GiatMARA beri peluang kedua kepada anak Bumiputera dalam bidang TVET walaupun tiada SPM.
Kepada 10,160 calon baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang tidak hadir menduduki peperiksaan, boleh memohon kursus yang ditawarkan di 232 GiatMARA di seluruh negara.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, program Pendidikan Dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) yang ditawarkan di GiatMARA boleh membantu melatih kemahiran kumpulan tersebut sehingga ke peringkat tertinggi.
GiatMara menawarkan pelbagai kursus kemahiran berdasarkan minat masing-masing walaupun kurang cemerlang dari segi akademik. Pelatih juga berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET sehingga ke peringkat tertinggi dan mendapat sijil profesional. Dari GiatMARA boleh sambung di IKM kemudian Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan UniKL.
Tujuan Penubuhan GIATMARA
Penubuhan GIATMARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal.
Ini adalah untuk memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.
Syarat Kelayakan
- Bumiputera.
- Sihat tubuh badan.
- Boleh membaca, menulis dan minat (3M).
- Berumur dari 15 tahun dan ke atas.
- Berminat dengan bidang yang dipohon.
- Tamat Tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik & Penjaga Jentera Elektrik.
Senarai Kursus/Sijil
GiatMARA menawarkan pelbagai tahap sijil kemahiran di 232 pusat seluruh Malaysia.
Antara kursus yang mempunyai permintaan yang tinggi adalah kursus;
- teknologi automotif,Â
- pendawaian elektrik,
- masakan & pramusaji,Â
- fesyen,
- teknologi dan lain-lain.
Layari https://giatmara.edu.my/ untuk melihat senarai kursus atau sijil yang ditawarkan
Peluang Kerjaya dan Usahawan dengan Pensijilan GiatMARA
Dengan pensijilan GiatMARA, lepasan pelatih boleh meneruskan kerjaya sama ada terus bekerja, menjadi usahawan dan melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET sehingga ke peringkat tertinggi dan mendapat sijil profesional.
Contoh Laluan Kerjaya (Bidang Pendawaian Elektrik)
Sebagai contoh dalam bidang pendawaian elektrik, pelatih laluan terendah dengan hanya tamat tingkatan 5 meneruskan pengajian:
- Sijil Kompeten PW2 dari Suruhanjaya Tenaga (2 tahun) kemudian;
- Sijil Kompeten PW4 (1 tahun) yang mampu mendapat tawaran pekerjaan bergaji dari RM2,000.00 ke RM2,700.00 atau;Â
- Pensijilan chargeman A1 (2 tahun) yang menawarkan gaji bermula RM3,000.00 sehingga RM4,000.00 kemudian;Â
- Persijilan chargeman A4 (1 tahun) yang menawarkan gaji bermula RM3,500.00 sehingga RM6,000.00.
Peluang Sambung Pengajian dan Kenaikan Gaji dalam Bidang Chargeman
Bukan itu sahaja para pelatih ini boleh menyambung pengajian ke IKM selama 2 tahun di peringkat diploma dalam Sijil Chargeman B0 yang menawarkan gaji bermula RM7,000.00 dan boleh menaiktaraf pensijilan selama 2 tahun ini ke peringkat Chargeman B4 yang menawarkan gaji bermula RM12,000.00-RM15,000.00.
Cara Permohonan GiatMara
Permohonan atau pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi borang melalui pautan berikut;
Kelebihan GiatMara
- Kemahiran Siap Sedia untuk Pasaran Kerja:
- Pelajar dilengkapi dengan kemahiran yang memenuhi keperluan industri, memudahkan mereka mendapat pekerjaan.
- Kemampuan Memulakan Kerjaya Sendiri:
- Pelajar boleh membuka perniagaan sendiri dalam bidang kemahiran seperti kontraktor elektrik atau penyaman udara.
- Fleksibiliti dalam Kerjaya:
- Peluang bekerja sendiri membolehkan seseorang merancang dan menentukan hala tuju perniagaan sendiri serta membuka peluang pekerjaan kepada orang lain.
- Peluang Bekerja Sambilan:
- Kemahiran yang dimiliki membolehkan pelajar memulakan perniagaan secara sambilan selain pekerjaan utama mereka.
- Sokongan Laluan Kerjaya:
- Giat Mara membantu pelatih dengan membuka laluan kerjaya, sama ada untuk menjadi usahawan, melanjutkan pelajaran, atau bekerja dengan syarikat yang kukuh.
- Mengurangkan Risiko Pengangguran:
- Pelajar berkemahiran dikatakan lebih mudah mendapat kerja berbanding graduan yang lain, terutama untuk jawatan peringkat pertengahan.
- Kesediaan Menghadapi Persaingan Kerja:
- Dengan peningkatan kelayakan permohonan untuk jawatan tertentu dan persaingan yang sengit, kemahiran yang diperoleh membantu pelajar lebih bersedia dalam mencari pekerjaan.
- Pilihan Pendidikan yang Lebih Baik:
- Pelajar disarankan memilih pendidikan yang bukan sahaja penting tetapi juga menjamin kejayaan masa depan, menjadikan kemahiran Giat Mara sebagai pilihan yang bijak.
Artikel Berkaitan;