HomeKerjayaJawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia Kontrak dan Tetap

Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia Kontrak dan Tetap

Majlis Peperiksaan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bagi tahun 2024 kepada calon-calon yang berkelayakan.

Terdapat 5 kekosongan bagi jawatan kosong di Majlis Peperiksaan Malaysia yang ditawarkan sama ada secara kontrak mahupun tetap. 

Berikut adalah maklumat mengenai jawatan kosong di Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 28 Februari 2024 (Rabu).

Kekosongan Jawatan 

BILJAWATANGREDTARAFKEPERLUAN
1Pegawai Perhubungan Awam S41Kontrak/Tetap1
2Pegawai Tadbir N41 Kontrak1
3Penolong Pegawai Teknologi MaklumatFA29 Kontrak/Tetap1
4Personel MySTEP 41Kontrak2
Iklan Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia

Butiran Jawatan: Gaji dan Syarat Lantikan

Berikut merupakan maklumat berkaitan kekosongan jawatan yang ditawarkan di Majlis Peperiksaan Malaysia;

Pegawai Perhubungan Awam 

Jawatan 

  • Pegawai Perhubungan Awam Gred S41 (Kontrak/Tetap)

Butiran 

  • Kekosongan:1 orang
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Sosial
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional

Gaji dan Elaun

  • Gaji permulaan: RM2,078.00
  • Elaun:
    • ITKA : RM300.00 
    • ITP : RM300.00 
    • BISH : RM300.00

Syarat Lantikan

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Komunikasi Korporat/ Massa/ Media atau dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Pegawai Tadbir 

Jawatan 

  •  Pegawai Tadbir Gred N41 (Kontrak)

Butiran 

  • Kekosongan: 1 orang
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan 
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
  • Fungsi tugas: Bertanggungjawab sebagai Pegawai Integriti Jabatan
  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Tempoh: 2 tahun

Gaji dan Elaun

  • ​​Gaji permulaan: RM2,080.00
  • Elaun:
    • ITKA : RM300.00
    •  ITP : RM300.00 
    • BISH : RM300.00

Syarat Lantikan

  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dalam bidang Pentadbiran Awam atau Pentadbiran Sosial atau yang berkaitan dengannya; dan
  • Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

Jawatan 

  • Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 (Kontrak/Tetap)

Butiran 

  • Kekosongan: 1 orang
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Sistem Maklumat
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana

Gaji dan Elaun

  • Gaji permulaan: RM1,855.00
  • Elaun:
    • ITKA : RM160.00
    • ITP : RM300.00 
    • BISH: RM350.00

Syarat Lantikan

  • Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Diploma dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Personel MySTEP

Jawatan 

  • Personel MySTEP Gred 41

Butiran 

  • Kekosongan: 3 orang 
  • Umur: Tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Fungsi tugas: Bertanggungjawab sebagai Pegawai Peperiksaan dalam subjek Bahasa Inggeris dan Sains
  • Waktu bekerja: 9 jam sehari termasuk waktu rehat
  • Kemudahan: Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP, dan PERKESO
  • Tempat bekerja: Bangunan Majlis Peperiksaan Malaysia, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, Selangor.

Gaji dan Elaun

  •  RM2100.00 sebulan (termasuk KWSP dan PERKESO)

Syarat Lantikan

  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dalam bidang Bahasa Inggeris atau Sains Tulen; dan.
  • (ii) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Cara Memohon

Permohonan adalah secara dalam talian melalui Portal MPM www.mpm.edu.my [Laman Utama> Orang Awam> Iklan Jawatan Kosong] atau ePerjawatan MPM di; http://apps.mpm.edu.my/erecruitment/

Catatan

  • Hanya calon yang terpilih akan dihubungi untuk temu duga. 
  • Permohonan yang lewat atau tidak mengikut peraturan akan ditolak. 
  • Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh 30 hari dari tarikh iklan ditutup.

Info dan Maklumat Lanjut

Untuk info dan maklumat lanjut mengenai jawatan kosong yang ditawarkan oleh Majlis Peperiksaan ini, sila layari;

Maklumat pengiklanan adalah sebagaimana yang dirujuk dalam laman portal Majlis Peperiksaan Malaysia seperti berikut;

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments