HomeBantuanSemakan SARA Februari 2025: Bantuan MyKasih Barang Dapur

Semakan SARA Februari 2025: Bantuan MyKasih Barang Dapur

Semakan Bantuan SARA Bulan Februari 2025: Bantuan MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah)

Dalam usaha meringankan beban rakyat, kerajaan meneruskan pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 iaitu bantuan bersasar yang bertujuan untuk membantu golongan miskin tegar dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dalam mendapatkan keperluan asas harian.

Program ini membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) menggunakan MyKad, sekali gus memastikan bantuan digunakan secara optimum bagi tujuan kelangsungan hidup.

Melalui program ini, kerajaan bukan sahaja memberi bantuan kewangan tetapi juga memastikan penerima mendapat akses mudah kepada keperluan asas di lebih 1,200 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara. SARA 2025 tidak memerlukan permohonan, sebaliknya kelayakan ditentukan secara automatik berdasarkan rekod eKasih dan STR 2025.

Pengenalan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 adalah program bantuan bersasar yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia bagi membantu golongan rentan yang paling terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.

Ia bertujuan untuk mengangkat taraf ekonomi rakyat miskin tegar serta memastikan keadilan sosial melalui pendekatan yang lebih holistik dan inklusif.

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan dalam merealisasikan kerangka Ekonomi MADANI, yang menekankan prinsip kesaksamaan dan kesejahteraan rakyat.

Dengan adanya SARA 2025, golongan yang memerlukan akan mendapat bantuan dalam bentuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).

Semakan Bantuan SARA Bulan Februari 2025

Penerima boleh membuat semakan jumlah bantuan SARA yang diterima bagi bulan Februari serta baki yang masih ada dari bulan sebelumnya melalui beberapa kaedah berikut:

1. Semakan Melalui Portal Rasmi MyKasih 

  • Layari Portal MyKasih.
  • Masukkan nombor MyKad penerima.
  • Lihat jumlah baki terkini dalam akaun MyKad.
Semakan Sara Bulan Februari Portal Mykasih
Gambar menunjukkan semakan status SARA Februari 2025 melalui portal MyKasih. Penerima yang layak mempunyai baki sebanyak RM103.60, seperti yang tertera pada 1 Februari 2025. Maklumat ini membantu penerima memastikan jumlah bantuan terkini untuk digunakan.

2. Semakan Melalui Aplikasi MyKasih

Untuk semakan SARA pada bulan Februari juga boleh dibuat melalui;

Semakan Sara Bulan Februari App Mykasih

3. Semakan Melalui Resit Pembelian di Kedai Runcit/Pasar Raya

  1. Selepas membuat pembelian, periksa resit pembayaran.
  2. Resit akan memaparkan baki terkini dalam MyKad selepas transaksi dilakukan.
  3. Pastikan baki masih mencukupi untuk pembelian seterusnya.
Semakan Sara Bulan Februari Resit Pembelian

Cara Semakan Kelayakan SARA 2025

Selain itu, semakan kelayakan SARA 2025 boleh dibuat melalui kaedah berikut:

Semakan Melalui SMS atau WhatsApp dari MyKasih

  • Penerima yang layak akan menerima notifikasi SMS atau WhatsApp daripada MyKasih mengenai jumlah bantuan yang telah dikreditkan bagi bulan Februari.
  • SMS ini juga akan menyatakan jumlah baki yang masih boleh digunakan.

Surat pemakluman

  • Penerima akan menerima surat kelulusan STR 2025 bersama kelayakan SARA 2025 melalui alamat berdaftar.

Semakan melalui portal rasmi

Talian Bantuan

  • Talian MyKasih: 03-7720 1800
  • BKK HASiL: 1-800-88-2747
  • MOF: 03-8882 4565 / 4566

Situasi: Pembeli Tidak Menghabiskan Baki Bantuan SARA Bulan Januari 2025

Sekiranya penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 tidak menghabiskan baki bagi bulan Januari, baki tersebut tidak akan hangus sebaliknya boleh dibawa ke bulan berikutnya.

Ini bermaksud penerima masih boleh menggunakan baki Januari bersama-sama dengan elaun bulan Februari 2025 untuk membeli barangan keperluan asas.

Contoh Situasi

  • Penerima kategori Isi Rumah Miskin Tegar layak menerima RM100 bagi bulan Januari 2025.
  • Pada bulan Januari, penerima hanya menggunakan RM60, menyebabkan baki RM40 tidak digunakan.
  • Pada bulan Februari 2025, penerima akan menerima RM100 baharu, menjadikan jumlah keseluruhan dalam akaun RM140 (RM100 + RM40 baki Januari).
  • Penerima boleh menggunakan jumlah tersebut untuk membeli barangan keperluan asas pada bulan Februari.

Nota Penting:

  • Baki yang tidak digunakan boleh dibawa ke bulan seterusnya.
  • Semua baki mesti digunakan sebelum 31 Disember 2025, kerana selepas tarikh tersebut, baki yang tinggal akan luput secara automatik.

Jenis Penerima SARA 2025

Jenis Penerima SARA 2025 terdiri daripada dua kategori utama: 

Kategori pertama ialah penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih terdiri dari isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang yang layak menerima bantuan bulanan ini sepanjang tahun. 

Kategori kedua ialah penerima STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan, yang menerima bermula April hingga Disember 2025. 

Bantuan dikreditkan ke MyKad penerima untuk pembelian barangan keperluan asas secara cashless di kedai runcit terpilih.

Bagi 700,000 penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sedia ada yang berdaftar di bawah eKasih, sumbangan SARA akan dikreditkan melalui MyKad masing-masing 15 Januari 2025.

Bantuan SARA sehingga RM100 sebulan akan dikreditkan melalui MyKad penerima yang berdaftar di bawah eKasih mulai15 Januari 2025

Syarat dan Kelayakan Penerima SARA 2025

Kelayakan SARA 2025 adalah terhad kepada:

SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  3. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Cara Mendapatkan SARA 2025

Penerima tidak perlu memohon kerana kelayakan diberikan secara automatik berdasarkan rekod Miskin Tegar / Miskin eKasih dan STR 2025.

Bantuan dikreditkan terus ke MyKad penerima, yang boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai runcit terpilih.

Bantuan ini diterima setiap bulan mengikut kategori kelayakan. Pembelian dibuat dengan menunjukkan MyKad di kaunter, dan transaksi dilakukan secara tanpa tunai (cashless). Baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya tetapi mesti digunakan sebelum 31 Disember 2025.

Senarai Kedai/Pasaraya MyKasih

Penerima SARA 2025 boleh membeli barangan keperluan asas menggunakan MyKad di kedai runcit dan pasar raya terpilih yang berdaftar di bawah MyKasih.

Terdapat lebih daripada 1,200 rakan niaga di seluruh negara, termasuk:

Pasar raya utama

  • Mydin
  • Giant
  • Econsave
  • The Store
  • Pacific
  • Milimewa
  • Lotus’s (Tesco)

Pasar mini dan kedai runcit bebas

  • 99 Speedmart
  • Kedai runcit terpilih di seluruh Malaysia

Semakan senarai pasar raya dan kedai runcit MyKasih bagi pembelian atau tuntutan boleh dibuat melalui pautan berikut: 

>>pautan senarai pasar raya / kedai runcit terlibat<<

Kedai MyKasih di Puchong Selangor

Sekiranya tiada kedai yang dinyatakan dalam tempat tinggal anda, anda masih boleh boleh membuat pembelian di pasar raya dan kedai runcit luar daripada kawasan tempat tinggal anda, seperti dinyatakan dalam dokumen program SARA 2025. 

Senarai Barangan Keperluan Yang Boleh Dibeli

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu:

  1. Beras
  2. Roti
  3. Telur
  4. Minyak masak
  5. Tepung
  6. Biskut
  7. Mi segera
  8. Minuman
  9. Makanan dalam tin
  10. Bahan perasa
  11. Produk kebersihan
  12. Ubat-ubatan
  13. Barangan persekolahan

Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan keperluan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:

Senarai-Barangan-yang-boleh-dibeli-untuk-Sumbangan-Asas-Rahmah-SARa-2025

Cara Pembelian Menggunakan MyKad

Kaedah pembelian barangan makanan asas adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Tukar Nombor Pin: Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin yang baru.
  4. Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Anda juga boleh merujuk video panduan berikut untuk rujukan;

Semakan Baki Terkini SARa

Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa.

Walaubagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2025 akan luput secara automatik.

Anda boleh buat semakan baki terkini melalui kaedah berikut:

Semakan baki sara melalui resit pembelian

Tarikh dan Jadual Bayaran Bantuan SARA 2025

Tarikh dan Jadual Bayaran Bantuan SARA 2025

Bantuan SARA 2025 diberikan setiap bulan kepada penerima melalui MyKad untuk membeli barangan keperluan asas. 

Pembayaran bermula Januari untuk penerima kategori Miskin Tegar/Miskin. Manakala penerima kategori Selain Miskin Tegar/Miskin mula menerima bayaran April 2025.

Berikut adalah ringkasan jadual bayaran mengikut kategori:

1. Isi Rumah

  • Miskin Tegar/Miskin:
    • RM100 sebulan (Januari – Mac).
    • RM200 sebulan (April – Disember).
    • Jumlah setahun: RM2,100.
  • Selain Miskin Tegar/Miskin:
    • RM100 sebulan (April – Disember).
    • Jumlah setahun: RM900.

2. Warga Emas Tiada Pasangan

  • Miskin Tegar/Miskin:
    • RM100 sebulan (Januari – Mac).
    • RM150 sebulan (April – Disember).
    • Jumlah setahun: RM1,650.
  • Selain Miskin Tegar/Miskin:
    • RM50 sebulan (April – Disember).
    • Jumlah setahun: RM450.

3. Bujang (21-59 Tahun)

  • Miskin Tegar/Miskin:
    • RM50 sebulan (Januari – Disember).
    • Jumlah setahun: RM600.

Info Lanjut dan Pertanyaan

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan program SARA 2025, anda boleh menghubungi pihak berikut:

  1. Portal Rasmi:
  2. Talian Bantuan:
    • MyKasih: 03-7720 1800 (Isnin – Jumaat, 9.00 pagi – 5.00 petang)
    • BKK HASiL: 1-800-88-2747 (Isnin – Jumaat, 9.00 pagi – 5.00 petang)
    • MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Isnin – Jumaat, 9.00 pagi – 5.00 petang)
  3. Video Tutorial dan Semakan:

Sumber: Portal MyKasih dan Portal MySTR

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments