Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Program MADANI Rakyat Zon Tengah pada 23 hingga 25 Februari 2024 bertempat di Kompleks Sukan Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.
Program ini merupakan kesinambungan daripada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember lalu.
Ia diteruskan ke peringkat negeri mengikut zon bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk bersama-sama memahami, melihat dan menilai dasar serta inisiatif baharu yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.
Program Madani Rakyat Zon Tengah: Tarikh & Lokasi
Program MADANI Rakyat Zon Tengah merangkumi Negeri Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Pelaksanaan program ini sebagai wadah bagi membolehkan masyarakat mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan kerajaan Persekutuan, negeri dan agensi yang berkaitan di samping memberi peluang kepada masyarakat umum mengemukakan pandangan dan cadangan bagi menambah baik mutu perkhidmatan.
Maklumat berkaitan tarikh dan lokasi program ini adalah sebagaimana berikut;
- Tarikh: 23-25 Februari 2024 (Jumaat-Ahad)
- Lokasi:
Kompleks Sukan Kuala Selangor
- Maps/waze : https://maps.app.goo.gl/rGhQ2P2nYbhyEfmU9?g_st=iw
- Masa:
9.00 pagi – 6.00 petang
Orang ramai dijemput untuk bersama-sama hadir memeriahkan ini.
Aktiviti
Antara tarikan sepanjang 3 hari program ialah penyampaian perkhidmatan secara langsung kepada rakyat, sesi libat urus Kementerian bersama rakyat, Jualan AGRO MADANI dan lain-lain lagi.
Program ini turut melibatkan kerjasama strategik syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta. Selain itu, Jualan Agro MADANI yang menawarkan potongan harga dan tawaran istimewa serta pameran aset- aset kerajaan turut disediakan untuk pengunjung.
Beberapa agensi kerajaan yang terlibat dalam program ini adalah;
- Kementerian Kewangan
- Kementerian Pengangkutan
- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
- Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
- Kementerian Sumber Manusia
- Dan lain-lain lagi
Beberapa tumpuan menarik sepajang program ini berlangsung adalah sebaimana berikut;
- Diskaun saman PDRM
- Peluang Pekerjaan
- Pertukaran Topi Keledar
- Pendaftaran PADU
Diskaun Saman PDRM

Bersempena program ini, Kerajaan menawarkan pengurangan Kadar Bayaran Kompaun Saman sehingga 50 peratus bagi kesalahan terpilih sempena Program MADANI Rakyat Zon Tengah.
10 kesalahan kompaun yang tidak ditawarkan adalah;
- KEMALANGAN
- KESALAHAN BICARA MAHKAMAH
- KESALAHAN BERKAITAN KENDERAAN BERAT
- MEMOTONG SECARA BERBAHAYA
- MENGGUNAKAN LORONG KECEMASAN
- KESALAHAN TIDAK BOLEH KOMPAUN (NC)
- TIDAK MEMATUHI ISYARAT LAMPU MERAH
- MEMOTONG DI GARISAN BERKEMBAR
- KESALAHAN PENGUBAHSUAIAN EKZOS
- SAMAN BERSTATUS OP SELAMAT
Untuk pembayaran bagi diskaun saman ini, ia hanya boleh dibuat di tapak program sahaja dan tertakluk kepada terma dan syarat.
Peluang Pekerjaan
Bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia menawarkan 2000 peluang pekerjaan kepada bagi mendapatkan pekerjaan bersesuaian.
Orang ramai yang hadir boleh terus menjalani temu duga di tempat disediakan dan sekiranya ada calon berjaya mereka juga akan terus ditawarkan pekerjaan berkenaan.
Selain itu, di reruai Kementerian Sumber manusia juga terdapat pelbagai aktiviti menarik iaitu;
Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk semua pengunjung. Antaranya ialah:
- Pameran Drone dan IR 4.0
- Pameran Robot
- Virtual Reality Game (VR)
- Pameran pakaian penguatkuasaan
- Karnival kerjaya dan banyak lagi!
Pertukaran Topi Keledar
Bersempena program ini juga, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan pertukaran topi keledar secara percuma kepada 1000 pengunjung yang terawal Program Madani Rakyat Zon Tengah.
Untuk pertukaran topi keledar ini, sesiapa sahaja boleh datang, bawa topi keledar serta tukar kepada yang baharu.
Syarat-syarat bagi pertukaran topi keledar ini adalah sebagaimana berikut;
- Warganegara Malaysia (MYKAD perlu dikemukakan semasa penukaran)
- Terhad satu (1) unit topi keledar untuk seorang
- Individu wajib membawa topi keledar lama/rosak atau tidak mengikut spesifikasi SIRIM
- Terhad 1,000 unit topi keledar setiap hari

Pendaftaran PADU
Bagi memudahkan orang ramai mendaftar PADU, kerajaan turut membuka Kaunter Pendaftaran PADU sempena Program MADANI Rakyat 2024 Zon Tengah.
Bagi memudahkan urusan, maklumat yang diperlukan ketika pendaftaran ialah;
- Kad Pengenalan
- Salinan Kad Pengenalan Ahli Isi Rumah
- Telefon Bimbit
- Nombor Akaun Bank
Majlis Penutup
Majlis penutupan Program MADANI Rakyat Zon Tengah bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim pada 25 Februari 2024 dan turut dihadiri oleh kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Info Lanjut
Untuk maklumat dan info lanjut program ini, boleh layari;
- Facebook Malaysia Madani – https://www.facebook.com/MalaysiaMADANI.my
- Laman Web – https://malaysiamadani.gov.my/