HomeInfoProgram Madani Rakyat Zon Utara: Tarikh, Lokasi dan Aktiviti

Program Madani Rakyat Zon Utara: Tarikh, Lokasi dan Aktiviti

Program Madani Rakyat Zon peringkat Zon Utara bakal berlangsung pada 3 hingga 5 Mei 2024 (Jumaat hingga Ahad).

Program ini merupakan anjuran Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama strategik Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang merangkumi tiga (3) negeri di utara semenanjung iaitu Pulau Pinang, Perlis dan Kedah.

Penganjuran Program Madani Rakyat  merupakan kesinambungan daripada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember 2023 lalu. Sebelum ini juga, Program Madani Rakyat Zon Tengah telah di adakan pada 23 hingga 25 Februari 2024 bertempat di Kompleks Sukan Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.

Ia diteruskan lagi ke peringkat negeri mengikut zon bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk bersama-sama memahami, melihat dan menilai dasar serta inisiatif baharu yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

Lihat Juga;

Program Madani Rakyat Zon Utara: Tarikh & Lokasi

Program MADANI Rakyat Zon Utara merangkumi tiga negeri di utara semenanjung iaitu Pulau Pinang, Perlis dan Kedah. 

Pelaksanaan program ini merupakan wadah untuk masyarakat mendapatkan perkhidmatan secara terus daripada kementerian dan agensi di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, di samping memberi peluang kepada masyarakat umum mengemukakan pandangan dan cadangan penambahbaikan mutu perkhidmatan kerajaan. 

Program ini juga dapat mewujudkan saluran komunikasi berterusan antara masyarakat dengan kerajaan, sekali gus memperkukuhkan hubungan dalam usaha membina negara yang lebih sejahtera selaras dengan agenda Malaysia MADANI

Maklumat berkaitan tarikh dan lokasi program ini adalah sebagaimana berikut;

  • Tarikh: 3 hingga 5 Mei 2024 (Jumaat hingga Ahad).
  • Lokasi: Tapak Pesta Sungai Nibong Pulau Pinang
  • Maps/waze : https://maps.app.goo.gl/auiSbYogadZz3r2v6 
  • Masa:
    • Jumaat dan Sabtu -9.00 pagi – 10.00 malam
    • Ahad – 9 pagi – 6.00 petang

Orang ramai dijemput untuk bersama-sama hadir memeriahkan ini.

Aktiiviti Menarik

Secara khususnya sepanjang 3 hari program ini, ia  bakal menumpukan kepada agenda berkaitan kesejahteraan rakyat, perpaduan, TVET, pengangkutan awam bersepadu, pertanian dan keterjaminan makanan, karnival kerjaya, pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Kecerdasan Buatan (Al) serta pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri terus kepada rakyat. 

Program ini turut melibatkan kolaborasi strategik bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta. Selain itu, segmen Jualan MADANI yang menawarkan potongan harga dan tawaran istimewa serta pameran aset-aset kerajaan turut disediakan untuk pengunjung.

Berikut merupakan beberapa aktiviti menarik sepanjang program;

Jualan MADANI

Program Jualan Madani merupakan antara tumpuan utama sepanjang program berlangsung. Ia merupakan anjuran FAMA dan LKIM.

Program ini bertujuan membantu rakyat memperoleh produk segar dengan mudah pada harga berpatutan dengan mengurangkan lapisan perantara pasaran sehingga 10%-30% untuk barangan pertanian segar terpilih seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, telur, dan ikan, yang merupakan keperluan asas.

Jom Tukar Topi Keledar

Bersempena program ini juga, Kementerian Pengangkutan Malaysia menawarkan pertukaran topi keledar secara percuma kepada 1000 pengunjung yang terawal Program Madani Rakyat Zon Utara.

Untuk pertukaran topi keledar ini, sesiapa sahaja boleh datang, bawa topi keledar serta tukar kepada yang baharu.

Syarat-syarat bagi pertukaran topi keledar ini adalah sebagaimana berikut;

  • Warganegara Malaysia (MYKAD perlu dikemukakan semasa penukaran)
  • Terhad satu (1) unit topi keledar untuk seorang
  • Wajib membawa topi keledar lama/rosak atau tidak mengikut spesifikasi SIRIM
  • Terhad 1,000 unit topi keledar setiap hari

Diskaun Saman PDRM Terpilih

Bersempena dengan program ini juga, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberikan tawaran pengurangan saman terpilih sebanyak 50%.

10 kesalahan kompaun yang tidak ditawarkan adalah;

  •  KEMALANGAN
  •  KESALAHAN BICARA MAHKAMAH
  •  KESALAHAN BERKAITAN KENDERAAN BERAT
  •  MEMOTONG SECARA BERBAHAYA
  •  MENGGUNAKAN LORONG KECEMASAN
  •  KESALAHAN TIDAK BOLEH KOMPAUN (NC)
  •  TIDAK MEMATUHI ISYARAT LAMPU MERAH
  •  MEMOTONG DI GARISAN BERKEMBAR
  •  KESALAHAN PENGUBAHSUAIAN EKZOS
  •  SAMAN BERSTATUS OP SELAMAT

Untuk pembayaran bagi diskaun saman ini, ia hanya boleh dibuat di tapak program sahaja dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Forum Perdana 

Program ini turut diserikan dengan program kerohanian melalui Forum Perdana yang bertajuk “HARMONI BANGSA, SAKSAMA BERSAMA” yang menampilkan ahli panel yang terkenal iaitu;

  • Ahli Panel 1 – DATO’ HAJI BADLI SHAH BIN HAJI ALAUDDIN (Timbalan Mufti Negeri Pahang)
  • Ahli Panel 2 – PROF MADYA DR. MOHD SUKKI BIN OTHMAN (Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia)
  • Ahli Panel 3 –  PROF DR. SHARIFAH HAYAATI BINTI SYED ISMAIL (Jabatan Siasah Syariyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)
  • Moderator – TUAN SAYED MUNAWAR SAYED MOHD MUSTAR (Pengarah Al-Hady Centre)

Maklumat Forum Perdana ini berlangsung adalah;

  • Tarikh: 3 Mei 2024 (Jumaat)
  • Waktu: 8:00 malam
  • Tempat: Pentas Utama, Tapak Pesta Sungai Nibong Pulau Piang

Karnival Kerjaya

Bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan, terdapat juga  1000 peluang pekerjaan yang ditawarkan sepanjang program berlangsung.

Antara syarikat yang terlibat adalah;

  • Fuji Elektrik
  • Micron
  • BOSCH
  • AT&S
  • Penang Port

Majlis Sambutan Aidilfitri Madani

Kemuncak kepada program ini adalah Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024.

Orang ramai diundang untuk memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 bersama Perdana Menteri.

Bawa ahli keluarga dan rakan anda untuk menikmati pelbagai juadah Hari Raya pada:

  • 5 Mei 2024 (Ahad)
  • 10.00 pagi hingga 1.00 petang
  • Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang.
Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Pulau Pinang

Lain-Lain Aktiviti dan Pameran

Selain itu, Program MADANI Rakyat Zon Utara juga disertai oleh pameran reruai dari kementerian-kementerian yang terlibat dengan pelbagai aktiviti menarik yang bakal berlangsung iaitu;

  • Persembahan Rakyat Utara (5 Mei, 2.00 – 2.30 petang, Pentas Utama)
  • Pertandingan Mewarna (Reruai KPN)
  • Persembahan Perpaduan (Reruai KPN)
  • Mencanting Batik dan Kenali Permainan Rakyat (5 Mei, 2.00 – 2.30 petang, Pentas Reruai)
  • Jom Cuba Permainan Tradisional (Reruai KPN)
  • Jom Cuba Pakaian Tradisional (Reruai KPN)
  • Jom Cuba Makanan Tradisional (Reruai KPN)
  • Cabutan bertuah
  • Senaman Sihat Zumba bersama PUSPANITA Pulau Pinang (4 Mei, 7.00 – 8.30 pagi di Dewan Terbuka, Tapak Pesta Pulau Pinang)
  • Pameran-pameran daripada kementerian dan agensi yang terlibat.

Majlis Penutup

Majlis Perasmian Penutupan Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim pada 5 Mei 2024 (Ahad) dan turut dihadiri oleh pimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Anda dijemput hadir untuk bersama-samame meriahkan Program MADANI Rakyat Zon Utara.

Info Lanjut

Untuk maklumat dan info lanjut program ini, boleh layari;

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments