HomePendidikanUKKM: Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM Sesi 2024/2025

UKKM: Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM Sesi 2024/2025

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) merupakan ujian wajib yang perlu duduki oleh calon-calon untuk pemilihan kemasukan MRSM tahun 2025.

Ujian ini merangkumi beberapa komponen utama iaitu ujian Bahasa Melayu, ujian Sains, Matematik dan Keperibadian. Bagi calon yang memilih program khas, mereka juga perlu menduduki ujian tambahan mengikut program yang dipilih.

Calon yang tidak menduduki UKKM ini tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan MRSM tahun 2025.

Ia bertujuan menilai kecenderungan akademik dan keperibadian calon bagi memastikan mereka sesuai dengan program-program di MRSM.

Pengenalan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) merupakan satu ujian komprehensif yang wajib diduduki oleh semua calon yang memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

UKKM ini direka untuk menilai pelbagai aspek kecenderungan akademik dan keperibadian calon, yang meliputi empat komponen utama:

  1. Ujian Bahasa Melayu: Menguji kecekapan dan kemahiran calon dalam penggunaan bahasa Melayu, termasuk kefahaman bacaan, tatabahasa, dan penulisan.
  2. Ujian Sains: Mengukur pengetahuan dan kefahaman calon dalam mata pelajaran Sains, merangkumi konsep asas serta aplikasi praktikal dalam situasi harian.
  3. Ujian Matematik: Menilai kemahiran calon dalam matematik, termasuk penguasaan konsep, penyelesaian masalah, dan pemikiran logik.
  4. Ujian Keperibadian: Mengkaji aspek keperibadian dan sikap calon, termasuk ketahanan diri, kepimpinan, dan kemahiran sosial.

Tujuan utama UKKM adalah untuk memastikan hanya calon-calon yang mempunyai potensi tinggi dan keperibadian yang sesuai dipilih untuk mengikuti program-program yang ditawarkan di MRSM.

Ujian ini membantu pihak MRSM mengenal pasti calon yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga mempunyai sifat-sifat peribadi yang baik untuk membentuk pemimpin masa depan yang berkualiti.

Permohonan Online MRSM Bagi Tingkatan 1 dan 4 Sesi 2025

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 & 4 Bagi Tahun 2025

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) :

Panduan Permohonan Ke MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Tahun 2025

  1. Calon perlu merujuk kepada Buku Panduan Permohonan MRSM sebelum membuat permohonan secara dalam talian.
  2. Calon telah memahami maklumat yang disediakan dan membuat perakuan apabila selesai merujuk buku panduan permohonan MRSM.
  3. Sebarang kesilapan pengisian maklumat dalam borang permohonan adalah dibawah tanggungjawab masing-masing.
  4. Pemohon perlu mengisi keputusan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) terkini dan membawa salinan keputusan PBD ketika menghadiri UKKM.
  5. Pemohon perlu membawa keputusan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) ketika menghadiri UKKM.

Format UKKM dan Ujian Khas Program MRSM bagi Tingkatan 1 & 4

Subjek dan Tempoh Masa Ujian

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) merangkumi empat subjek utama dengan jumlah soalan dan tempoh masa yang ditetapkan seperti berikut:

  1. Bahasa Melayu: Calon akan menjawab 30 soalan dalam tempoh 30 minit.
  2. Matematik: Calon akan menjawab 35 soalan dalam tempoh 35 minit.
  3. Sains: Calon akan menjawab 30 soalan dalam tempoh 35 minit.
  4. Keperibadian: Calon akan menjawab 80 soalan dalam tempoh 30 minit.

Semua calon yang memohon kemasukan ke MRSM wajib menduduki UKKM. Ujian ini bertujuan menilai kecenderungan akademik dan keperibadian calon bagi memastikan mereka sesuai untuk program yang ditawarkan.

Ujian Khas Program MRSM bagi Tingkatan 1 & 4

Bagi calon yang memilih program khas, mereka juga perlu menduduki ujian tambahan mengikut program yang dipilih. Tempoh masa ujian untuk setiap program adalah seperti berikut:

  1. Ulul Albab (Hafazan & Tilawah Al-Quran): Tempoh masa 35 minit.
  2. IGCSE: Tempoh masa 40 minit.
  3. Teknikal: Tempoh masa 30 minit.
  4. Bitara (Ujian Kognitif): Tempoh masa 40 minit.

Semua calon Tingkatan 1 dan 4 yang membuat pilihan satu (1) program khas wajib menduduki ujian khas yang ditetapkan oleh MARA. Ujian ini direka khusus untuk menilai kemampuan dan minat calon dalam bidang tertentu, memastikan mereka mempunyai potensi untuk cemerlang dalam program pilihan mereka.

Ujian_Kecenderungan_Kemasukan_MRSM_UKKM_Ujian_Khas_Program_MRSM

Contoh Soalan UKKM

Selain daripada ujian wajib  UKKM, yang perlu duduki oleh calon-calon untuk pemilihan kemasukan MRSM tahun 2025, calon-calon juga perlu menduduki ujian tambahan mengikut program yang dipilih.

Contoh Soalan Program Teknikal

Dalam perkongsian group telegram PKSK/UKKM, admin memberikan beberapa contoh ujian teknikal yang perlu dijawab oleh calon program Teknikal UKKM.

Soalan Ujian Teknikal MRSM merangkumi pelbagai aspek pengetahuan teknikal dan kemahiran analitikal, termasuk sistem pergerakan kit model, fungsi alat kawalan jauh, dan pengenalan alat seperti pemutar skru. 

Antara soalan yang diuji  juga adalah pemahaman calon tentang jenis kawalan aliran dalam atur cara, urutan langkah menyelesaikan masalah, serta komponen elektronik dan elektrik. 

Selain itu, soalan melibatkan pengetahuan mengenai simbol-simbol dalam litar elektrik dan pernyataan yang berkaitan dengan perintang dan komponen lain. 

Soalan direka untuk menguji kefahaman dan aplikasi praktikal calon dalam bidang teknikal.

Persediaan Untuk UKKM

Untuk menghadapi Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) tak lama lagi, calon bolehlah membuat persediaan yang rapi bagi memastikan anda dapat menjawab soalan dengan baik. Berikut adalah beberapa langkah persediaan yang boleh diambil:

  1. Kaji Silibus dan Topik Penting: Pastikan anda memahami topik-topik yang akan diuji dalam UKKM, termasuk Bahasa Melayu, Matematik, Sains, dan Keperibadian. Kaji semula silibus sekolah dan tumpukan pada topik yang sering diuji.
  2. Latihan Soalan UKKM: Dapatkan contoh soalan UKKM dan latihan soalan daripada tahun-tahun lepas. Latihan soalan ini dapat membantu anda memahami format soalan dan jenis soalan yang akan keluar.
  3. Tingkatkan Kemahiran Bahasa Melayu: Fokus pada tatabahasa, penulisan karangan, dan pemahaman bacaan untuk meningkatkan kecekapan dalam Bahasa Melayu.
  4. Asah Kemahiran Matematik: Selesaikan soalan-soalan matematik yang melibatkan pelbagai topik seperti algebra, geometri, dan aritmetik. Pastikan anda mahir dalam penyelesaian masalah dan pengiraan cepat.
  5. Perbanyakkan Bacaan Sains: Baca buku-buku rujukan dan artikel sains untuk menambah pengetahuan dalam subjek sains. Fahami konsep asas dan aplikasi praktikal dalam kehidupan harian.
  6. Persediaan Keperibadian: Soalan keperibadian bertujuan mengukur sifat dan sikap calon. Jujur dalam menjawab soalan dan tunjukkan keperibadian positif seperti kepimpinan, kerjasama, dan tanggungjawab.

Berikut merupakan group-group di media sosial yang boleh membantu dari segi teknik, contoh soalan UKKM, seminar dan sebagainya;


Lihat Juga:
PKSK: Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus sesi 2024/2025

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments