HomeKewanganPermohonan Pinjaman Pendidikan SPPNK Negeri Kedah 2024

Permohonan Pinjaman Pendidikan SPPNK Negeri Kedah 2024

Permohonan Pinjaman Pendidikan Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah (SPPNK) Tahun 2024.

Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah (SPPNK) mempelawa anak-anak Kedah yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk memohon pinjaman pendidikan SPPNK Tahun 2024. 

Pembiayaan ini terbuka kepada calon-calon sijil, diploma dan ijazah sarjana muda sepenuh masa dalam negara di IPTA dan IPTS (yang terpilih sahaja).

Maklumat lanjut mengenai permohonan Pinjaman Pendidikan SPPNK adalah sebagaimana berikut:

Apa Itu Pinjaman Pendidikan SPPNK?

Pinjaman Pendidikan SPPNK adalah bantuan kewangan yang ditawarkan oleh Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah (SPPNK) untuk anak-anak Kedah yang layak. 

Pinjaman ini bertujuan membantu pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa di IPTA dan IPTS terpilih dalam negara.

Senarai IPT Yang Layak

Senarai IPT yang Layak untuk Pembiayaan Pendidikan SPPNK 2024;

Sijil

  • Semua Kolej Komuniti
  • Politeknik
  • IPT Tempatan
    • Kecuali: Sijil Vokasional Malaysia, Sijil Matrikulasi, Sijil Asasi, Sijil Kejururawatan

Diploma

  • Kolej Komuniti
  • Politeknik
  • IPT Tempatan

Ijazah Pertama (Sarjana Muda)

  • Semua Universiti Awam Tempatan
  • Institut Pengajian Tinggi Swasta berikut:
    • Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)
    • Asian Institute of Medicine, Science and Technology (AIMST)
    • Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
    • Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
    • TATI University College and Terengganu Advanced Technical Institute
    • Universiti Selangor (UNISEL)
    • Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia

Tempoh Permohonan

Permohonan dibuka dari 11 Ogos 2024 (Ahad) hingga 15 September 2024 (Ahad).

Jumlah dan Kadar Pinjaman

  • Sijil: RM2,500.00 SETAHUN
  • Diploma: RM4,500.00 SETAHUN
  • Diploma (UniSHAMS): RM12,000.00 SETAHUN
  • Ijazah Sarjana Muda: RM6,500.00 SETAHUN
  • Ijazah Sarjana Muda (UniSHAMS): RM14,000.00 SETAHUN

Ijazah Sarjana Muda Pembedahan & Perubatan tidak layak memohon.

Pinjaman disalurkan terus kepada akaun pelajar setiap semester.

Bayaran Balik Pinjaman

Bayaran balik pembiayaan pendidikan bermula dua belas (12) bulan selepas pelajar menamatkan pengajian (seperti dalam Surat Tawaran IPT dan dokumen Pembiayaan Pendidikan). 

Pelajar serta penjamin adalah bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik pembiayaan pendidikan berdasarkan jumlah keseluruhan pembiayaan yang telah diterima seperti di dalam dokumen pembiayaan.

Syarat Kelayakan Permohonan

Asal dan Tempat Tinggal:

  • Pemohon ATAU ibu ATAU bapa lahir di Negeri Kedah.
  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah bermastautin serta menetap di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun (berdasarkan alamat pada surat tawaran IPT dan disahkan oleh Penghulu Mukim Negeri Kedah/Imam Kariah Negeri Kedah).

Pengajian:

  • Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT dan telah membuat pengesahan pendaftaran pengajian.

Semester:

  • Permohonan dibuka untuk pelajar semester pertama kemasukan baharu atau semester kedua tahun pertama IPTA/IPTS terpilih bagi sesi pengajian tahun 2024/2025 sahaja.

Kesihatan:

  • Pemohon mempunyai kesihatan yang baik.

Bantuan Kewangan:

  • Pemohon tidak menerima bantuan/tajaan kewangan dari mana-mana agensi.

Status Ibu/Bapa/Penjaga:

  • Ibu/bapa/penjaga tidak disenarai hitam atau dalam tindakan undang-undang oleh SPPNK.

Cara dan Kaedah Permohonan

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen sokongan yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang diperlukan semasa mengisi permohonan dan perlu dimuat naik ke dalam  Sistem iPINJAM SPPNK adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  2. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon
  3. Salinan Sijil Kelahiran Ibu/Bapa/Penjaga (sekiranya pemohon tidak lahir di Negeri Kedah)
  4. Salinan Kad Pengenalan Ibu/Penjaga
  5. Salinan Kad Pengenalan Bapa/Penjaga
  6. Salinan Slip Gaji Ibu/Bapa/Penjaga (Slip Gaji/Penyata Pesara/Borang Pengesahan Pendapatan (BPPSPPNK/07) bagi yang bekerja sendiri/tidak bekerja)
  7. Salinan Sijil SPM/SVM
  8. Salinan Sijil STPM/STAM/Matrikulasi/Asasi/Sijil/DVM/Diploma (jika berkaitan)
  9. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  10. Salinan Sijil Kokurikulum (pencapaian tertinggi sahaja)
  11. Salinan Surat Tawaran Pengajian daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
  12. Salinan Surat Pengesahan Daftar Masuk/Resit Bayaran Pendaftaran Kemasukan ke IPT
  13. Salinan Bil Utiliti (Elektrik/Air/Astro/Indah Water)
  14. Borang Pengesahan Bermastautin yang perlu disahkan oleh Penghulu Mukim Negeri Kedah/Imam Kariah Negeri Kedah (BPPSPPNK/10)

Semua dokumen ini hendaklah dihantar bersama dokumen pembiayaan bagi pemohon yang diluluskan oleh SPPNK.

Semakan Keputusan Permohonan


Keputusan permohonan dijangka pada minggu ketiga Oktober dan boleh disemak dari masa ke semasa melalui portal SPPNK https://sppnk.kedah.gov.my

Pemohon yang LULUS  perlu memuat turun dokumen dan hantar semula ke SPPNK pada tarikh yang akan diumumkan.

Pinjaman Boleh Ubah dan Diskaun Pelajar Cemerlang

Adakah pembiayaan pendidikan yang diberikan merupakan Pinjaman Boleh Ubah?

TERTAKLUK kepada kelulusan serta pertimbangan Jawatankuasa Akaun Amanah Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah, peminjam bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda boleh memohon penukaran Pinjaman Boleh Ubah dengan syarat tempoh pengajian ditamatkan dengan jayanya seperti ditetapkan di dalam dokumen Perjanjian Pinjaman SERTA permohonan dikemukakan beserta dokumen sokongan yang disahkan oleh IPT dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kelulusan Ijazah Sarjana Muda oleh SENAT IPT.

Diskaun 100% – CGPA 3.75 KE ATAS
Diskaun 50% – CGPA 3.50-3.74

Pelajar perlu membuat bayaran balik dalam tempoh 3 BULAN dari tarikh kelulusan permohonan Diskaun Pelajar Cemerlang (Diskaun 50%) dikeluarkan oleh SPPNK atau 12 bulan dari tarikh tamat pengajian (yang mana terdahulu seperti dalam dokumen Perjanjian Pinjaman).

Garis panduan baharu pelajar cemerlang ini dikuatkuasakan bermula Sesi Permohonan Pinjaman Tahun 2022 dan seterusnya.

Kalau saya dapat GPA 4.00 dalam semester pengajian, adakah saya dapat potongan diskaun bila tarikh bayar balik saya bermula kelak?

Sekiranya peminjam menerima tajaan sepenuhnya dan berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam tempoh yang ditetapkan seperti termaktub dalam dokumen perjanjian pinjaman SPPNK serta memperoleh CGPA 3.75 ke atas pada akhir pengajian, pelajar boleh mengemukakan permohonan rasmi berserta dokumen sokongan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kelulusan SENAT IPT untuk pertimbangan diskaun oleh Jawatankuasa Akaun Amanah SPPNK.

Info Lanjut dan Pertanyaan

Hotline : 04 702 7296 / 7286 / 7272

E-mel : [email protected] 

Unit Penajaan SPPNK
Aras 2, Blok C,
Wisma Darul Aman
Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

Sumber: Portal Rasmi Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah


Lihat Juga:
Dermasiswa B40 (DB40) JPA 2024: Syarat dan Cara Permohonan

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments