HomeInfoKalendar Bulan 6 2024: Senarai Cuti Umum & Tarikh Penting (JUN)

Kalendar Bulan 6 2024: Senarai Cuti Umum & Tarikh Penting (JUN)

Kalendar Bulan 6 2024: Senarai Cuti Umum, Perayaan, Tarikh Bayaran Gaji, Pencen & PERKESO, dan Sambutan Hari Kesedaran.

Untuk bulan Jun 2024, ada beberapa cuti umum dan perayaan penting.

Selain itu, pembayaran gaji, pencen dan PERKESO turut di awalkan kerana cuti Hari Raya Aidiladha.

Tidak ketinggalan, beberapa sambutan hari kesedaran global juga diadakan sepanjang Jun bertujuan meningkatkan kesedaran tentang isu-isu penting di kalangan masyarakat.

Senarai Cuti Umum Bulan 6

Bulan 6 - Kalendar Kuda Jun 2024
  • 1 Jun 2024 (Sabtu) – Perayaan Hari Gawai Dayak (Negeri Sarawak sahaja)
  • 2 Jun 2024 (Ahad) – Perayaan Hari Gawai Dayak (Negeri Sarawak sahaja)
  • 3 Jun 2024 (Isnin)Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Semua Negeri)
  • 16 Jun 2024 (Ahad) – Hari Arafah (Negeri Kelantan dan Terengganu sahaja)
  • 17 Jun 2024 (Isnin)Hari Raya Aidiladha (Semua Negeri)
  • 18 Jun 2024 (Selasa) – Hari Raya Aidiladha (Hari Kedua) (Negeri Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu sahaja)
  • 30 Jun 2024 (Ahad) – Hari Keputeraan Sultan Kedah (Negeri Kedah sahaja)

Pada bulan Jun 2024, terdapat beberapa perayaan dan cuti penting. Antaranya adalah Hari Gawai Dayak di Sarawak pada 1 dan 2 Jun. Pada 3 Jun, seluruh Malaysia menyambut Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Selain itu, 16 Jun adalah Hari Arafah yang merupakan cuti bagi Kelantan dan Terengganu. Hari Raya Aidiladha disambut pada 17 Jun di semua negeri, manakala 18 Jun cuti  di Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu sahaja. Hari Keputeraan Sultan Kedah adalah pada 30 Jun.

Cuti Sekolah Tambahan KPM Sempena Hari Raya Haji 2024

Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), tiada cuti tambahan disediakan bagi tahun 2024 sempena perayaan Hari Raya Aidiladha.

Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada pengumuman dari semasa ke semasa oleh KPM.

Kalendar Akademik KPM Tahun 2024 2025 (Cuti Perayaan)

Pembayaran Pada Bulan Jun 2024

Gaji Kakitangan Awam

  • Tarikh: 13 Jun 2024 (Khamis)
  • Nota: Pembayaran gaji dibuat awal kerana sambutan Hari Raya Haji pada 17 dan 18 Jun 2024.

Pencen JPA

  • Tarikh: 12 Jun 2024 (Rabu)
  • Nota: Pembayaran gaji dibuat awal kerana sambutan Hari Raya Haji pada 17 dan 18 Jun 2024.

Faedah PERKESO

  • Tarikh: 11 Jun 2024 (Selasa)
  • Nota: *17 Jun 2024 bersamaan Hari Raya Qurban

Untuk maklumat lebih lanjut dan jadual penuh, anda boleh merujuk sumber berikut:

Sambutan Hari Kesedaran Dalam Bulan 6 2024

  • 5 Jun (Rabu)Hari Alam Sekitar Sedunia
  • 8 Jun (Sabtu) – Hari Lautan Sedunia
  • 12 Jun (Rabu) – Hari Antarabangsa Menentang Pekerjaan Kanak-Kanak
  • 16 Jun (Ahad) – Hari Penyu Sedunia
  • 16 Jun (Ahad) – Hari Bapa (Ahad ketiga bulan Jun)
  • 21 Jun (Jumaat) – Solstis Musim Panas
  • 21 Jun (Jumaat) – Hari Muzik Sedunia
  • 21 Jun (Jumaat) – Hari Kesedaran ALS Global (Global ALS Awareness Day)

Untuk makluman, hari-hari atau sambutan di atas tiada cuti rasmi sama ada di peringkat negeri atau persekutuan.

Walaupun begitu, hari-hari ini penting untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu alam sekitar, kesihatan, sosial, dan budaya. 

Sambutan ini memberikan peluang kepada masyarakat untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan untuk memperingati dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan hari-hari tersebut.

Tarikh-Tarikh Penting Bulan Islam Dalam Bulan 6

  • 8 Jun 2024 (Jumaat) – 1 Zulhijjah 1445H
  • 15 Jun 2024 (Jumaat) – 8 Zulhijjah 1445H (Hari Tarwiyyah)
  • 16 Jun 2024 (Sabtu) – 9 Zulhijjah 1445H (Hari Arafah)
  • 17 Jun 2024 (Ahad) – 10 Zulhijjah 1445H (Hari Raya Aidiladha)
  • 18 Jun 2024 (Isnin) – 11 Zulhijjah 1445H (Hari Tasyrik)
  • 19 Jun 2024 (Selasa) – 12 Zulhijjah 1445H (Hari Tasyrik)
  • 20 Jun 2024 (Rabu) – 13 Zulhijjah 1445H (Hari Tasyrik)

*Hari haram berpuasa pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

8 Amalan Pada Awal Bulan Zulhijjah

Antara amalan yang boleh dilakukan:

  1. Berpuasa sunat di siang hari.
  2. Beribadah di malam hari (Qiamullail).
  3. Perbanyakkan solat sunat.
  4. Berbuat baik pada ibu bapa.
  5. Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
  6. Bertutur tentang perkara yang baik.
  7. Membantu orang susah.
  8. Memperbanyakkan berzikir
Keistimewaan dan Fadhilat 10 Awal Zulhijjah
RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments