Pelbagai acara menarik berkaitan ‘Setahun Ekonomi MADANI’ bakal mewarnai Program MADANI Rakyat 2024 Zon Selatan dan Setahun Ekonomi MADANI yang bakal diadakan di Dataran Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Bahru dari 15 hingga 17 Ogos 2024 (Khamis hingga Sabtu)
Program ini merupakan anjuran Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama strategik Kementerian Ekonomi (KE) dan Kerajaan Negeri Johor.
Penganjuran program di Zon Selatan merangkumi merangkumi Negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka, menjadikan program ini sebagai platform penting bagi masyarakat di zon tersebut.
Program Madani Rakyat Zon Selatan: Tarikh & Lokasi
Program ini berlangsung selama tiga hari, dari Khamis hingga Sabtu, dan akan menampilkan pelbagai aktiviti serta inisiatif berkaitan Ekonomi MADANI.
Maklumat berkaitan tarikh dan lokasi program ini adalah sebagaimana berikut;
- Tarikh: 15 hingga 17 Ogos 2024 (Khamis hingga Sabtu)
- Lokasi: Dataran Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Bahru
- Masa:
- Khamis dan Jumaat -9.00 pagi – 10.00 malam
- Sabtu – 9 pagi – 6.00 petang
Orang ramai dijemput untuk bersama-sama hadir memeriahkan ini.
Objektif dan Sejarah Program MADANI Rakyat
Program MADANI Rakyat merupakan kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang telah diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember tahun lalu.
Acara Program Madani Rakyat di Zon Selatan memberi tumpuan kepada pencapaian Ekonomi MADANI, termasuk inisiatif seperti sumbangan asas rahmah, bantuan awal persekolahan, pembiayaan mikro, dan skim jaminan kredit perumahan. Terdapat juga aktiviti yang mempromosikan kesejahteraan rakyat, perpaduan, pelancongan, dan pendidikan STEM.
Sebelum ini, Program MADANI Rakyat 2024 Zon Tengah telah diadakan dari 23 hingga 25 Februari 2024 di Kompleks Sukan Kuala Selangor, Selangor, dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta Kerajaan Negeri Selangor.
Sementara Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara telah berlangsung dari 3 hingga 5 Mei 2024 di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang, melalui kerjasama antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Pengangkutan (MOT).
Manakala Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur telah berlangung dari 5 hingga 7 Julai 2024 di Dataran Sayangi Kuantan, Pahang anjura Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta Kerajaan Negeri Pahang.
Aktiviti dan Fokus Program MADANI Rakyat Zon Selatan
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Selatan menampilkan pelbagai aktiviti yang memberi fokus kepada pelaksanaan dasar Ekonomi MADANI serta usaha Kerajaan untuk memperkasa rakyat, usahawan, dan industri.
Berikut adalah antara aktiviti utama yang akan diadakan:
- Pameran dan Perkhidmatan Kerajaan:
- Penyampaian pencapaian dan manfaat Ekonomi MADANI, termasuk inisiatif Sumbangan Asas Rahmah, bantuan awal persekolahan, pembiayaan mikro, Skim Jaminan Kredit Perumahan, Pelan Induk Perindustrian Baru 2030 (NIMP 2030), dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
- Pameran aset-aset Kerajaan dan perkhidmatan dari agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
- Aktiviti Kesejahteraan Rakyat:
- Aktiviti yang mempromosikan kesejahteraan rakyat, agenda perpaduan, dan kesejahteraan luar bandar.
- Pameran Pendidikan dan Teknologi:
- Pameran dan perkhidmatan berkaitan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (STEM), dan Kecerdasan Buatan (AI).
- Karnival Kerjaya dan TVET:
- Peluang kerjaya dan latihan kemahiran (TVET) untuk golongan belia dan pencari kerja.
- Jualan MADANI:
- Jualan produk keperluan harian dengan potongan harga dan tawaran istimewa untuk pengunjung.
- Sektor Pelancongan, Pertanian, dan Keterjaminan Makanan:
- Aktiviti yang berkaitan dengan pelancongan, sektor pertanian, dan inisiatif keterjaminan makanan.
Aktiviti dan Reruai Tumpuan
Beberapa aktiviti dan reruai tumpuan adalah seperti berikut;
50% Diskaun Saman PDRM Terpilih
Ini adalah salah satu inisiatif yang ditawarkan dalam program ini untuk memberi manfaat terus kepada rakyat.
Bersempena dengan Program ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan kadar kompaun saman terpilih sehingga 50%.
Pembayaran hanya boleh dibuat di tapak program dan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
Inilah masanya untuk anda melunaskan tunggakan saman bagi mengelakkan nama disenarai hitam atau disekat untuk pembaharuan cukai jalan atau lesen.
Jom Tukar Topi Keledar
Program jom tukar topi keledar lama atau rosak kepada yang baru adalah antara yang menjadi tumpuan kepada para pengunjung.
Ia adalah salah satu cara kerajaan untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya melalui pemakaian topi keledar yang menepati standard keselamatan.
Berikut adalah butiran tawaran ini:
- Terhad kepada satu (1) unit topi keledar untuk setiap seorang.
- Wajib membawa topi keledar lama/rosak atau yang tidak menepati piawaian spesifikasi SIRIM.
- Tawaran ini terhad kepada 1,000 unit topi keledar sahaja setiap hari.
- Hanya untuk warganegara Malaysia (MyKAD perlu dikemukakan).
Pemberian Anak Pokok dan Benih Percuma
Jika anda ke Pavilion Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, anda berpeluang untuk dapat anak benih kelapa, Durian Musang King, Durian Belanda, Kopi, Manggis, Bawang dan benih sayuran PERCUMA.
Selain itu aktiviti menarik turut disertakan di pavilion KPKM iaitu;
- Showcase Pertanian, Perikanan, dan Peladang
- Road to MAHA 2024
- Jualan Agro MADANI
- Pembiayaan, Pinjaman, Geran, dan Konsultasi Usahawan
- Pemberian Anak Pokok dan Benih Percuma Jabatan Pertanian
- Demonstrasi dan Uji Rasa MakananÂ
- Demonstrasi Benang Serat Nanas
- Kaunter Banci Pertanian, Pendaftaran GeoAgro dan lain.
Aktiviti, Perkhidmatan dan Inisiatif Lain
Selain itu, terdapat pelbagai inisiatif dan perkhidmatan disediakan oleh agensi kerajaan terus kepada rakyat antaranya:
- Semakan Data Wang Tidak Dituntut
- Pendaftaran Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)
- Pendaftaran Rakan Muda
- Jualan MADANI
- Program Jom Derma Darah
- Pemberian Benih Pokok
- Aktiviti Menunggang Kuda
- Pertandingan Memancing
- Pertandingan Geocatching
- Fun Run
- Pameran RC 4×4
- Menu RAHMAH – Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH
Majlis Penutupan oleh Perdana Menteri
Majlis penutupan Program MADANI Rakyat 2024 Zon Selatan dan Setahun Ekonomi MADANI bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim pada 17 Ogos 2024 (Sabtu) dan turut dihadiri oleh kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Info Lanjut
Untuk maklumat dan info lanjut program ini, boleh layari;
- Facebook Malaysia Madani – https://www.facebook.com/MalaysiaMADANI.my
- Laman Web – https://malaysiamadani.gov.my/