HomeInfoAgihan Zakat Guru Agama Negeri Kedah LZNK 2024

Agihan Zakat Guru Agama Negeri Kedah LZNK 2024

Permohonan Agihan Zakat Guru Agama Bagi Tahun 2024 (Berpendapatan RM2000 ke Bawah)

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) membuka permohonan bantuan zakat kepada guru agama yang berkelayakan di negeri ini bagi  tahun 2024.

Guru-guru yang mengajar agama boleh memohon bantuan zakat ini bagi mengurangkan beban kewangan yang dihadapi.

Apa Itu Agihan Zakat Guru Agama?

Bantuan ini merupakan agihan secara sekaligus (one off) yang diberikan kepada guru agama subjek Diniah mengikut syarat-syarat tertentu.

Agihan Zakat Guru Agama LZNK Kedah 2024

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan ditutup pada 29 Februari 2024 (KHAMIS.0

Syarat-syarat Kelayakan

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan bagi bantuan Agihan Zakat Guru Agama Negeri Kedah;

  1. Warganegara Malaysia, beragama Islam dan berumur 17 tahun dan keatas.
  2. Lahir di Negeri Kedah/ Menetap di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
  3. Mengajar dalam negeri Kedah sahaja.
  4. Berpendapatan kasar (gaji pokok beserta elaun) tidak melebihi RM 2,000.00 sebulan.
  5. Masa mengajar tidak kurang dari tempoh 1 jam.
  6. Jumlah pelajar sekurang-kurangnya 10 orang.
  7. Kelas pengajian mestilah tidak kurang 12 kali setahun.
  8. Bukan penerima skim agihan zakat bulanan, guru agama umumi, guru agama KEDA dan agihan khas guru & kakitangan Sekolah Agama Rakyat (SAR).
  9. LZNK berhak menolak permohonan sekiranya tidak diisi dengan lengkap dan jelas.

Cara Dan Panduan Memohon

Pemohonan boleh dilakukan secara atas talian (online) di laman web www.zakatkedah.com.my atau terus ke pautan berikut :

https://agihan.zakatkedah.com.my

Klik Menu : APLIKASI ATAS TALIAN >> AGIHAN ZAKAT GURU AGAMA >> PEMOHON BARU

laman web permohonan Agihan Zakat Guru Agama 2024

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut ; 

1. Kad Pengenalan Pemohon (kad pengenalan baru)

2. Slip gaji, penyata pendapatan surat pengesahan pendapatan (bagi yang tidak berkerja atau yang tiada slip gaji).

3. Pengesahan akaun bank pemohon (selain ASB dan Tabung Haji).

4. Hanya permohonan yang lengkap beserta dokumen yang diperlukan sahaja akan dipertimbangkan.

MUAT TURUN BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN DI SINI :

Info Lanjut dan Pertanyaan

  • Untuk keterangan lanjut boleh berhubung melalui No Telefon Rasmi Divisyen Agihan Lembaga Zakat Negeri Kedah (04-7331740)
  • Talian bebas tol : 1-800-88-1740 
  • Email rasmi Divisyen Agihan LZNK : [email protected]
No Telefon LZNK daerah Negeri Kedah

Sumber: Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)

Laman Web: https://www.zakatkedah.com.my/ 

Facebook: https://www.facebook.com/zakatkedah 

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments