HomeInfoKalendar Bulan 8 2024: Cuti Umum & Tarikh Penting (Ogos)

Kalendar Bulan 8 2024: Cuti Umum & Tarikh Penting (Ogos)

Kalendar Bulan 8 2024: Senarai Cuti Umum, Perayaan, Tarikh Bayaran Bantuan, Gaji, Pencen & PERKESO, Serta Sambutan Hari Kesedaran.

Untuk bulan Ogos 2024, ada beberapa cuti umum dan event penting di Malaysia.

Selain itu, pembayaran bantuan,  gaji, pencen dan PERKESO akan dibayar mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Tidak ketinggalan, beberapa sambutan hari kesedaran global juga diadakan sepanjang Ogos untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu penting di kalangan masyarakat.

Senarai Cuti Umum Bulan 8

Kalendar Bulan 8 (Ogos) 2024 dengan tarikh penting seperti Hari Kebangsaan Malaysia dan Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar

Berikut adalah senarai cuti umum pada bulan Ogos 2024:

  • 11 Ogos 2024 (Ahad) – Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar (Johor sahaja)
  • 24 Ogos 2024 (Sabtu) – Hari Keputeraan Gabenor Melaka (Melaka sahaja)
  • 31 Ogos 2024 (Sabtu) – Hari Kebangsaan Malaysia (Merdeka) (Semua Negeri)

Pada bulan Ogos 2024, terdapat beberapa cuti umum yang anda mungkin perlu ambil perhatian. 

Bulan Ogos adalah bulan di mana rakyat Malaysia menyambut Hari Kebangsaan (Merdeka) pada 31 Ogos 2024 (yang ke-67). Hari tersebut merupakan cuti umum seluruh negeri di Malaysia. Ia diraikan di seluruh negara dengan pelbagai acara perarakan, pertunjukan bunga api, dan aktiviti kebudayaan yang memperingati kemerdekaan Malaysia dari penjajahan.

Selain itu, pada 11 Ogos 2024, Johor akan memperingati Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar. Hari ini merupakan hari di mana rakyat Johor memperingati kemangkatan al-Marhum Sultan Iskandar, bekas Sultan Johor.

Di Melaka, 24 Ogos 2024 adalah hari istimewa bagi rakyat Melaka kerana mereka menyambut Hari Keputeraan Gabenor Melaka. Hari ini adalah hari cuti negeri yang diraikan dengan pelbagai acara rasmi dan kebudayaan di Melaka.

Cuti Sekolah KPM Bulan 7

Kalendar Akademik KPM Kumpulan B Tahun 2024 2025

Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2024/2025  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), tiada cuti sekolah KPM pada bulan Ogos untuk kedua-dua Kumpulan A dan Kumpulan B. 

Kalendar akademik bagi sesi 2024/2025 menunjukkan bahawa sekolah-sekolah di bawah Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan, dan Terengganu) dan Kumpulan B (negeri-negeri lain di Malaysia) akan menjalani sesi persekolahan penuh sepanjang bulan Ogos.

Cuti sekolah KPM seterusnya adalah pada bulan September.

Bagi Kumpulan A, cuti penggal kedua bermula dari 13 September hingga 21 September 2024, iaitu selama 9 hari. Manakala bagi Kumpulan B, cuti penggal kedua bermula dari 14 September hingga 22 September 2024, juga selama 9 hari.

Ini bermakna, pelajar dan guru di sekolah-sekolah KPM akan melalui bulan Ogos tanpa cuti sekolah sebelum mereka menikmati cuti penggal kedua pada bulan September nanti.

Pembayaran Pada Bulan Ogos 2024

Gaji Kakitangan Awam

  • Tarikh: 23 Ogos 2024 (Jumaat)

Pencen JPA

  • Tarikh: 30 Ogos 2024 (Jumaat)

Faedah PERKESO

  • Tarikh: 21 Ogos 2024 (Rabu). 

Bayaran STR Fasa 3

  • Bulan Ogos 2024
  • Nota: Tarikh tepat bagi pembayaran STR Fasa 3 masih belum diumumkan tetapi dijangka pada bulan Ogos.

Untuk maklumat lanjut dan jadual penuh, rujuk sumber berikut:

Sambutan Hari Kesedaran Dalam Bulan 8 2024 & Lain-lain Aktiviti Pada Bulan Ogos

Sambutan Hari Kesedaran Sedunia

  • 4 Ogos – Hari Harimau Dahan Sedunia (International Clouded Leopard Day)
  • 4 Ogos – Hari Persahabatan (Friendship Day) (Hari Ahad Pertama Ogos
  • 8 Ogos – Hari Kucing Sedunia (International Cat Day)
  • 8 Ogos – Hari Beruang Bulan Sedunia (International Moon Bear Day)
  • 12 Ogos – Hari Belia Sedunia (International Youth Day)
  • 12 Ogos – Hari Gajah Sedunia (World Elephant Day)
  • 13 Ogos – Hari Kidal Sedunia (Left Handers Day)
  • 20 Ogos – Hari Nyamuk Sedunia (World Mosquito Day)

Aktiviti dan Acara Penting Bulan Ogos 2024

Bulan Ogos penuh dengan pelbagai aktiviti dan acara yang menarik di Malaysia. Berikut adalah beberapa acara utama:

  • 1-3 Ogos – Karnival Jom Heboh 2024 di Terengganu
  • 4 Ogos – Action Asia 50 Malaysia – Janda Baik, Pahang
  • 17-24 Ogos – SUKMA Sarawak
  • 31 Ogos – Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia di Putrajaya dan peringkat negeri.

Untuk makluman hari-hari atau sambutan di atas tiada cuti rasmi sama ada di peringkat negeri atau persekutuan (kecuali Hari Kebangsaan 2024).

Walaupun tiada hari cuti rasmi bagi hari kesedaran yang dinyatakan di atas, hari-hari tersebut penting untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu alam sekitar, kesihatan dan sosial.

Sambutan ini menyediakan peluang untuk mendidik dan melibatkan masyarakat dalam aktiviti yang positif dan bermakna, membantu memupuk kesedaran sosial dan tanggungjawab dalam kalangan rakyat.

Tarikh-Tarikh Penting Bulan Islam Dalam Bulan 8

Berdasarkan laman web https://www.e-solat.gov.my/ tiada perayaan atau tarikh penting pada bulan Ogos 2024. Namun beberapa tarikh berikut mungkin anda boleh simpan;

  • 1 Safar 1446 H – 6 Ogos 2024 (Selasa)
  • 13 Safar 1446 H – 18 Ogos 2024 (Ahad)
  • 14 Safar 1446 H – 19 Ogos 2024 (Isnin)
  • 15 Safar 1446 H – 20 Ogos 2024 (Selasa)

Jadual Puasa Sunat Bulan 8 2024

Berikut adalah jadual puasa sunat Isnin Khamis dan hari putih (Ayyamul Bidh) pada bulan 8 2024; 

Puasa Sunat Isnin dan Khamis

  1. Khamis, 1 Ogos 2024 – 26 Muharram 1446H
  2. Isnin, 5 Ogos 2024 – 1 Safar 1446H
  3. Khamis, 8 Ogos 2024 – 4 Safar 1446H
  4. Isnin, 12 Ogos 2024 – 8 Safar 1446H
  5. Khamis, 15 Ogos 2024 – 11 Safar 1446H
  6. Isnin, 19 Ogos 2024 – 15 Safar 1446H
  7. Khamis, 22 Ogos 2024 – 18 Safar 1446H
  8. Isnin, 26 Ogos 2024 – 22 Safar 1446H
  9. Khamis, 29 Ogos 2024 – 25 Safar 1446H

Hari Putih (Ayyamul Bidh)

  1. Ahad, 18 Ogos 2024 – 13 Safar 1446H
  2. Isnin, 19 Ogos 2024 – 14 Safar 1446H
  3. Selasa, 20 Ogos 2024 – 15 Safar 1446H

Ramalan Cuaca Bulan Ogos 2024

Menurut tinjauan jangka panjang MET Malaysia (Julai – Disember), cuaca sepanjang bulan Ogos 2024 dijangka mengalami keadaan cuaca berikut:

  1. Suhu: Suhu purata bulanan dijangka berada di antara 25°C hingga 32°C. Cuaca panas dan lembap adalah biasa pada bulan ini.
  2. Hujan: Purata jumlah hujan bulanan dijangka sederhana hingga tinggi, dengan beberapa kawasan mungkin mengalami hujan lebat terutama pada sebelah petang dan malam.
  3. Angin: Angin monsun barat daya masih dominan, menyebabkan keadaan cuaca yang agak stabil.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laporan penuh di MET Malaysia.


Lihat Juga;
Jadual Waktu Baru ETS (KTMB) – Bagi Perjalanan Ogos-Nov 2024
Senarai Tempat Menarik Di Selangor (Percutian Hujung Minggu)
14 Tempat Menarik Yang Percuma di Kuala Lumpur
Kalendar Musim Durian 2024: Jenis Durian Yang Popular

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments