PRK Kuala Kubu Baharu N.06 Selangor diadakan susulan kematian penyandang daripada DAP, Lee Kee Hiong, pada 21 Mac 2024 lalu akibat kanser.
Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan tarikh-tarikh penting bersempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor.
Tarikh-tarikh Penting PRK Kuala Kubu Bharu
Berikut adalah tarikh-tarikh penting PRK DUN N.06;
Tarikh Writ | 4 April 2024 (Khamis) |
Hari Penamaan Calon | 27 April 2024 (Sabtu) |
Hari Undi Awal | 7 Mei 2024 (Selasa) |
Hari Mengundi | 11 Mei 2024 (Sabtu) |
Senarai Calon Bertanding
PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon Bebas.
Perkara ini diumumkan SPR secara rasmi sebaik tempoh proses penamaan calon ditutup jam 10 pagi 27 April 2024.
Berikut adalah calon-calon yang bertanding pada PRK Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei nanti;
BIL | NAMA CALON | PARTI |
1. | KHAIRUL AZHARI | PERIKATAN NASIONAL |
2. | PANG SOCK TAO | PAKATAN HARAPAN |
3. | ERIS NYAU KE XIN | BEBAS |
4. | HAFIZAH | PARTI RAKYAT MALAYSIA |
Susunan nama dan parti pada kertas undi adalah sebagaimana berikut;

Biodata Ringkas Calon
Berikut adalah biodata ringkas calon dari PN dan PH yang akan bertanding;
Calon PN
- LATAR BELAKANG
- KHAIRUL AZHARI BIN SAUT 54 TAHUN
- Berkahwin, mempunyai 3 orang anak.
- Anak tempatan, kampung keluarga di Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu.
- PENDIDIKAN :
- SK Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu
- SMK Felda Soeharto, Kuala Kubu Bharu
- Universiti Malaya (Diploma Eksekutif Pengurusan, 2019)
- Universiti Malaysia Pahang (Master
Eksekutif Pengurusan Perniagaan, 2021)
- KERJAYA:
- Kini menjawat jawatan Pengurus Besar, Global Valley Venture Sdn Bhd
- Pernah bertugas sebagai :
- Ahli Majlis, Majlis Daerah Hulu Selangor
- Pengurus Besar, Petrogas Resources
- Head Of Oil & Gas Dept, Damini Corp
- Finance Executive, Bursa Malaysia
- PENGLIBATAN POLITIK :
- Pemangku Ketua Bahagian BERSATU
Hulu Selangor (2023 – Kini) - Timbalan Ketua Bahagian BERSATU
Hulu Selangor (2019 -2023) - Naib Ketua Bahagian BERSATU
Hulu Selangor (2016-2019)
- Pemangku Ketua Bahagian BERSATU

Calon PH
Latar Belakang
- Nama – Pang Sock Tao
- Tarikh Lahir dan Umur – 26 April 1993, 31 tahun
- Asal – Ampang, Selangor
- Pendidikan 2012 – 2017 – Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik (Kepujian) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Pengalaman Politik
- 2017 – 2018 : Penolong Penerbit Ubah TV, Ibu Pejabat DAP
- 2018 – 2020 : Pegawai Khas kepada Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC)
- 2020 – 2022 : Penerbit Ubah TV, Ibu Pejabat DAP
- Dis 2022 – Jan 2024 : Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT)
- Jan 2024 – Kini : Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan (КРК)

Keputusan Yang Lalu di Kuala Kubu Bharu
Pada PRU Dewan Negeri Selangor ke-15 pada 12 Ogos 2023 yang lalu, calon dari parti Pakatan Harapan (PH) Lee Kee Hiong telah memenangi kerusi N06 Selangor dengan majoriti 4,119 undi.
Berikut adalah keputusan bilangan undi yang diperoleh ini calon dan parti yang bertanding di DUN N06 yang lalu;
Nama Calon | Bil Undi |
HENRY TEOH – PERIKATAN NASIONAL (PN) | 10,743 |
CHNG BOON LAI – PARTI RAKYAT MALAYSIA (PRM) | 527 |
LEE KEE HIONG – PAKATAN HARAPAN (PH) | 14,862 |
DR SIVA – IKATAN DEMOKRATIK MALAYSIA (MUDA) | 1,186 |
Semakan Undi PRK Kuala Kubu Baharu
Semakan Daftar Pemilih dan Maklumat Pengundian untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.06 Kuala Kubu Baharu, Selangor boleh dilakukan melalui pautan berikut;
https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih
ATAU muat turun aplikasi MySPR Semak
Cara semakan di MySPR Semak;
- Layari https://mysprsemak.spr.gov.my atau Muat turun aplikasi MySPRSemak
- Tekan SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
- Isikan nombor kad pengenalan 12 angka
- Semak MAKLUMAT PERIBADI dan MAKLUMAT PENGUNDIAN ANDA
Tarikh Semakan ini adalah mulai 22 APRIL 2024 – 11 MEI 2024.
Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia – SPR