HomeKerjayaJawatan Kosong MAINS 2024 - Pembantu Tadbir Gred 19

Jawatan Kosong MAINS 2024 – Pembantu Tadbir Gred 19

Sukacitanya Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mempelawa anak Negeri Sembilan yang berumur 18 tahun & ke atas yang berkelayakan  untuk mengisi kekosongan jawatan Pembantu Tadbir Gred 19.

Terdapat 2 kekosongan bagi jawatan kosong  Pembantu Tadbir Gred 19 MAINS yang ditawarkan secara contract of service / tetap.

Berikut adalah maklumat  mengenai jawatan kosong Pembantu Tadbir Gred 19 MAINS 2024.

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 25 April 2024 (Khamis). 

Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

Maklumat Kekosongan Jawatan

  • Jawatan – Pembantu Tadbir Gred 19 (2 kekosongan)
  • Taraf Jawatan: Contract of Service / Tetap
  • Kumpulan: Pelaksana
  • Gaji Minimum: 1352:00
  • Gaji Marsimum : RM4,003.00
  • Kenaikan Tahunan : RM 100.00

Syarat Lantikan

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  2. Keutamaan kepada calon lelaki;
  3. Mempunyai asas Fardu Ain yang baik;
  4. Mahir membaca al-Quran; dan
  5. Tidak merokok.

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi pada peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi termasuk tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter serta pemprosesan data dan maklumat.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui pautan:

https://mains.gov.my/ejawatan/public

HANYA PERMOHONAN YANG LENGKAP MELALUI PORTAL BERKENAAN SAHAJA YANG AKAN DIPROSES.

  • Permohonan yang lewat & tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  • Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
  • Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

* Sila kemaskini RESUME anda dengan maklumat yang TERKINI. Kesilapan tidak mengemaskini RESUME TERKINI boleh menyebabkan kemungkinan maklumat anda tidak dapat diproses dengan lancar. Sekian.

Maklumat penting!

  1. Anda  perlu berdaftar sebagai pemohon di dalam portal sekiranya anda ingin memohon jawatan kekosongan yang terpapar di laman portal MAINS.
  2. Sekiranya anda merupakan pemohon yang telah berdaftar, sila Log Masuk ke dalam sistem.
  3. Pendaftaran sebagai pemohon berdaftar hanya perlu dilakukan sekali sahaja. Manakala permohonan perlu dilakukan mengikut kekosongan yang ditawarkan menggunakan akaun pemohon berdaftar.
  4. Segala permohonan adalah SULIT dan hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi. Permohonan tuan/puan adalah dikira TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas daripada MAINS selepas 1 Tahun dari tarikh iklan ditutup.

Info dan Maklumat Lanjut

Untuk info dan maklumat lanjut mengenai jawatan kosong yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) ini, sila layari;

Sumber: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Gred 19 MAINS
RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments