HomeBantuanSubsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme JKM

Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme JKM

Di Malaysia, keperluan untuk menyediakan akses pendidikan dan terapi berkualiti kepada kanak-kanak autisme kini menjadi perhatian utama. Menyedari cabaran yang dihadapi oleh keluarga yang mempunyai anak autisme, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme. 

Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan untuk meringankan beban kewangan ibu bapa, tetapi juga memastikan anak-anak ini menerima sokongan yang diperlukan untuk pembangunan diri mereka.

Apa itu Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme?

Dalam pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri Malaysia menegaskan komitmen kerajaan terhadap golongan ini. “Bantuan Yuran Pembelajaran Anak Autisme disediakan bagi meringankan tanggungan ibu bapa yang layak โ€“ ini bakal memanfaatkan 30 ribu anak autisme dengan dana 15 juta ringgit,” ujar beliau.

Petikan ini menyerlahkan usaha bersungguh-sungguh kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, khususnya keluarga yang terkesan dengan keperluan khas anak-anak mereka.

Subsidi ini bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi satu pelaburan masa depan untuk kanak-kanak autisme agar mereka dapat berkembang secara holistik. 

Dengan kerjasama Pusat Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme bertauliah, inisiatif ini membuka peluang kepada anak-anak autisme untuk menerima pendidikan awal dan terapi berkualiti, sekali gus memperkukuhkan asas kehidupan mereka.

Tujuan Program

  • Mengurangkan beban kewangan ibu bapa/penjaga.
  • Memberikan akses kepada pendidikan awal melalui Early Intervention Program (EIP).
  • Meningkatkan peluang perkembangan kanak-kanak autisme melalui terapi dan program intervensi.

Tempoh Permohonan

Tempoh permohonan bagi Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme dibuka dari 1 Februari 2025 hingga 28 Februari 2025

Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme (Iklan)

Syarat Kelayakan Permohonan

Untuk memohon subsidi ini, ibu bapa atau penjaga perlu memenuhi syarat berikut:

Ibubapa/Penjaga

  • Warganegara Malaysia.
  • Pendapatan Per Kapita tidak melebihi RM2,000 isi rumah.
  • Anak autisme adalah pemegang kad OKU JKM yang berusia di bawah 18 tahun.
  • Kanak-kanak autisme mengikuti terapi Early Intervention Program (EIP) di Pusat Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme yang bertauliah.

Pusat Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme

  • Mempunyai program terapi EIP.
  • Melaksanakan program pengesanan awal OKU Autisme dengan menyediakan terapi dan pembelajaran/perkembangan yang sesuai.

* Program Terapi EIP (Early Intervention Program) ialah program intervensi awal untuk kanak-kanak autisme yang merangkumi terapi pertuturan, fizikal, tingkah laku, serta pendidikan khas. Program ini bertujuan membantu perkembangan komunikasi, sosial, emosi, dan kemahiran motor kanak-kanak secara holistik.

Contoh Pengiraan Pendapatan Per Kapita

Pendapatan per kapita ditentukan dengan membahagikan jumlah pendapatan keluarga dengan bilangan ahli keluarga yang tinggal bersama.

Contoh Pengiraan:

Contoh Pengiraan Pendapatan Perkapita

Jumlah pendapatan ibu ialah RM3,000, manakala bapa menyumbang RM4,000. Selain itu, ahli keluarga lain menambah RM1,500 kepada pendapatan keluarga. Dengan bilangan isi rumah seramai 5 orang, pengiraan pendapatan per kapita adalah seperti berikut:

Formula: RM8,500 รท 5 = RM1,700

Status: Layak menerima subsidi.

Cara dan Kaedah Kaedah Permohonan 

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon subsidi:

  1. Mengisi Borang:
    • Ibu bapa perlu mengisi borang permohonan yang boleh diperoleh melalui Pusat Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme atau dimuat turun dari portal JKM.
  2. Penyerahan Borang:
    • Borang perlu dihantar ke Pusat Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme yang bertauliah.
    • Pusat Pembelajaran akan menghantar borang permohonan kepada JKM untuk kelulusan.
  3. Kelulusan:
    • JKM akan menilai permohonan berdasarkan syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Maklumat Penting

  • Tiada Had Bilangan Anak: Setiap kanak-kanak autisme dalam keluarga boleh memohon.
  • Kaedah Pembayaran: Subsidi akan disalurkan terus kepada Pusat Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme bertauliah.

Info lanjut dan Pertanyaan

Untuk pertanyaan lanjut mengenai subsidi ini, sila hubungi:

Soalan Lazim

Berikut adalah soalan lazim Pemberian Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme

1. Bagaimanakah permohonan boleh dibuat?

Ibu bapa boleh membuat permohonan melalui Pusat Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme di mana kanak-kanak dihantar untuk mengikuti program terapi atau program intervensi awal (EIP).

2. Bagaimanakah Pusat Pembelajaran Autisme boleh mendapatkan borang permohonan?

Borang permohonan boleh dimuat turun melalui portal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau diperoleh di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan/cawangan yang berdekatan.

3. Apakah syarat atau kelayakan bagi kanak-kanak untuk memohon?

i. Ibu bapa/penjaga dan kanak-kanak adalah warganegara Malaysia.
ii. Kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun.
iii. Kanak-kanak mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
iv. Kanak-kanak sedang atau telah berdaftar untuk mengikuti program terapi atau intervensi awal di mana-mana pusat pembelajaran kanak-kanak autisme yang bertauliah.
v. Pendapatan per kapita keluarga tidak melebihi RM2,000.

4. Bagaimanakah cara untuk mengira pendapatan per kapita keluarga?

Pendapatan semua ahli keluarga dibahagikan dengan bilangan ahli keluarga yang tinggal bersama.

Contoh:
Pendapatan Ibu, Bapa dan Ahli Keluarga Lain:
-Ibu: RM3,000
-Bapa: RM4,000
-Ahli keluarga lain: RM1,500
Bilangan isi rumah: 5 orang

RM8,500 รท 5 = RM1,700
(Layak menerima subsidi).

5. Apakah syarat atau kelayakan bagi Pusat Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme yang ingin memohon?

i. Pengusaha adalah warganegara Malaysia.
ii. Berdaftar dengan agensi kerajaan/swasta/badan berkanun.
iii. Menyediakan perkhidmatan terapi atau Program Intervensi Awal kepada kanak-kanak autisme.

6. Adakah ibu bapa boleh memohon subsidi secara terus kepada JKM Negeri/PKMD?

Tidak Boleh.
Permohonan hanya boleh dibuat melalui Pusat Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme yang bertauliah.

7. Berapakah bilangan kanak-kanak autisme dalam satu keluarga yang boleh memohon?

Tiada had.

8. Bagaimanakah kaedah pembayaran subsidi pembelajaran kanak-kanak autisme?

JKM akan menyalurkan subsidi kepada Pusat Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme yang bertauliah.

9. Bagaimanakah ibu bapa membuat semakan kelayakan?

Ibu bapa boleh membuat semakan dengan Pusat Pembelajaran di mana kanak-kanak autisme didaftarkan dan menjalani terapi/program intervensi awal.

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments