HomePendidikanPermohonan Biasiswa Zakat Universiti Malaya

Permohonan Biasiswa Zakat Universiti Malaya

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaya membuka permohonan kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan bagi membuat permohonan biasiswa zakat universiti untuk pembiayaan penuh yuran pengajian.

Untuk makluman, biasiswa ini terbuka kepada pelajar warganegara beragama Islam dan ditawarkan kepada pelajar tempatan yang sedang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda sahaja.

Pelajar-pelajar yang ingin memohon biasiswa zakat Universiti Malaya ini bolehlah membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

Tarikh Tutup Permohonan 

22 Mei 2024 (Rabu).

Kriteria Kelayakan

Syarat-syarat am Biasiswa Zakat UM:

  1. Pemohon, ibu dan bapa merupakan warganegara Malaysia;
  2. Pemohon telah mengikuti sekurang-kurangnya 1 semester pengajian sepenuh masa di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau 1 peringkat pengajian bagi pemohon yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pergigian;
  3. Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian atau diberikan lanjutan tempoh pengajian;
  4. Pemohon belum menerima sebarang tajaan lain (Biasiswa, Pinjaman atau Dermasiswa);
  5. Pendapatan isi rumah (ibu dan bapa) hendaklah tidak melebihi RM4,500.00 sebulan.

Dokumen Sokongan

  1. Sila sertakan salinan mykad pemohon, ibu dan bapa, salinan kad matrik, salinan keputusan terkini peperiksaan semester/ peringkat (Perubatan dan Pergigian).
  2. Salinan slip gaji terkini (ibu dan bapa/ penjaga), bagi ibu/bapa pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri/ tidak bekerja/ suri rumah sila dapatkan pengesahan pendapatan (disahkan oleh ketua kampung/ Adun/penghulu/ pengerusi taman/ penghulu mukim / ketua blok sahaja) 
  3. Salinan Surat Kematian atau Surat Bercerai (jika berkaitan)

**Permohonan yang tidak lengkap atau tidak disertakan dokumen yang diperlukan akan ditolak. Dokumen yang dicetak tidak perlu dihantar.

Kelayakan Akademik

Pemohon memperoleh PNGK / CGPA 3.50 ke atas; atau lulus bagi yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pergigian.

Kadar Pembiayaan

Peringkat PengajianPengajian SainsBukan Sains
Ijazah Sarjana MudaRM 4,500RM 4,000

**Tajaan adalah bermula daripada tarikh kuatkuasa Surat Tawaran Biasiswa yang dikeluarkan**

Cara Permohonan 

Pelajar yang ingin memohon Biasiswa Zakat Universiti Malaya ini hendaklah melengkapkan borang permohonan melalui Google Form berikut;

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScy4YDzuS-PYk2FWEYXWXA2-Ucz4ncdpx9q-z-CG_qR3G9B8A/viewform?pli=1

Atau  imbas kod QR di poster yang telah disediakan.

Iklan Permohonan Zakat Universiti Malaya

Mohon jasa baik pelajar untuk kemukakan maklum balas sebelum atau pada 22 Mei 2024.

Info Lanjut dan Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Pentadbiran dan Tajaan di talian 03-79676999 atau e-mel kepada [email protected] 

Pusat Pentadbiran dan Tajaan
Jabatan Pemasaran dan Perkhidmatan Akademik
Bangunan Peperiksaan
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: +603-7967 6999 / 6996

https://masd.um.edu.my/

Sumber: Academy of Islamic Studies 

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments