HomeBantuanSenarai Kedai/Pasaraya MyKasih: Tempat Tebus Bantuan SARA

Senarai Kedai/Pasaraya MyKasih: Tempat Tebus Bantuan SARA

Senarai Kedai / Pasaraya MyKasih Bagi Pembelian atau Menebus Barangan Runcit Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang menerima bantuan secara cashless, kini boleh menggunakan wang tersebut bagi pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya / kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad. 

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu;

  1. Beras
  2. Roti
  3. Telur
  4. Minyak masak
  5. Tepung
  6. Biskut
  7. Mi segera
  8. Minuman
  9. Makanan dalam tin
  10. Bahan perasa
  11. Produk kebersihan
  12. Ubat-ubatan
  13. Barangan persekolahan

MyKasih mempunyai lebih daripada 1,200 kedai dan rakan runcit di seluruh negara, termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Semak Dahulu Kelayakan Sebelum Tebus

Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan asas barang dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA), semakan boleh dibuat di portal MyKasih sebagaimana berikut;

  • Langkah 1 – https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus  
  • Langkah 2 – masukkan nombor MyKad
  • Langkah 3 – masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang tertera
  • Langkah 4 – Klik SEMAK STATUS

Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula dan program berakhir
MyKasih 2025, Status Layak RM100

Senarai Kedah / Pasaraya MyKasih 

MyKasih mempunyai lebih daripada 1,200 kedai dan rakan runcit di seluruh negara, termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Semakan senarai pasar raya dan kedai runcit MyKasih bagi pembelian atau tuntutan boleh dibuat melalui pautan berikut: 

>>pautan senarai pasar raya / kedai runcit terlibat<<

  • Klik Negeri > pilih negeri (contoh Selangor)
  • Taip Daerah, Contoh; Puchong
Kedai MyKasih di Puchong Selangor

Sekiranya tiada kedai yang dinyatakan dalam tempat tinggal anda, anda masih boleh boleh membuat pembelian di pasar raya dan kedai runcit luar daripada kawasan tempat tinggal anda, seperti dinyatakan dalam dokumen program SARA 2025. 

Jenis Barangan Yang Boleh Dibeli

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu

  1. Beras
  2. Roti
  3. Telur
  4. Minyak masak
  5. Tepung
  6. Biskut
  7. Mi segera
  8. Minuman
  9. Makanan dalam tin
  10. Bahan perasa
  11. Produk kebersihan
  12. Ubat-ubatan
  13. Barangan persekolahan

Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan keperluan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:

Senarai-Barangan-yang-boleh-dibeli-untuk-Sumbangan-Asas-Rahmah-SARa-2025

Langkah Membeli Barangan Bantuan Makanan

Kaedah pembelian barangan makanan asas adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Tukar Nombor Pin: Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin yang baru.
  4. Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Anda juga boleh merujuk video panduan berikut untuk rujukan;

Semakan Baki Terkini SARa

Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa.

Walaubagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir

tempoh program iaitu 31 Disember 2025 akan luput secara automatik.

Anda boleh buat semakan baki terkini melalui kaedah berikut:

Semakan baki sara melalui resit pembelian

Tarikh Bayaran Bantuan SARA

Januari – Mac 2025

  • RM100/bulan untuk kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • RM50/bulan untuk kategori Bujang.

April – Disember 2025

  • RM200/bulan untuk penerima kategori Isi Rumah (Miskin Tegar/Miskin eKasih).
  • RM100/bulan untuk penerima kategori Isi Rumah lain.
  • RM150/bulan untuk Warga Emas Tiada Pasangan (Miskin Tegar/Miskin eKasih).
  • RM50/bulan untuk Warga Emas Tiada Pasangan lain dan kategori Bujang.
Jumlah kelayakan dan Jadual Bayaran SARA 2025

Kaedah Bayaran

Elaun bulanan bantuan SARA 2025 akan disalurkan terus ke akaun penerima yang dihubungkan dengan MyKad. Penerima boleh menggunakan MyKad untuk membuat pembelian barangan keperluan asas dengan transaksi tanpa tunai (cashless) di kedai runcit dan pasar raya yang terpilih.

Info Lanjut dan Pertanyaan

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan program SARA 2025, anda boleh menghubungi pihak berikut:

  1. Portal Rasmi:
  2. Talian Bantuan:
    • MyKasih: 03-7720 1800 (Isnin – Jumaat, 9.00 pagi – 5.00 petang)
    • BKK HASiL: 1-800-88-2747 (Isnin – Jumaat, 9.00 pagi – 5.00 petang)
    • MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Isnin – Jumaat, 9.00 pagi – 5.00 petang)
  3. Video Tutorial dan Semakan:

Sumber: Portal MyKasih dan Portal MySTR

Soalan Lazim Berkaitan

Apakah Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan program bantuan bersasar kepada
rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Program sumbangan
ini adalah untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip
kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

Adakah saya perlu memohon SARA 2025?

Tidak. Kelayakan SARA 2025 adalah secara automatik berdasarkan data Miskin
Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2024. SARA 2025 turut diperluas
kepada semua penerima STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada
Pasangan.

Apakah barangan keperluan asas yang boleh saya beli?

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk
yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Adakah saya perlu bayar lebihan amaun sekiranya amaun pembelian melebihi
baki semasa SARA dalam MyKad penerima?

Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 13 kategori
produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian
melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.

Saya tidak menghabiskan baki elaun tersebut pada bulan semasa, adakah baki elaun tersebut boleh dibawa ke bulan-bulan seterusnya?

Ya. Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan
seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Walau
bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir
tempoh program iaitu 31 Disember 2025 akan luput secara automatik.

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments