Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang menerima bantuan melalui MyKASIH, kini boleh menggunakan bantuan tersebut untuk membeli barangan terpilih keperluan makanan asas di pasaraya / kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad.
Penerima bantuan SARA 2025 boleh membeli barangan keperluan asas di lebih daripada 1,200 rakan niaga MyKasih di seluruh Malaysia, termasuk:Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
Semak Dahulu Lulus atau Tidak Sebelum Tebus
Supaya tidak menimbulkan kekeliruan ketika membeli atau menebus barang, anda dinasihatkan membuat semakan dahulu bagi mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan asas barang dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025.
Semakan boleh dibuat di portal MyKasih sebagaimana berikut;
- Langkah 1 – layari https://www.mykasih.com.my/
- Langkah 2 – masukkan nombor MyKad
- Langkah 3 – Klik SEMAK STATUS
Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;
- Status – Layak
- Jumlah baki terkini
- Nama
- Nombor MyKad
- Program bermula dan program berakhir

Download Aplikasi MyKasih di Telefon
Bagi memudahkan urusan juga, Kerajaan telah membangunkan aplikasi MyKasih bagi memudahkan urusan semakan baki terkini, semak barang, katalog produk yang boleh dibeli dan pencarian kedai MyKasih berhampiran.
Muat turun boleh dibuat melalui pautan berikut mengikut pengoperasian telefon masing-masing;
Bagi tujuan pengesahan dan keselamatan, penerima MyKasih perlu log masuk dengan memasukkan nombor MyKad dan nombor telefon ketika pendaftaran.
Selanjutnya 6 digit nombor OTP akan dihantar ke telefon masing-masing bagi tujuan pengesahan.
Setelah berjaya, penerima MyKasih boleh melihat status terkini SARA 2.0 di aplikasi masing-masing sebagaimana contoh berikut;

Apakah Jenis Barang Yang Boleh Dibeli Untuk Bantuan SARA MyKASIH 2025?
Untuk makluman, tidak semua barangan boleh dibeli bagi bantuan ini. Bantuan ini adalah hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di pasaraya / kedai runcit terpilih.
Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu;
- Beras,
- Roti,
- Telur,
- Minyak masak,
- Tepung,
- Biskut,
- Mi segera,
- Minuman,
- Makanan dalam tin dan
- Bahan perasa.
- Produk kebersihan,
- Ubat-ubatan
- Barangan persekolahan.
Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan keperluan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:

Senarai Kedah / Pasaraya MyKasih
Mengambil kira sambutan program SARA yang memberangsangkan pada tahun 2024, Kerajaan telah meluaskan rangkaian rakan runcit (pasar raya/kedai) kepada lebih 1,200 buah kedai berdaftar di seluruh negara pada tahun 2025, berbanding 700 buah pada tahun sebelumnya.
Penerima yang layak akan diberi maklumat mengenai kedai runcit berdekatan untuk membeli barangan keperluan asas menggunakan MyKad. MyKasih kini mempunyai lebih daripada 1,200 rakan runcit di seluruh negara, termasuk:
- Pasar raya utama seperti Mydin, Giant, Econsave, Lotus Stores (Tesco), The Store, dan Pacific.
- Kedai rangkaian seperti 99 Speedmart.
- Pasar mini tempatan seperti Milimewa.
- Kedai komuniti atau koperasi di kawasan luar bandar.
Senarai penuh pasar raya dan kedai runcit yang terlibat boleh disemak melalui pautan berikut:
https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list
Adakah saya boleh membuat pembelian di pasar raya dan kedai runcit luar daripada kawasan tempat tinggal saya?
Ya, Boleh. Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan;
“Mereka juga dibenarkan membuat urus niaga di kedai berbeza jika barangan keperluan yang mereka perlukan tiada dalam stok.”
Langkah Membeli Barangan Bantuan Makanan
Kaedah pembelian barangan makanan asas adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Anda juga boleh merujuk video panduan berikut untuk rujukan;
Semakan Baki Terkini Bantuan SARA MyKASIH
Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa.
Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2025 akan luput secara automatik
Anda boleh buat semakan baki terkini melalui kaedah berikut:
- Semakan portal rasmi MyKasih: pautan portal MyKasih
- Semakan di aplikasi MyKasih (Download di Google Play atau AppStore)
- Semakan resit pembelian:

Tarikh Bayaran Bantuan SARA
Januari – Mac 2025
Untuk 3 bulan pertama iaitu Januari, Februari dan Mac 2025 penerima yang layak akan menerima;
- RM100/bulan untuk kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- RM50/bulan untuk kategori Bujang.
April – Disember 2025
- RM200/bulan untuk penerima kategori Isi Rumah (Miskin Tegar/Miskin eKasih).
- RM100/bulan untuk penerima kategori Isi Rumah lain.
- RM150/bulan untuk Warga Emas Tiada Pasangan (Miskin Tegar/Miskin eKasih).
- RM50/bulan untuk Warga Emas Tiada Pasangan lain dan kategori Bujang.

Kaedah Bayaran
Elaun bulanan bantuan SARA 2025 akan disalurkan terus ke akaun penerima yang dihubungkan dengan MyKad. Penerima boleh menggunakan MyKad untuk membuat pembelian barangan keperluan asas dengan transaksi tanpa tunai (cashless) di kedai runcit dan pasar raya yang terpilih.
Info Lanjut dan Pertanyaan
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan program SARA 2025, anda boleh menghubungi pihak berikut:
- Portal Rasmi:
- Portal MyKasih: www.mykasih.com.my
- Portal STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Talian Bantuan:
- MyKasih: 03-7720 1800 (Isnin – Jumaat, 9.00 pagi – 5.00 petang)
- BKK HASiL: 1-800-88-2747 (Isnin – Jumaat, 9.00 pagi – 5.00 petang)
- MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Isnin – Jumaat, 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Video Tutorial dan Semakan:
- YouTube Tutorial: Video MyKasih
- Semakan Kedai Rakan Niaga: Merchant List MyKasih
- Semakan Baki: Check Status MyKasih
Sumber: Portal MyKasih dan Portal MySTR
Soalan Lazim (FAQ)
Berikut adalah beberapa soalan lazim berkaitan Bantuan Sara MyKasih 2025:
SARA 2025 ialah program bantuan kerajaan yang membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas di kedai runcit dan pasar raya terpilih menggunakan MyKad.
Penerima boleh menggunakan bantuan ini di lebih daripada 1,200 kedai runcit dan pasar raya MyKasih di seluruh Malaysia, termasuk:
– Pasar raya utama: Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Lotus Stores (Tesco)
– Rangkaian kedai: 99 Speedmart, Milimewa
– Kedai komuniti dan koperasi luar bandar
Senarai penuh: Klik di sini
Anda disarankan untuk menyemak kelayakan sebelum membuat pembelian:
– Layari: https://www.mykasih.com.my
– Masukkan nombor MyKad
– Klik butang “SEMAK STATUS”
Maklumat yang dipaparkan jika layak:
1) Status Kelayakan
2) Baki Terkini
3) Nama dan Nombor MyKad
4) Tempoh Program
Bantuan ini hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas dari 13 kategori yang diluluskan:
– Makanan: Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa
– Keperluan lain: Produk kebersihan, ubat-ubatan, barangan persekolahan
Nota: Barangan terlibat akan mempunyai label MyKasih di kedai.
Ya, pembelian boleh dibuat di mana-mana kedai runcit atau pasar raya yang terlibat dengan MyKasih.
1) Pilih barang: Hanya produk berlabel MyKasih dibenarkan.
2) Tunjuk MyKad: Juruwang akan menyemak status penerima.
3) Imbas barang: Juruwang mengimbas kod barangan.
4) Bayar dengan MyKad: Masukkan nombor pin 6-digit.
5) Simpan resit: Untuk rujukan dan semakan transaksi.
Rujukan video panduan: Klik di sini
Baki elaun boleh disemak melalui:
– Portal rasmi: Semak baki
– Aplikasi MyKasih
Sumber: Portal MyKasih & Portal MyST