HomeCutiKalendar Bulan 9 2024: Cuti Umum & Cuti Sekolah (September)

Kalendar Bulan 9 2024: Cuti Umum & Cuti Sekolah (September)

Kalendar Bulan 9 2024: Senarai Cuti Umum, Cuti Sekolah Perayaan, Tarikh Bayaran Bantuan, Gaji, Pencen & PERKESO, Serta Sambutan Hari Kesedaran.

Untuk bulan September 2024, ada beberapa cuti umum, cuti sekolah dan event penting di Malaysia.

Selain itu, pembayaran bantuan,  gaji, pencen dan PERKESO akan dibayar mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Tidak ketinggalan, beberapa sambutan hari kesedaran global juga diadakan sepanjang September bertujuan meningkatkan kesedaran tentang isu-isu penting di kalangan masyarakat.

Senarai Cuti Umum Bulan 9

09 - Kalendar Kuda September 2024

Berikut adalah senarai cuti umum pada bulan September 2024:

  • 16 September 2024 (Isnin) – Maulidur Rasul (12 Rabiulawal 1446) – Cuti umum seluruh negara sempena Keputeraan Nabi Muhammad SAW.
  • 16 September 2024 (Isnin) – Hari Malaysia –  Cuti umum di seluruh negara untuk memperingati pembentukan Malaysia pada tahun 1963 (Tahun ini kali ke 61).
  • 29 September  2024 (Ahad) – Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Cuti Umum Kelantan Sahaja)
  • 30 September 2024 (Isnin) – Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Cuti Umum Kelantan Sahaja)

Bulan September adalah bulan di mana rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia pada 16 September 2024 (kali ke-61 *penubuhhan Malaysia 1963). Hari tersebut merupakan cuti umum bagi semua negeri di Malaysia sebagaimana yang termaktub dalam Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2024.

Pada hari yang sama juga iaitu 16 September adalah Maulidur Rasul yang juga cuti umum.

Manakala pada penghujung September, rakyat negeri Kelantan akan bercuti panjang pada minggu tersebut iaitu gabungan cuti hujung minggu dengan 2 hari cuti Hari Keputeraan Sultan Kelantan;

  • 27 September 2024 (Jumaat) – Cuti Hujung Minggu Kelantan
  • 28 September 2024 (Sabtu) – Cuti Hujung Minggu Kelantan
  • 29 September  2024 (Ahad) – Cuti Hari Keputeraan Sultan Kelantan
  • 30 September  2024 (Isnin) – Cuti Hari Keputeraan Sultan Kelantan

Hari Malaysia & Maulidur Rasul Jatuh Tarikh Yang Sama, Tiada Cuti Ganti Diberikan

Untuk tahun ini, ada dua cuti umum yang jatuh pada tarikh yang sama iaitu Hari Malaysia dan Maulidur Rasul.

Lalu timbul pertanyaan dalam kalangan rakyat Malaysia, apabila dua cuti jatuh pada tarikh yang sama, adakah cuti tambahan akan diberikan?

Namun anda mungkin sedikit hampa kerana tiada cuti ganti tambahan akan diberikan susulan pertindihan kedua-dua cuti umum tersebut yang jatuh pada tarikh yang sama, 16 September ini.

Menurut Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan menjelaskan, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] tidak memperuntukkan cuti gantian secara automatik apabila dua cuti umum jatuh pada hari bekerja.

Berikut adalah kenyataan rasmi dari Bahagian Kabinet, Perlembagaan Malaysia;

“Susulan pertindihan Hari Kelepasan Am bagi Tahun 2024 iaitu Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) dan Hari Malaysia yang masing-masing jatuh pada hari Isnin, 16 September 2024, maka dimaklumkan bahawa tiada cuti gantian secara automatik diberikan pada hari bekerja berikutnya iaitu Selasa, 17 September 2024 memandangkan Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] tidak memperuntukkan cuti gantian secara automatik bagi hari-hari kelepasan am yang bertindih atau jatuh pada hari bekerja yang sama. Meskipun demikian, Kerajaan boleh menetapkan suatu hari lain untuk diterima sebagai hari kelepasan am, sekiranya perlu.”

Oleh yang demikian tiada cuti tambahan pada 17 September 2024 (Selasa).

Tiada Cuti Tambahan 16 September

Bagi Sektor Swasta

Pertindihan Hari Kelepasan Am Hari Malaysia dan Maulidur Rasul 16 September Sektor Swasta

Bagi majikan sektor swasta yang memilih untuk memberi cuti pada Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W, mereka boleh menggantikannya pada hari bekerja berikutnya, 17 September 2024, atau pada hari lain mengikut peruntukan Akta Kerja 1955.

Cuti Sekolah KPM Bulan 9

Kalendar Akademik KPM Kumpulan A Tahun 2024 2025
Kalendar Akademik KPM Kumpulan B Tahun 2024 2025

Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2024/2025  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), terdapat cuti sekolah selama 9 hari pada bulan September.

Bagi Kumpulan A, cuti penggal kedua bermula dari 13 September hingga 21 September 2024, iaitu selama 9 hari. Manakala bagi Kumpulan B, cuti penggal kedua bermula dari 14 September hingga 22 September 2024, juga selama 9 hari.

Oleh yang demikian, anda boleh merancang untuk percutian di tempat menarik bersempena cuti sekolah ini.

Pembayaran Pada Bulan September 2024

Gaji Kakitangan Awam

  • Tarikh: 25 September 2024 (Rabu)

Pencen JPA

  • Tarikh: 20 September 2024 (Jumaat)

Faedah PERKESO

  • Tarikh: 1 Oktober 2024 (Selasa). 

Bayaran Bantuan SARA Fasa 2 (Sabah, Sarawak, Labuan)

  • Bulan September 2024
  • Nota: Tarikh tepat bagi pembayaran Bantuan SARA Fasa 2 masih belum diumumkan, tetapi ia dijangka pada bulan September. 

Untuk maklumat lebih lanjut dan jadual penuh, anda boleh merujuk sumber berikut:

Sambutan Hari Kesedaran Dalam Bulan 9 2024 & Lain-lain Aktiviti Pada Bulan September

Berikut adadalah senarai sambutan hari kesedaran sedunia dan lain-lain aktitiviti bagi kalendar bulan 9 20204;

Sambutan Hari Kesedaran Sedunia

  • 1 September: Hari Menulis Surat Sedunia (World Letter Writing Day)
  • 4 September: Hari Kesihatan Seksual Sedunia (World Sexual Health Day)
  • 5 September: Hari Kecederaan Saraf Tunjang Sedunia (World Spinal Cord Injury Day)
  • 8 September: Hari Fisioterapi Sedunia (World Physiotherapy Day)
  • 10 September: Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia (World Suicide Prevention Day)
  • 13 September: Hari Bangkit Melawan Kanser (Stand Up To Cancer Day)
  • 14 September: Hari Pertolongan Cemas Sedunia (World First Aid Day)
  • 15 September: Minggu Antarabangsa Orang Pekak (International Week of the Deaf)
  • 17 September: Hari Keselamatan Pesakit Sedunia (World Patient Safety Day)
  • 21 September: Hari Alzheimer Sedunia (World Alzheimer’s Day)
  • 21 September: Hari Keamanan Antarabangsa (International Peace Day)
  • 23 September: Hari Bahasa Isyarat Antarabangsa (International Day of Sign Languages)
  • 25 September: Hari Paru-Paru Sedunia (World Lung Day)
  • 29 September: Hari Jantung Sedunia (World Heart Day)

Aktiviti dan Acara Penting Bulan September 2024

Bulan September penuh dengan pelbagai aktiviti dan acara yang menarik di Malaysia. Berikut adalah beberapa acara utama:

Tarikh-Tarikh Penting Bulan Islam Dalam Bulan 8

Berdasarkan laman web https://www.e-solat.gov.my/  berikut merupakan tarikh penting bulan islam pada September 2024;

  • 16 September 2024 / 12 Rabi’ulawal 1446 = Maulidur Rasul

Jadual Puasa Sunat Bulan 9 2024

Selain daripada puasa sunat Isnin Khamis yang boleh diamalkan, berikut adalah tarikh Hari Putih (Ayyamul Bidh) bagi mereka yang ingin merancang puasa sunat ini pada bulan September;

Hari Putih (Ayyamul Bidh) 

  1. Selasa, 17 September 2024 – 13 Rabiulwal 1446H
  2. Rabu, 18 September 2024 – 14 Rabiulwal 1446H
  3. Khamis, 19 September 2024 – 15 Rabiulwal 1446H

Lihat Juga;
Senarai Tempat Menarik Di Selangor (Percutian Hujung Minggu)
14 Tempat Menarik Yang Percuma di Kuala Lumpur
Senarai Tempat Menarik Di Kedah 2024: Sesuai Percutian Family
10 Tempat Menarik Bawa Anak-anak Bersempena Cuti Sekolah

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments