Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) membuka permohonan Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) bagi tahun 2024.
Program ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ibu bapa di Selangor dalam membayar yuran tadika anak-anak mereka.
Skim ini sebagai sokongan dalam membantu dari segi kewangan dan memastikan kanak-kanak mendapat permulaan pendidikan yang baikuntuk perkembangan mereka di masa hadapan.
Berikut merupakan maklumat lanjut tentang skim bantuan ini.
Apa itu Skim Bantuan Tadika (TUNAS)?
Skim Bantuan Tadika (TUNAS) adalah salah satu daripada pelbagai inisiatif oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menyokong pendidikan dan kesejahteraan rakyat negeri ini.
Program ini bertujuan membantu meringankan beban ibu-bapa membayar yuran TADIKA anak-anak mereka.
Kerajaan Negeri Selangor menyumbangkan bantuan RM50 setiap bulan kepada mereka yang layak.
Bantuan ini bukan dalam bentuk wang tunai sebaliknya dalam bentuk yuran dan akan disalurkan terus kepada tadika yang mempunyai sijil pendaftaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNs), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara (JPN).
Syarat dan Kriteria Kelayakan
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah sama ada:
- Ibu atau bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor.
- Anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor.
- Ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun, dengan pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung, Penghulu, Pengerusi Taman Perumahan, Senator, ADUN, atau Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal.
- Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah.
- Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja.
- Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja.
- Anak yang belajar di tadika berdaftar sahaja. KLIK SINI UNTUK LIHAT SENARAI.
Cara Memohon atau Pendaftaran
Permohonan untuk Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) dilakukan secara dalam talian. Ibu bapa yang berminat boleh memohon di portal rasmi TUNAS berikut;
Pastikan semua maklumat dan dokumen yang dihantar adalah tepat dan lengkap untuk mengelakkan sebarang masalah dalam proses permohonan.
Dokumen Yang Perlu Dilampirkan
- Cetak Borang Permohonan
- Salinan Sijil Lahir / MyKid Anak
- Salinan MyKad Ibu
- Salinan MyKad Bapa
- Salinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu)
- Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan IBU Sekiranya Ibu Tidak Bekerja *Perlu pengesahan oleh Penghulu / Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat
- Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan BAPA Sekiranya Bapa Tidak Bekerja *Perlu pengesahan oleh Penghulu / Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat
- Cop Pengesahan Tadika Tempat Anak Belajar
Bagi Pemohon Yang Bukan Kelahiran Selangor, Berikut Adalah Dokumen Tambahan Yang Perlu Dilampirkan
- Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / ASTRO / Muka Depan Buku Merah IBU
- Cop Pengesahan Bermastautin (Bagi Permohonan Baru Sahaja)
Penghantaran Dokumen
Dokumen hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online dilakukan ke emel [email protected] atau alamat berikut:
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)
Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7 Persiaran Kayangan 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel: 03-5481 8800
Sebarang kelewatan penghantaran dokumen tidak akan diproses dan dianggap tidak berjaya.
Pertanyaan atau Info Lanjut
- Alamat: Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam, Selangor.
- Telefon: 03-5481 8800
- Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat 10 pagi – 2 petang
- Emel: [email protected]
Ikuti Yayasan Warisan Anak Selangor – YAWAS di;
- Facebook: Yayasan Warisan Anak Selangor – YAWAS
- Instagram:yayasanwarisananakselangor
- YouTube: YAWAS TV
- Laman Web: https://yawas.com.my/
Pastikan anda mengikuti akaun-akaun ini untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) dan pelbagai inisiatif lain yang ditawarkan oleh YAWAS.
Sumber: Yayasan Warisan Anak Selangor – YAWAS dan Laman Portal TUNAS
Lihat Juga:
– BINGKAS Selangor 2024: Permohonan & Syarat Bantuan