HomeBiasiswaBiasiswa Kuok Foundation 2025: Universiti Singapura & British

Biasiswa Kuok Foundation 2025: Universiti Singapura & British

Sukacita dimaklumkan bahawa Kuok Foundation Berhad membuka permohonan bagi Biasiswa dan Bantuan Kewangan Yayasan untuk pelajar Universiti Awam di United Kingdom (UK) dan SIngapura.

Biasiswa ini menawarkan dua kategori utama:

  1. Biasiswa Penuh ke Universiti Awam British
  2. Biasiswa & Anugerah Separuh Pinjaman Separuh Geran ke Universiti Awam Singapura

Ditubuhkan pada tahun 1970, Yayasan Kuok telah memainkan peranan penting dalam menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan anugerah pengajian kepada pelajar yang layak.

Biasiswa Kuok Foundation British & Singapore 2025

1. Biasiswa Kuok Foundation ke Universiti Awam British

Biasiswa ini terbuka kepada pelajar Malaysia yang memohon program Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa di tujuh universiti awam terbaik di UK.

Senarai Universiti Yang Layak

  1. University of Cambridge
  2. University of Oxford
  3. Imperial College London
  4. University College London (UCL)
  5. London School of Economics and Political Science (LSE)
  6. The University of Edinburgh
  7. King’s College London

Manfaat Biasiswa Penuh

Biasiswa ini meliputi:

  • Yuran pengajian penuh
  • Elaun bulanan
  • Tambang penerbangan pergi balik (sekali sahaja)
  • Elaun penempatan sekali sahaja

Apa yang lebih menarik adalah, tiada ikatan perkhidmatan selepas tamat pengajian.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Pencapaian akademik yang cemerlang:
    • STPM / GCE A-Level: Minimum 3A
    • Pra-Universiti / Diploma / Asasi: CGPA 3.50 / 4.00
  • Mempunyai kemahiran kepimpinan dan aktif dalam kokurikulum atau aktiviti sosial
  • Pelajar baharu sahaja, berumur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh pendaftaran universiti
  • Mendapat tawaran bersyarat atau tanpa syarat ke universiti yang disenaraikan

2. Biasiswa Kuok Foundation ke Universiti Awam Singapura

Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar Malaysia yang memohon atau sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa di universiti awam Singapura.

Senarai Universiti Yang Layak

Biasiswa ini terbuka kepada semua universiti awam di Singapura.

Jenis Pembiayaan

Biasiswa ke Singapura terbahagi kepada dua kategori:

  1. Biasiswa Kuok Foundation
    • Hanya untuk pelajar baharu yang menerima Singapore Ministry of Education Tuition Fee Grant
    • Nilai biasiswa: RM110,000 setahun
  2. Anugerah Separuh Pinjaman Separuh Geran
    • Terbuka kepada semua pelajar yang layak
    • Jumlah pembiayaan: Sehingga RM110,000 setahun

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pencapaian akademik yang baik & aktif dalam kokurikulum
  3. Biasiswa hanya untuk pelajar yang memerlukan bantuan kewangan
  4. Tidak boleh menerima biasiswa lain atau bantuan kewangan dari organisasi lain

Cara Memohon Biasiswa Kuok Foundation 2025

Langkah 1: Permohonan Dalam Talian

  • Mohon & hantar borang secara dalam talian di: apply.kuokfoundation.org
  • Tarikh tutup permohonan dalam talian: 28 Februari 2025

Langkah 2: Hantar Borang Cetakan & Dokumen Sokongan

  • Cetak borang permohonan yang telah dihantar dalam talian
  • Hantar bersama dokumen sokongan ke pejabat Kuok Foundation melalui kurier atau serahan tangan
  • Tarikh tutup penghantaran borang cetakan: 7 Mac 2025

Sebarang pertanyaan? Hantarkan e-mel ke: [email protected] 

  • Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan.
  • Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

Dokumen Yang Perlu Disertakan

  • Dokumen akademik:
    • Surat tawaran universiti (sebaik sahaja diterima)
    • Keputusan SPM / STPM / A-Level / Matrikulasi / Asasi / Diploma (asal atau ramalan)
    • Testimonial sekolah dan sijil tamat sekolah
  • Dokumen peribadi:
    Kad pengenalan dan sijil kelahiran pemohon
  • Dokumen kewangan keluarga:
  • Kad pengenalan ibu bapa/penjaga & sijil kematian (jika berkaitan)
    • Slip gaji ibu bapa/penjaga (3 bulan terakhir)
    • Penyata cukai pendapatan & EPF ibu bapa/penjaga (2 tahun terakhir)
    • Bil elektrik rumah pemohon (2 bulan terakhir)

Info dan Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan permohonan, sila layari laman web rasmi Yayasan Kuok;

Alamat Pejabat Yayasan Kuok:

Letter Box No. 110, 16th Floor UBN Tower
No. 10, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur

  • Contact Number: +603-27118428
  • Fax Number: +603-27250128

Lihat Juga:
Program Ijazah Lanjutan (PIL) 2025: Syarat dan Permohonan

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments