[TERKINI] Mulai 1 Mei 2025, kategori barangan MyKasih di bawah Bantuan SARA akan diperluas kepada produk kebersihan rumah!
Lepas ini, bolehlah gunakan kredit SARA untuk membeli barangan seperti sabun atau serbuk pencuci pakaian, sabun pinggan mangkuk, dan pencuci lantai.
Lebih banyak pilihan, lebih mudah urus perbelanjaan isi rumah. Kadang-kadang benda kecil pun boleh buat hidup rasa lebih ringan, kan?
ni bermakna, selain barangan keperluan seperti beras, minyak, telur, dan ubat, penerima kini boleh membeli sabun pakaian, sabun pinggan mangkuk dan pencuci lantai menggunakan MyKad mereka di kedai terpilih seluruh negara.
Apa Itu Bantuan SARA MyKasih 2025?
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 berstatus Miskin dan Miskin Tegar berdasarkan data eKasih.
Bantuan ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup harian dengan menyediakan kredit bulanan untuk membeli barangan keperluan asas menggunakan MyKad di kedai yang berdaftar.
Ciri-ciri utama Bantuan SARA:
- Disalurkan terus ke MyKad – tidak perlu akaun bank atau tunai.
- Pembelian hanya di kedai berdaftar MyKasih seluruh Malaysia.
- Tidak boleh dikeluarkan sebagai wang tunai, hanya untuk pembelian barang keperluan.
- Jumlah bantuan bergantung kepada kategori penerima STR, seperti isi rumah, warga emas dan bujang.
Sehingga April 2025, lebih 3.9 juta penerima telah menggunakan MyKad mereka untuk membuat pembelian, dengan lebih 3,700 kedai runcit dan pasar raya menyertai program ini — peningkatan besar berbanding hanya 700 buah kedai pada tahun 2024.
Mulai 1 Mei 2025, program SARA diperluaskan dengan kategori barangan baharu, menunjukkan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus menambah baik kebajikan rakyat.


[TERKINI] Senarai 14 Kategori Barangan MyKasih Yang Boleh Dibeli Bantuan SARA 2025

Mulai 1 Mei 2025, senarai barangan di bawah program SARA telah diperluaskan kepada 14 kategori utama yang meliputi barangan asas harian, barangan persekolahan, ubat-ubatan ringan, dan produk kebersihan rumah yang baru dimasukkan.
Berikut ialah senarai penuh kategori dan contoh jenama yang diluluskan:
- Beras: Contoh jenama: Jasmine, Jati, Saga, Faiza, Cap Masjid
- Roti: Gardenia, Massimo, Mighty White
- Telur: CP, NutriPlus, QL Eggs
- Minyak Masak: Saji, Alif, Knife, Daisy, Seri Murni
- Tepung: Blue Key, Cap Sauh, MFM, Cap Ros
- Biskut: Julie’s, Tiger, Chipsmore, Hup Seng, Jacob’s
- Mi Segera: Maggi, Mi Sedaap, Indomie, Mamee
- Minuman: MILO, Dutch Lady, Vico, BOH, Nescafe, Quaker
- Makanan Dalam Tin: Ayam Brand, TC Boy, Adabi, Yeo’s
- Bahan Perasa: Maggi, Kimball, Jalen, Adabi, Babas, Mak Siti, Cukup Rasa
- Produk Kebersihan Diri: Colgate, Kotex, Dettol
- Ubat-Ubatan Ringan: Panadol, Hurix’s, Strepsils, Prospan
- Barangan Persekolahan – Bata, Stabilo, Faber-Castell, Canggih,
- Produk Kebersihan Rumah (TERKINI!) –Sabun atau serbuk pencuci pakaian, sabun pinggan mangkuk, pencuci lantai
Kategori Produk Barangan MyKasih Yang Boleh Dibeli
Berdasarkan paparan terkini dalam aplikasi rasmi MyKasih, berikut ialah senarai kategori produk yang boleh dibeli menggunakan Bantuan SARA 2025:
- Minuman
- Beras
- Makanan Dalam Tin
- Buku
- Biskut
- Perubatan
- Penjagaan Mulut
- Pembersih Tandas
- Minyak Masak
- Telur
- Sabun Basuh Pinggan
- Pembersih Lantai
- Roti
- Syampu
- Pencuci Badan
- Pencuci Pakaian
- Beg Sekolah
- Tepung
- Tuala Wanita
- Alat Tulis
- Perasa
- Mee
- Seragam

Jumlah Bantuan SARA 2025 Mengikut Kategori Penerima
Jumlah bantuan SARA yang dimasukkan ke dalam MyKad penerima STR 2025 adalah berbeza mengikut kategori dan status eKasih (Miskin / Miskin Tegar).
Bantuan ini diagihkan secara bulanan, dan baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya, sehingga 31 Disember 2025.
Jadual Amaun Bantuan SARA 2025:
Kategori Penerima STR 2025 | Penerima eKasih (Miskin / Miskin Tegar) | Penerima Bukan eKasih |
Isi Rumah (Tiada had umur) | RM2,100 (RM100/bln Jan–Mac, RM200/bln Apr–Dis) | RM900 (RM100/bln Apr–Dis) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 (RM100/bln Jan–Mac, RM150/bln Apr–Dis) | RM450 (RM50/bln Apr–Dis) |
Bujang (21–59 tahun) | RM600 (RM50/bln Jan–Dis) | – |
Nota Penting:
- Amaun yang diterima bergantung kepada tarikh kelulusan STR 2025.
- Pembayaran dibuat secara automatik ke dalam MyKad penerima.
- Tiada transaksi tunai – hanya pembelian barangan diluluskan sahaja.

Cara Guna MyKad Untuk Beli Barangan MyKasih
Kaedah pembelian barangan makanan asas adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Semakan Baki Terkini SARa
Semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima boleh disemak melalui kaedah berikut:
- Semakan MyKasih di portal rasmi: https://www.mykasih.com.my/
- Semakan pada resit pembelian:

Di Mana Boleh Guna Untuk Tebus Barangan MyKasih?
Lebih 3,700 kedai MyKasih seluruh negara terlibat termasuk pasar raya seperti:
- Pasar raya utama seperti Mydin, Giant, Econsave, Lotus Stores (Tesco), The Store, dan Pacific.
- Kedai rangkaian seperti 99 Speedmart.
- Pasar mini tempatan seperti Milimewa.
- Kedai komuniti atau koperasi di kawasan luar bandar.
Senarai penuh pasar raya dan kedai runcit yang terlibat boleh disemak melalui pautan berikut:
https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list