas peralihan untuk pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Motosikal Kelas B1 dan B2. 

Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, menjelaskan bahawa kementerian telah meneliti cadangan yang diutarakan oleh Timbalan Perdana Menteri supaya pemegang lesen B1 dan B2 dapat menaik taraf kepada lesen B penuh. 

Selepas penelitian mendalam, kementerian kini bersedia melaksanakan program khas tersebut.

Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai peralihan lesen B1 dan B2 kepada Lesen B Penuh.

Jenis-Jenis Kelas Lesen Memandu di Malaysia

Jenis - Jenis Kelas Lesen Memandu di Malaysia
Kredit: Institut Memandu Ngu Chung Beng 

Gambar di atas menunjukkan pelbagai jenis lesen memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk pelbagai kategori dan jenis kenderaan di Malaysia. 

Setiap kelas lesen membolehkan pemegangnya memandu jenis kenderaan tertentu berdasarkan kapasiti enjin atau spesifikasi lain. 

Apa itu Lesen B Penuh?

Lesen B penuh adalah lesen yang membolehkan pemegangnya menunggang motosikal dengan kapasiti enjin melebihi 500cc. 

Ini termasuk motosikal berkuasa tinggi yang sering digunakan oleh penunggang profesional atau mereka yang memiliki motosikal besar.

Tarikh Pelaksanaan / Permohonan Lesen B Penuh (Full)

Tarikh Pelaksanaan : Permohonan Lesen B Penuh (Full)

Berdasarkan pengumuman, menteri pengangkutan, permohonan dijangka dibuka kepada umum mulai 1 Oktober 2024.

Buat masa ini, program khas peralihan ini tidak mempunyai tempoh masa tamat dan akan diteruskan sehingga satu tempoh yang akan ditentukan dan dimaklumkan kemudian.

Syarat Kelayakan

Program khas ini diperkenalkan untuk memudahkan pemegang lesen B1 dan B2 mendapatkan lesen B penuh. Syarat-syarat program peralihan ini adalah seperti berikut:

  • Pemegang Lesen Aktif: Pemohon mesti memegang LMM kelas B1 atau B2 secara aktif untuk tempoh berterusan minima 10 tahun. Ini bagi memastikan tahap kompetensi dan pengalaman pemanduan motosikal berkuasa besar.
  • Bebas Senarai Hitam: Pemohon hendaklah bebas daripada sebarang senarai hitam, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod sabitan kesalahan berat atau sebarang perkara belum selesai di bawah Akta 333.
  • Deklarasi Kesihatan: Pengesahan sihat tubuh badan, fizikal, dan minda secara deklarasi kendiri.
  • Program Peralihan: Menghadiri dan lulus program peralihan dan penyesuaian ke kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas di Institut Memandu (IM), termasuk program amali penunggangan, informasi pemanduan selamat, dan pengoperasian motosikal berkuasa besar selama 2 jam.
  • Pengesahan QTO: Mendapatkan pengesahan tahap keupayaan mengendalikan motosikal berkuasa besar oleh Qualified Training Officer (QTO) di IM.

Harga Tukar Lesen B2/B1 Ke B Full

Kos yuran pertukaran bagi lesen B1 dan B2 kepada B full adalah sebanyak RM160.

Proses Permohonan

Permohonan untuk menaik taraf kepada lesen B penuh melibatkan beberapa langkah:

  • Pendaftaran di Institut Memandu (IM): Pemohon perlu mendaftar di institut memandu yang terlibat dan mengikuti program peralihan serta penyesuaian ke kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas.
  • Program Peralihan dan Penyesuaian: Program ini merangkumi amali penunggangan selama dua jam, informasi pemanduan selamat, dan pengoperasian motosikal berkuasa besar. Yuran untuk program ini adalah sebanyak RM160.
  • Pengesahan oleh Qualified Training Officer (QTO): Setelah menjalani program, pemohon mesti mendapatkan pengesahan tahap keupayaan mengendalikan motosikal berkuasa besar oleh QTO di institut memandu.

Menggabungkan Kelas B1 (motosikal<499cc) dengan B

  • Selain daripada pelaksanaan program khas peralihan di atas, LMM kelas B1 juga akan digabungkan dengan LMM kelas B.
  • Penggabungan ini ditetapkan setelah mengambil kira permintaan mendapatkan LMM kelas B1 adalah terlalu rendah pada setiap tahun kerana orang ramai akan terus memilih mendapatkan kelas B sahaja.
  • Mulai 1 Oktober 2024, tiada lagi program mendapatkan LMM kelas B1 di IM akan dibuka kepada orang ramai.
  • Dengan mendapatkan LMM Motosikal kelas B, individu layak memandu semua kuasa-cc motosikal, dan tidak terhad kepada motosikal berkuasa 499cc ke bawah sahaja bagi kelas B1.
  • Bagi pemegang lesen B1 sedia ada, mereka akan kekal di kategori berkenaan atau boleh menjalani program khas di atas bagi mendapatkan kelas B.

Sidang Media Menteri Pengangkutan Malaysia

PROGRAM KHAS PERALIHAN LESEN MEMANDU MOTOSIKAL KELAS B2/B1 KEPADA KELAS B

Sidang media PROGRAM KHAS PERALIHAN LESEN MEMANDU MOTOSIKAL KELAS B2:B1 KEPADA KELAS B 01
Sidang media PROGRAM KHAS PERALIHAN LESEN MEMANDU MOTOSIKAL KELAS B2:B1 KEPADA KELAS B 02

Soalan Lazim (FAQ)

Berikut merupakan beberapa soalan lazim berkaitan pelaksaan program Lesen B Penuh.

Bilakah pelaksanaan program peralihan lesen B1, B2 kepada lesen B penuh?

Mulai 1 Oktober 2024.

Berapa lama tempoh program amali penunggangan ini? 

Program amali penunggangan ini berlangsung selama dua jam sahaja.

Apakah kos yang terlibat? 

Kos yuran untuk program peralihan adalah sebanyak RM160.

Apakah syarat kelayakan?

Pemegang Lesen Aktif: Pemohon mesti memegang LMM kelas B1 atau B2 secara aktif untuk tempoh berterusan minima 10 tahun. Ini bagi memastikan tahap kompetensi dan pengalaman pemanduan motosikal berkuasa besar.
Bebas Senarai Hitam: Pemohon hendaklah bebas daripada sebarang senarai hitam, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod sabitan kesalahan berat atau sebarang perkara belum selesai di bawah Akta 333.
Deklarasi Kesihatan: Pengesahan sihat tubuh badan, fizikal, dan minda secara deklarasi kendiri.
Program Peralihan: Menghadiri dan lulus program peralihan dan penyesuaian ke kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas di Institut Memandu (IM), termasuk program amali penunggangan, informasi pemanduan selamat, dan pengoperasian motosikal berkuasa besar selama 2 jam.
Pengesahan QTO: Mendapatkan pengesahan tahap keupayaan mengendalikan motosikal berkuasa besar oleh Qualified Training Officer (QTO) di IM.

Bagaimana cara memohon?

Daftar di Institut Memandu (IM): Pilih IM yang diiktiraf.
Ikuti Program Peralihan: Hadiri dan lulus program amali penunggangan, informasi pemanduan selamat, dan pengoperasian motosikal berkuasa besar.
Pengesahan QTO: Dapatkan pengesahan tahap keupayaan mengendalikan motosikal berkuasa besar oleh Qualified Training Officer (QTO).
Bayar Yuran: Bayar caj perkhidmatan sebanyak RM160.

Lihat Juga:
Negara Maju: Maksud, Ciri-Ciri & Kriteria Mengikut Acuan Malaysia

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments