HomeUcapanSelamat Hari Jururawat: Ucapan & Poster Nurses Day 2024

Selamat Hari Jururawat: Ucapan & Poster Nurses Day 2024

Bersempena sambutan Hari Jururawat pada tahun ini, mungkin ramai dalam kalangan kita yang ingin menyampaikan ucapan Selamat Hari Jururawat sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang kepada mana Jururawat atau Misi yang kita kenali.

Ucapan ini boleh ditujukan juga kepada diri sendiri mahupun kepada jururawat di luar sana yang banyak menabur bakti dalam membantu sistem kesihatan negara kita.

Sama ada di Facebook, TikTok, Instagram, WhatsApps atau media sosial yang lain, jom kita meriahkan sambutan Hari Jururawat pada tahun ini.

Tarikh dan Tema Hari Jururawat 2024

Hari Jururawat disambut pada setiap 12 Mei.Tahun ini, ia jatuh pada hari Ahad kebetulan sama dengan sambutan Hari Ibu 2024.

Hari Jururawat Sedunia dianjurkan bertujuan untuk mengiktiraf dan memberikan penghormatan kepada para jururawat di seluruh dunia yang telah menabur jasa dengan memberikan penjagaan dan perkhidmatan berkualiti kepada pesakit di samping memperingati Florence Nightingale selaku tokoh pengasas kejururawatan moden sempena hari kelahiran beliau pada 12 Mei.

Tema sambutan Hari Jururawat Sedunia pada tahun ini adalah ‘Our Nurse Our Future The Economic Power Of Care’ di mana sambutan ini secara rasminya akan disambut serentak di seluruh dunia pada 12 Mei pada setiap tahun.

Tema ini diselaraskan oleh laman International Council of Nurses yang mempunyai keahlian lebih daripada 130 negara di seluruh dunia.

Contoh Ucapan

  • Selamat Hari Jururawat kepada para jururawat hebat yang sentiasa peduli dan berdedikasi.
  • Terima kasih kepada semua jururawat yang menjaga kesihatan kami dengan penuh keikhlasan.
  • Jururawat, engkau adalah pahlawan dalam dunia kesihatan. #SelamatHariJururawat
  • Di Hari Jururawat ini, mari kita hargai jasa dan pengorbanan para jururawat.
  • Terima kasih, jururawat, kerana keberanianmu dan dedikasimu dalam melindungi kesejahteraan masyarakat.
  • Selamat Hari Jururawat kepada para penyelamat nyawa yang tak kenal lelah.
  • Jururawat, engkau adalah cahaya dalam kegelapan, harapan dalam kesusahan. #SelamatHariJururawat 
  • Kepada para jururawat yang sentiasa berjuang demi kesihatan kita, terima kasih atas pengorbananmu.
  • Dalam doa-doa kami, sentiasa ada tempat untukmu, para jururawat. #TerimaKasihJururawat
  • Kepada semua jururawat yang bertugas siang malam tanpa mengira waktu, terima kasih atas segala sumbangan dan pengorbanan anda.
  • Kepada jururawat yang penuh kesabaran dan kelembutan, terima kasih atas segala-galanya.
  • Terima kasih, jururawat, kerana menjadi harapan bagi yang sakit dan lemah.
  • Kepada para jururawat yang gigih dan bersemangat, terima kasih atas pengorbananmu.
  • Kepada jururawat yang penuh dedikasi, semoga hari ini penuh dengan penghargaan dan cinta. Selamat Hari Jururawat!
  • Di Hari Jururawat ini, mari kita hargai para jururawat yang menjaga keselamatan kita dengan penuh dedikasi.
  • Terima kasih, jururawat, kerana menjadi penyelamat bagi yang memerlukan. #SelamatHariJururawat 
  • Jururawat, engkau adalah inspirasi bagi kami semua.
  • Terima kasih, jururawat, kerana menjadi cahaya dalam kegelapan bagi pesakit.
  • Kepada para jururawat yang penuh keberanian, semoga kebahagiaan menyertaimu.
  • Jururawat, engkau adalah bintang dalam langit perubatan.
  • Terima kasih jururawat, kerana memberikan harapan kepada yang putus asa.
  • Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat di luar sana! Terima kasih atas segala-galanya.

Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat yang hebat dan berdedikasi!

Cadangan Hashtag

Berikut adalah beberapa cadangan tanda pagar # yang anda boleh gunakan bersempena Hari Jururawat pada tahun ini;

  • #HariJuruRawat
  • #HariJuruRawat2024
  • #SelamatHariJururawat 
  • #SayaSayangJururawat
  • #nurse
  • #nurseday 
  • #HappyNurseDay

Poster Hari Jururawat

Poster ini anda boleh gunakan atau edit bagi menghantar ucapan kepada jururawat diluar sana atau boleh dijadikan panduan sekiranya ingin menciptanya sendiri.

Poster Selamat Hari Jururawat
Selamat Hari Jururawat Sedunia 12 Mei 2024
Selamat Hari Jururawat Sedunia ada kata-kata
Selamat Hari Jururawat Sedunia 12 Mei 2024 with heart
International Nurses Day
International Nurses Day thanks
Happy Nurses Day
RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments