Kemaskini maklumat UPUOnline bagi kategori STPM dan setaraf dibuka mulai 27 Julai 2024 (Sabtu) jam 12.00 tengah hari hingga 02 Ogos 2024 (Jumaat) jam 5.00 petang
Lepasan STPM atau setaraf seperti Matrikulasi / Asasi / STAM diingatkan untuk mengemaskini maklumat di UPUOnline bagi sesi akademik 2024/2025.
Pengemaskinian maklumat ini adalah penting untuk memastikan anda dapat memohon program pengajian tinggi yang anda inginkan dengan tepat dan lengkap.
Maklumat Kemaskini UPUOnline STPM/Setaraf
Kategori STPM / Matrikulasi / Asasi / STAM
- Kemaskini pilihan program pengajian kecuali yang telah dipanggil temu duga dan/atau ujian.
- Hanya program pengajian yang memenuhi syarat khas akademik sahaja akan disenaraikan dalam Pilihan.
Kategori Diploma / Setaraf
- Muat naik dokumen dan kemaskini keputusan akademik sahaja.
Tempoh Kemaskini UPUonline
- Tarikh Mula: 27 Julai 2024, jam 12:00 tengah hari
- Tarikh Tamat: 02 Ogos 2024, jam 5:00 petang
Cara Kemaskini
- Layari https://upu.mohe.gov.my/
- Klik pada UPUONLINE®
- Log masuk menggunakan kad pengenalan dan kata laluan
- Tekan menu kemaskini untuk mengemaskini maklumat permohonan.
- Tekan butang Seterusnya untuk mula mengemaskini maklumat berikut:
- Maklumat Penyata
- Maklumat Peribadi
- Maklumat Keluarga
- Maklumat Akademik
- Maklumat Pilihan Program
Bagi memudahkan urusan, anda juga boleh Muat turun aplikasi UPUPocket di:
- Google Play
- App Store
- AppGallery
Kenapa Pilihan Program Hilang?
Program-program yang hilang dalam sistem adalah disebabkan sistem padanan mendapati keputusan STPM atau setaraf tidak layak berdasarkan syarat kelayakan program yang dipilih.
Jadi, program yang kosong itu bolehlah diisi dengan program lain.
Apakah Definisi Fasa Pengemaskinian?
- Pemohon kategori SPM, STPM dan STAM boleh mengemas kini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar dan keputusan penuh bagi pemohon kategori Matrikulasi/Asasi.
- Pemohon bagi kategori SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi, dan STAM boleh mengemas kini semua pilihan program pengajian kecuali program pengajian yang telah dipanggil temu duga. Pada Fasa Pengemaskinian ini, tiada lagi pilihan program pengajian bertemu duga.
- Pemohon bagi Kategori Diploma/Setaraf, hanya boleh mengemas kini keputusan dan memuat naik dokumen sahaja tanpa kemaskini pilihan program pengajian.
Info Lanjut
Layari Portal Rasmi : https://upu.mohe.gov.my/
Jangan Lupa Ikuti Di Media Sosial Rasmi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi:
- TikTok : @bkpaupu
- Facebook : Kemasukan BPKP JPT – FB rasmi UPU
- Telegram : UPUONLINE Channel
- Instagram : @kemasukanbkpa
- YouTube : bkpaUPU
Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan UPUOnline, boleh hubungi;
- Hotline UPU: 03-86842363
- Maklumbalas UPU: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
- E-mel: [email protected]
- UPUChat: https://upuchat.org/