HomeAgamaDoa Memulakan Kerja: Amalan Harian Untuk Keberkatan Rezeki

Doa Memulakan Kerja: Amalan Harian Untuk Keberkatan Rezeki

Memulakan kerja dengan doa adalah satu amalan yang sangat digalakkan dalam Islam. 

Ia bukan sahaja mendidik hati agar bertawakal kepada Allah SWT, bahkan menjadikan kerja seharian sebagai satu bentuk ibadah. 

Dalam dunia yang penuh cabaran ini, doa menjadi sumber kekuatan dan penenang jiwa.

Berikut adalah beberapa amalam doa sebelum memulakan kerja serta doa memohon rezeki diberkati dan dimudahkan urusan seharian.

Lihat Juga: Doa Nabi S.A.W Memohon Perlindungan 8 Jenis Bahaya 

Kepentingan Doa Sebelum Memulakan Kerja

Setiap hari, kita berdepan dengan pelbagai urusan kerja yang mencabar. 

Dengan memulakan kerja bersama doa, hati akan lebih tenang, fokus meningkat dan segala urusan lebih tersusun. 

Antara kelebihan memulakan kerja dengan doa ialah:

  • Mendapat perlindungan daripada perkara buruk
  • Mengelakkan stres dan tekanan perasaan
  • Memberi ilham dan ketenangan dalam membuat keputusan
  • Menarik rezeki yang halal dan diberkati
  • Menjadikan kerja seharian sebagai ibadah

#1 Doa Memulakan Kerja (Pilihan Ringkas)

Doa Memulakan Kerja (Pilihan Ringkas)

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

“Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, la hawla wa la quwwata illa billah.”

Maksud: Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.

Amalkan doa ini setiap kali melangkah ke tempat kerja atau sebelum memulakan tugasan.

#2 Doa Penuh Memulakan Kerja

“Ya Allah, aku serahkan segala urusan pekerjaanku kepada-Mu. Permudahkan tugasku, jauhkan aku dari kesukaran dan berkatilah segala usahaku hari ini.”

Doa ini boleh dibaca sebelum duduk di meja kerja, ketika dalam perjalanan atau sejurus selepas solat Subuh.

#3 Doa Dimurahkan Rezeki dan  Memohon Rezeki Yang Halal dan Berkat

Doa Dimurahkan Rezeki dan Memohon Rezeki Halal dan Berkat
Infografik: JAKIM

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْماً نَافِعاً، وَرِزْقاً طَيِّباً، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

“Allahumma inni as’aluka rizqan tayyiban, wa ilman naafi’an, wa amalan mutaqabbalan”

Maksud: “Ya Allah, aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”

Amalkan membaca doa ini pada setiap hari.

Doa ini sesuai diamalkan pada waktu pagi, selepas solat Dhuha atau sebelum memulakan kerja mahupun perniagaan.

#4 Doa dan Zikir Apabila Tertekan di Tempat Kerja

Doa Apabila Tertekan di Tempat Kerja

Dalam setiap ujian dan cabaran hidup, ingatlah zikir penuh makna ini:

حَسْبِيَ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلْعَرْشِ ٱلْعَظِيمِ

“Hasbiyallahu la ilaha illa huwa, ‘alaihi tawakkaltu wa huwa rabbul ‘arshil ‘azim.”

Maksud: Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan selain Dia. Kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung.

Amalkan zikir ini sebagai penenang hati dan penguat iman dalam menghadapi kehidupan seharian. Tawakal sepenuhnya kepada Allah, kerana Dia sebaik-baik tempat bergantung

Lihat Juga: Doa Untuk Temuduga: Agar Dipermudahkan Urusan Interview

#5 Doa Mohon Kejayaan dalam Pekerjaan

Doa Mohon Kejayaan dalam Pekerjaan

رَبِّ يَسِّرْ وَلَا تُعَسِّرْ، رَبِّ تَمِّمْ بِالْخَيْرِ

“Rabbi yassir wa la tu’assir, Rabbi tammim bil khair.

Maksud: Ya Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Engkau susahkan. Ya Tuhanku, sempurnakanlah dengan kebaikan.

Doa ini ringkas dan sangat sesuai dibaca sebelum mesyuarat, pembentangan atau tugasan penting.

#6 Doa Dipermudahkan Urusan

Doa dipermudahkan urusan (JAKIM)
Infografik: JAKIM

Doa ini memohon kepada Allah SWT agar segala urusan yang sukar dipermudahkan oleh-Nya.

Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa anta taj’alul hazna iza shi’ta sahla.

Maksud: Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Engkau kehendaki dengan kemudahan.” Riwayat al-Baihaqi (265).

Amalan Harian Bersama Doa

Selain doa, terdapat amalan lain yang boleh membantu melancarkan urusan kerja:

  • Niat bekerja kerana Allah untuk mencari rezeki yang halal
  • Solat Dhuha setiap pagi
  • Membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam
  • Berzikir semasa bekerja: “Ya Razzaq”, “Ya Fattah”
  • Menjaga hubungan baik dengan rakan sekerja

Marilah sama-sama kita amalkan  membaca doa memulakan kerja adalah langkah kecil yang membawa kesan besar. 

Mulakan hari anda dengan doa, dan insya-Allah segala urusan akan dipermudahkan dan diberkati.

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments