HomeInfoMAHA 2024: Tarikh, Tema, Pameran dan Aktiviti Menarik

MAHA 2024: Tarikh, Tema, Pameran dan Aktiviti Menarik

MAHA 2024 bakal kembali lagi pada tahun ini menampilkan pelbagai inovasi dan teknologi terkini dalam sektor pertanian. 

Pameran ini menjadi platform utama bagi petani dan pengusaha untuk mempelajari amalan terbaik dalam sektor pertanian, hortikultur, dan agro pelancongan.

Melalui penganjuran pada tahun ini, ia turut menampilkan pameran interaktif dalam sektor keterjaminan makanan yang mampu menarik minat golongan muda.

MAHA 2024 adalah peluang emas untuk semua yang terlibat dalam industri pertanian untuk meneroka teknologi dan inovasi terbaru. 

Apa Itu MAHA?

MAHA, atau Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia, adalah pameran terbesar yang menampilkan kemajuan dalam sektor pertanian dan agro pelancongan di Malaysia. Pameran ini bertujuan untuk memperkenalkan teknologi terkini, inovasi, serta produk pertanian kepada para petani, pengusaha, dan masyarakat umum.

Sejarah Penganjuran MAHA

MAHA pertama kali dianjurkan pada tahun 1923 dan sejak itu menjadi platform utama untuk memperkenalkan kemajuan dalam sektor pertanian di Malaysia. 

Tahun ini, MAHA 2024 menandakan sambutan ulang tahun ke-100 penganjurannya, satu pencapaian yang mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh sektor pertanian negara.

Sambutan ini adalah bukti kepada kepentingan pameran ini dalam pembangunan sektor pertanian Malaysia. Ia juga menonjolkan komitmen penganjur dalam terus memperkasakan pertanian negara.

Tarikh dan Tempat

MAHA akan berlangsung selama 12 hari pada bulan September ini sebagaimana maklumat berikut;

  • Tarikh: 11 hingga 22 September 2024
  • Tempat: Taman Expo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang

Tarikh ini juga adalah bersempena cuti sekolah penggal 2 2024 di mana anda berpeluang membawa anak-anak dan keluarga bagi mengunjungi pameran ini.

Lokasi ini adalah lokasi yang selalu dibuat bagi pameran ini. Ia dipilih kerana kemudahan dan infrastrukturnya yang mampu menampung ribuan pengunjung dan pempamer dari dalam dan luar negara.

Tema dan Logo MAHA 2024

Tema untuk MAHA 2024 adalah “Harvesting Tomorrow Where Dreams Blossom”. 

Tema ini menggambarkan aspirasi untuk mencapai kejayaan masa depan melalui usaha dan inovasi yang diterokai pada hari ini. Pameran ini diharapkan dapat menjadi platform untuk berkongsi pengetahuan dan teknologi yang dapat memajukan sektor pertanian.

Logo Rasmi MAHA 2024

Logo MAHA 2024

Fokus Utama MAHA 2024

MAHA pada tahun ini akan memberi tumpuan kepada beberapa fokus utama, termasuk:

  1. Teknologi Pertanian Moden
    • Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai teknologi pertanian moden dalam kalangan petani serta pengusaha tempatan.
    • Pameran inovasi seperti pertanian pintar, penggunaan data raya, dan automasi.
  2. Promosi Produk Pertanian Tempatan
    • Memasarkan produk pertanian tempatan ke pasaran antarabangsa.
  3. Amalan Pertanian Lestari
    • Menggalakkan amalan pertanian lestari yang memelihara alam sekitar dan memastikan kelestarian sumber pertanian.
  4. Internet Benda (IoT) dalam Pertanian
    • Penggunaan IoT dalam sektor pertanian, perikanan, penternakan, dan perladangan.
  5. Pendekatan Baharu dan Interaktif
    • Melaksanakan pendekatan yang lebih interaktif selari dengan minat generasi masa kini.
  6. Pendaftaran MAHA 2024

Jika anda berminat untuk menyertai pameran ini,  pendaftaran boleh dibuat melalui laman web rasmi MAHA iaitu https://mahaexpo.my/daftar-minat-maha-2024/ 

Aktiviti dan Pameran Menarik

Pameran ini akan menampilkan pelbagai aktiviti menarik yang direka untuk menarik minat pelbagai golongan, termasuk:

  • Magical at Night and 3D Water Show: Persembahan interaktif yang menakjubkan.
  • Kid Attraction: Aktiviti khusus untuk kanak-kanak.
  • Segmen Teknologi dan Inovasi: Pameran teknologi pertanian pintar, penggunaan data besar, dan automasi.
  • Karakter Kartun Terkenal: Menambah tarikan kepada golongan muda dan kanak-kanak.

Sorotan MAHA 2022

Berikut merupakan beberapa gambar sorotan MAHA yang berlangsung pada 2022;

Peranan MAHA dalam Sektor Pertanian

MAHA memainkan peranan penting dalam sektor pertanian Malaysia dengan:

  • Memperkenalkan Inovasi: Pameran ini mempamerkan teknologi dan amalan pertanian terkini yang boleh diaplikasikan oleh petani dan pengusaha tempatan.
  • Menggalakkan Kerjasama: MAHA menjadi platform untuk kerjasama antara pelbagai pihak dalam industri pertanian.
  • Meningkatkan Pendapatan Petani: Melalui promosi produk pertanian tempatan ke pasaran antarabangsa, MAHA membantu meningkatkan pendapatan petani dan pengusaha tempatan.

KPI dan Sasaran MAHA Tahun ini

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menetapkan beberapa Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi penganjuran MAHA 2024:

  1. Jumlah Pengunjung: Sekurang-kurangnya 3 juta orang.
  2. Nilai Jualan Langsung: Sekurang-kurangnya RM 40 juta.
  3. Nilai Potensi Pembiayaan Kewangan: RM 600 juta dengan sekurang-kurangnya 4000 permohonan.
  4. Nilai Perjanjian Persefahaman (MoU): Sekurang-kurangnya RM 6 bilion.
  5. Bilangan Pempamer: Melebihi 2000 syarikat.
  6. Outreach Menerusi Media Sosial: Sekurang-kurangnya 10 juta orang.

Info Lanjut

Ikuti maklumat berikut untuk info lanjut dan terkini mengenai penganjuran pameran MAHA;

Sumber: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, MAHA Official, SelangorKini, Berita Harian

Soalan Lazim (FAQ)

Apa Itu MAHA?

MAHA, atau Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia, adalah pameran terbesar yang menampilkan kemajuan dalam sektor pertanian dan agro pelancongan di Malaysia. Pameran ini bertujuan untuk memperkenalkan teknologi terkini, inovasi, serta produk pertanian kepada para petani, pengusaha, dan masyarakat umum.

Bilakah MAHA 2024 Akan Berlangsung?

MAHA 2024 akan berlangsung selama 12 hari, dari 11 hingga 22 September 2024. Tarikh ini bertepatan dengan cuti sekolah penggal 2, memberikan peluang kepada keluarga untuk melawat pameran ini.

Di Mana Lokasi MAHA 2024?

MAHA 2024 akan diadakan di Taman Expo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor

Apakah Tema MAHA 2024?

Tema pada tahun ini adalah “Harvesting Tomorrow Where Dreams Blossom”. Tema ini menggambarkan aspirasi untuk mencapai kejayaan masa depan melalui usaha dan inovasi yang diterokai pada hari ini.

Apakah Aktiviti dan Pameran Menarik di MAHA 2024?

MAHA 2024 akan menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti:
1) Magical at Night and 3D Water Show
2) Kid Attraction
3) Segmen Teknologi dan Inovasi
4) Karakter Kartun Terkenal

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments