PROTON telah melancarkan PROTON X50 2024 di Subang Jaya dengan peningkatan terkini pada model SUV segmen-B yang popular.Â
Sejak dilancarkan pada 2020, lebih daripada 110,000 unit telah terjual.
Model baru ini menampilkan penambahbaikan termasuk NVH yang lebih baik, unit infotainment yang dinaik taraf, dan kamera 360 HD baru. Enjin turbo 1.5 liter memberikan kuasa 177 PS dan 255Nm tork.
Harga dan Varian
Model Proton X50 2024 datang dalam empat varian berbeza, dengan harga kekal seperti sebelumnya:
- Standard: RM86,300
- Executive: RM93,300
- Premium: RM101,800
- TGDi Flagship: RM113,300
Pakej Promosi Menarik
Untuk menarik minat pelanggan, PROTON juga memperkenalkan ‘Pakej Early Bird’ terhad kepada 5,000 pelanggan pertama yang mendaftarkan pembelian baharu mereka sebelum 31 Julai 2024.
Pakej yang ditawarkan adalah;
- Diskaun Tunai: RM7,000
- Sokongan Tukar Ganti: RM1,500
- Nilai Tambahan Ciri-Ciri: RM6,000
- Jumlah Penjimatan: RM14,500
Pilihan Warna
Proton X50 2024 hadir dengan pelbagai pilihan warna menarik yang menambahkan lagi daya tarikan SUV kompak ini. Berikut adalah senarai warna yang ditawarkan:
- Snow White
- Armour Silver
- Jet Grey
- Passion Red
- Ocean Blue
Setiap warna yang ditawarkan bukan sahaja meningkatkan estetika Proton X50 2024 tetapi juga membolehkan pemiliknya mengekspresikan personaliti mereka melalui pilihan warna yang pelbagai.
Pakej Standard Proton X50 2024
- Jaminan 5 Tahun dengan Perbatuan Tanpa Had
- 6 Kali Perkhidmatan Buruh Percuma
- Pakej Data 5 Tahun (1GB/Bulan)
- Program Insurans Proton
- Kadar Faedah Pembiayaan Bermula dari 2.28% PA
Ciri-ciri Tambahan dan Keselamatan
Berikut adalah ciri-ciri tambahan dan Keselamatan pada Proton X50 2024 baharu
Sistem Pemprosesan Baharu:
- Dwi-core 4GB RAM
- Storan lebih besar 64GB
- Sistem ‘head unit’ infotainmen bersaiz 10.3 inci
- 33% lebih pantas
Enjin dan Prestasi:
- Enjin 1.5 liter TGDI pengecas turbo
- Kuasa 177PS
- Tork 255Nm
- Kotak gear dwi-klac tujuh kelajuan
- Pecutan 0-100km/j dalam 7.9 saat
Keselamatan:
- Enam beg udara SRS
- Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC)
- Lapan Sistem Bantuan Pemandu Peringkat 2 (ADAS)
- Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)
Ciri-ciri Tambahan:
- Kamera 360 Definisi Tinggi untuk parkir mudah dan selamat
- Fungsi Auto Park Assist
- Paparan pandangan 3D persekitaran untuk penukaran lorong yang lebih selamat sehingga kelajuan lebuh raya 150km/j
Gambar-Gambar Proton X50 2024
Maklumat Lanjut
Info Lanjut layari;
- https://www.proton.com/en/models/protonx50
- https://proton.my/harga-x50-baru/ (untuk pembelian)
Soalan Lazim (FAQ)
Gaji bermula RM2,500 layak untuk beli X50. Gaji bawah daripada RM1,800 juga tetap layak, tetapi layak bersyarat iaitu perlu ada penjamin sama ada Ibu Bapa atau pun pasangan.
Bayaran bulanan kereta X50 baru berbeza mengikut lokasi. Dengan downpayment 10%, bayaran bulanan kereta X50 bermula RM515 bagi kawasan Semenanjung Malaysia.
Terdapat lebih 100+ Sales Advisor Proton seluruh Malaysia di dalam website proton.my. Anda boleh buat tempahan kereta baru X50 melalui penasihat jualan sah Proton di sini.
Tempoh masa menunggu adalah di antara 1 hingga 4 bulan bergantung kepada stok daripada HQ Proton.
Anda boleh layari https://proton.my/ untuk melihat showroom berdekatan anda
Berikut adalah SOP & maklumat yang diperlukan untuk tempah kereta Proton. Semua dokumen & maklumat anda dijamin rahsia & selamat dari pihak ketiga.
1- Salinan IC (depan & belakang)
2- Salinan lesen (depan & belakang)
3- Payslip 3 bulan terkini
4- Penyata bank 3 bulan terkini
5- Nombor telefon
6- Email