Kerajaan Negeri Kedah Umum Cuti Tambahan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025,
Kerajaan Negeri Kedah membawa khabar gembira menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 apabila mengisytiharkan Ahad, 30 Mac 2025 sebagai Hari Kelepasan Am Negeri Kedah (cuti peristiwa) khas untuk seluruh rakyat negeri ini.
Langkah ini menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri untuk memberi ruang kepada rakyat Kedah membuat persiapan Aidilfitri, meluangkan masa bersama keluarga serta mengurangkan kesesakan lalu lintas menjelang 1 Syawal.
30 Mac 2025 Diisytihar Cuti Peristiwa Aidilfitri di Kedah
Pengumuman rasmi ini telah disampaikan menerusi laman Facebook rasmi Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA) pada 26 Mac 2025, memetik kenyataan daripada YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah.
“Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menjadikan hari Ahad, 30 Mac 2025 sebagai Hari Kelepasan Am (cuti peristiwa) sempena Aidilfitri 1446 Hijrah bersamaan 2025 Masihi.”
— YAB Menteri Besar Kedah

Jadual Cuti Panjang (Long Weekend) Raya Aidilfitri Kedah
Berdasarkan jangkaan tarikh 1 Syawal dan cuti peristiwa yang diumumkan, berikut adalah jadual cuti panjang untuk rakyat Kedah bersempena Aidilfitri ini:
Tarikh | Hari | Jenis Cuti |
28 Mac 2025 | Jumaat | Cuti Hujung Minggu |
29 Mac 2025 | Sabtu | Cuti Hujung Minggu |
30 Mac 2025 | Ahad | Cuti Peristiwa Aidilfitri |
31 Mac 2025 | Isnin | Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal)* |
01 April 2025 | Selasa | Hari Raya Kedua (2 Syawal)* |
Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2025 (1 Syawal 1446H)

Berdasarkan Kalendar Islam 2025 oleh JAKIM, 1 Syawal 1446 dijangka jatuh pada hari Isnin, 31 Mac 2025, diikuti 2 Syawal pada Selasa, 1 April 2025.
Pengesahan tarikh Hari Raya Aidilfitri akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selepas proses rukyah dan hisab, menurut amalan rasmi yang dipandu oleh JAKIM dan Majlis Raja-Raja.
Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Puasa dibuat pada malam 29 Ramadan 1446H (Ahad malam 30 Mac 2025) melalui siaran televisyen selepas melihat anak bulan, berdasarkan cerapan di lokasi rasmi oleh pihak berkuasa falak.
Cuti Tambahan KPM Untuk Sekolah Bagi Negeri Kedah Sempena Hari Raya Puasa 2025
Sekolah-sekolah di Kedah akan menikmati cuti panjang selama 9 hari berturut-turut sempena Hari Raya Aidilfitri 2025.
Cuti ini adalah hasil gabungan cuti umum, cuti hujung minggu dan cuti tambahan KPM yang telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kedah Termasuk Dalam Negeri Kumpulan A
Negeri Kedah tergolong dalam Kumpulan A selain daripada Kelantan dan Terengganu mengikut pengkelasan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Maka, cuti sekolah hari raya bagi sesi 2025/2026 akan berjalan seperti berikut:
Hari | Tarikh | Jenis Cuti |
Jumaat | 28 Mac 2025 | Cuti Hujung Minggu |
Sabtu | 29 Mac 2025 | Cuti Hujung Minggu |
Ahad | 30 Mac 2025 | Cuti Tambahan KPM (termasuk Cuti Peristiwa Negeri) |
Isnin | 31 Mac 2025 | Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal) |
Selasa | 1 April 2025 | Hari Raya Kedua (2 Syawal) |
Rabu | 2 April 2025 | Cuti Tambahan KPM |
Khamis | 3 April 2025 | Cuti Tambahan KPM |
Jumaat | 4 April 2025 | Cuti Hujung Minggu |
Sabtu | 5 April 2025 | Cuti Hujung Minggu |
Jumlah keseluruhan cuti sekolah bagi Kedah: 9 hari berturut-turut

Notis Rasmi Sekolah
Pihak sekolah kebiasaannya akan mengeluarkan memo atau surat rasmi kepada ibu bapa bagi memaklumkan:
- Tarikh cuti rasmi dan tambahan
- Tarikh kembali ke sekolah
- Garis panduan keselamatan perjalanan pulang ke kampung
Ibubapa yang tidak dapat menghantar anak ke sekolah kerana pulang ke kampung boleh menulis Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Balik Kampung “Cuti Raya”.
Lihat Juga;