HomeInfoTransit Aliran Automatik (ART) Putrajaya - Jadual Laluan Percuma 

Transit Aliran Automatik (ART) Putrajaya – Jadual Laluan Percuma 

Transit Aliran Automatik (ART) kembali semula ke Putrajaya untuk sesi pengujian selama 3 bulan. 

Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang menjalankan tempoh percubaan operasi Kenderaan Transit Aliran Automatik (ART) selama tiga (3) bulan, bermula 13 Mei hingga 31 Julai 2024. 

Sepanjang tempoh ujian rintis ini, tiada bayaran akan dikenakan kepada penumpang yang ingin mencubanya.

Projek rintis di Putrajaya ini adalah merupakan usaha PPj bagi mengetengahkan ART sebagai salah satu mod pengangkutan yang boleh melengkapkan rangkaian sistem sedia ada.

Apa Transit Aliran Automatik (ART)?

Transit Aliran Automatik (ART) atau trem tanpa landasan direka untuk digunakan bagi pengangkutan penumpang bandar.

ART mampu menampung 239 penumpang pada waktu biasa sehingga 307 orang ketika waktu puncak.

Kenderaan ini bakal mengubah landskap pengangkutan di Putrajaya apabila ia beroperasi kelak. Kos operasi lebih jimat, tidak memerlukan landasan, akses lebih meluas melalui jalan raya, dan mesra alam sekitar kerana menggunakan elektrik atau hidrogren sebagai bahan bakar.

Laluan Perjalanan

Dua (2) laluan diperkenalkan sempena tempoh percubaan ini iaitu laluan 1A yang akan beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat, bermula dari MRT Putrajaya Sentral menghala ke Lebuh Wawasan, Persiaran Perdana, Lingkaran Gemilang dan kembali semula ke MRT Putrajaya Sentral.

Manakala laluan kedua iaitu laluan 2B hanya beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad sahaja, akan turut bermula dari MRT Putrajaya Sentral ke Persiaran Perdana, kemudian menghala ke Lebuh Bestari, Persiaran Timur dan IOI Putrajaya sebelum kembali semula ke MRT Putrajaya Sentral.

Laluan 1A  (Isnin – Jumaat)

MRT Putrajaya Sentral – > Lebuh Wawasan – >Persiaran Perdana -> Lingkaran Gemilang -> MRT Putrajaya Sentral.

Laluan B (Sabtu dan Ahad)

MRT Putrajaya Sentral -> Persiaran Perdana -> Lebuh Bestari -> Persiaran Timur dan IOI Putrajaya ->MRT Putrajaya Sentral.

Jadual Perjalanan 

Jom semak jadual laluan dan waktu operasi bagi kenderaan Transit Aliran Automatik (ART) yang bermula 13 Mei hingga 31 Julai 2024 untuk sesi pengujian sistem trem.

Jadual Laluan Transit Aliran Automatik (ART) Putrajaya (Percuma)

MAKLUMAN TERKINI : SESI UJIAN RINTIS PERKHIDMATAN TREM DI PUTRAJAYA

Dimaklumkan bahawa Sesi Ujian Rintis Trem ART di Putrajaya akan beroperasi tanpa penumpang awam pada 25 Mei 2024 (Sabtu) dan 26 Mei 2024 (Ahad).

Selain itu, perkhidmatan ART di Putrajaya bagi Laluan 2 (Sabtu & Ahad) dihadkan kepada 2 trip sahaja.

Jadual masa adalah seperti dibawah :-

  • TRIP 1 : 9.30 pagi dari Stesen MRT Putrajaya (Gate  ke IOI City Mall Putrajaya)
  • TRIP 2 : 2.30 petang dari Stesen MRT Putrajaya (Gate ke IOI City Mall Putrajaya)

Pengguna dimohon dapatkan maklumat terkini dari masa ke semasa menerusi laman sosial media rasmi Perbadanan Putrajaya.

Jangan lepaskan peluang untuk rasai pengalaman menarik dengan menaiki pengangkutan terbaharu Putrajaya sepanjang tempoh pengujian ini secara PERCUMA.

Cara Penggunaan

Orang awam yang ingin mencuba sendiri pengalaman menaiki ART hanya perlu menggunakan aplikasi melalui kod QR yang disediakan di stesen mengambil penumpang. Sebanyak tiga (3) trip disediakan setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Info Lanjut

Ikuti Perbadanan Putrajaya di:

Sumber: Perbadanan Putrajaya

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments