Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) telah membuka permohonan Bantuan Pendaftaran ke IPT bagi sesi 2 tahun 2024.
Skim bantuan pendaftaran ini merupakan antara skim bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh YPJ buat anak-anak negeri Johor.
Anak-anak Johor yang berkelayakan bolehlah mohon bantuan ini sebelum tarikh tutup permohonan.
Tempoh Permohonan
Permohonan Bantuan Pendaftaran IPT YPJ ini dibuka mulai 3 Julai 2024 dan ditutup pada 20 Ogos 2024 (Selasa).
Jumlah Bantuan
Kadar pemberian SBP bermula tahun 2024 diseragamkan bagi semua peringkat iaitu RM500 seorang.
Kategori dan Pelajar Yang Layak
Terbuka Kepada:
- Semua IPTA
- KYPJ
- Kolej Komuniti
- Kolej Kemahiran Johor
- Matrikulasi
Kategori Pelajar Layak:
- Sijil
- Diploma
- Asasi
- Ijazah Sarjana Muda
Syarat Am Permohonan
- Pemohon lahir ATAU menetap di Negeri Johor;
- Permohonan terbuka semester pertama Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA, Kolej Matrikulasi, Kolej-kolej Komuniti dan Kolej-kolej di bawah KP YPJ bermula Jan 2024 – Dis 2024;
- Tempoh kursus yang diikuti adalah sekurang-kurangnya 1 Tahun atau lebih;
- Pemohon TIDAK MENERIMA mana-mana bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain;
- Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran SEKALI SAHAJA mengikut sesuatu tahap pengajian;
- TIADA had pendapatan Ibu Bapa / Penjaga;
- Pemohon WAJIB mengisi Borang Sokongan SBP (Muat Turun Borang) dan mendapatkan tandatangan serta cop pengesahan di kawasan DUN masing-masing;
- Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor.
Dokumen Wajib
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar
- Salinan Sijil Kelahiran Pelajar
- Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA, Kolej Yayasan Pelajaran Johor & Kolej Komuniti
- Salinan Akaun Bank Pelajar (Nombor akaun bank)
- Borang Sokongan SBP (Cop Pengesahan & Tandatangan oleh Pusat Khidmat DUN) masing-masing
Pengesahan lampiran dokumen-dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Profesional Gred 41 & Ke Atas / Pegawai Kategori A / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKKK dan yang setaraf dengannya.
Cara Memohon
Pemohon boleh membuat permohonan secara online melalui pautan berikut;
https://portal.ypj.gov.my/skim-bantuan-pendaftaran-sbp
atau imbas di QRCODE di poster.
- Tiada borang disediakan di kaunter YPJ
Cara Menghantar Dokumen Permohonan dan Sokongan
- Muat turun => Borang Sokongan SBP.
- Pastikan Borang Sokongan SBP ada (Cop Pengesahan & Tandatangan oleh Pusat Khidmat DUN) masing-masing.
- Layari Portal Permohonan SBP 2024 di portal : https://bantuan-ypj.com
- Klik DAFTAR (Isikan segala maklumat yang diperlukan).
- Muat naik dokumen-dokumen sokongan permohonan.
“Dokumen-dokumen sokongan permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Professional Gred 41 & Ke Atas / Pegawai Kategori A / Penghulu / Ketua Kampung dan yang setaraf dengannya.” - SELESAI.
Info Lanjut
Untuk maklumat lanjut, ikuti Yayasan Pelajaran Johor di:
- Facebook: Yayasan Pelajaran Johor
- Instagram: @yayasanpelajaranjohor
- Portal Rasmi: portal.ypj.gov.my
Sumber: Yayasan Pelajaran Johor
Lihat Juga:
– Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ Sesi 2 / 2024