HomeBantuanBantuan Tunai BUDI MADANI - Semakan Bayaran Mulai 10 Jun

Bantuan Tunai BUDI MADANI – Semakan Bayaran Mulai 10 Jun

Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan bahawa lebih daripada 30,000 pemohon individu, petani dan pekebun kecil komoditi telah diluluskan untuk menerima bantuan tunai di bawah inisiatif BUDI MADANI. 

Bantuan ini akan disalurkan mulai 10 Jun 2024, dengan setiap penerima akan mendapat RM200 melalui akaun bank mereka.

Apakah Itu BUDI MADANI?

BUDI MADANI adalah inisiatif kerajaan untuk memastikan subsidi disalurkan kepada golongan yang layak. Program ini terbahagi kepada tiga kategori utama:

  1. BUDI Individu: Melibatkan kira-kira 300,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di Semenanjung Malaysia.
  2. BUDI Agri-Komoditi (Petani & Pekebun Kecil): Memberi manfaat kepada 68,000 petani, 8,000 penternak, dan 34,000 pengusaha akuakultur skala kecil.
  3. MySubsidy Diesel: Khas untuk syarikat kenderaan pengangkutan.
infografik Siaran Media Kementerian Kewangan Bantuan Tunai Pertama Budi Madani Disalurkan Mulai 10 Jun 2024

Pendaftaran untuk Petani dan Pekebun Kecil

Pemohon petani dan pekebun kecil yang masih belum berdaftar dengan agensi di bawah Kementerian yang berkenaan perlu berbuat demikian terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan BUDI MADANI.

Cara Mendaftar Bantuan Tunai BUDI MADANI

Untuk mendaftar, pemohon boleh melayari laman web rasmi https://budimadani.gov.my 

Pengaktifan Akaun BUDI MADANI

Pastikan anda mendaftar akaun BUDI MADANI terlebih dahulu sebelum memohon secara dalam talian. Ikut langkah-langkah berikut;

  • Langkah 1: Layari https://budimadani.gov.my. Tekan butang “Log Masuk”.
  • Langkah 2: Masukkan Nombor Kad Pengenalan (No. KP) anda. Tekan butang “Semak”.Klik “Daftar Akaun” 
  • Langkah 3: Isi butiran dan cipta Frasa Keselamatan dan Kata Laluan. Tekan butang “Daftar”.
  • Langkah 4: Semak emel anda untuk pengesahan. Klik pada pautan untuk pengaktifan akaun BUDI MADANI.

Untuk panduan yang lebih jelas, sila rujuk pada gambar-gambar di bawah ini;

  • Pengaktifan Akaun BUDI MADANI 01
  • Pengaktifan Akaun BUDI MADANI 02
  • Pengaktifan Akaun BUDI MADANI 03
  • Pengaktifan Akaun BUDI MADANI 04

Permohonan BUDI Individu

Ikuti langkah-langkah berikut jika anda memenuhi kriteria kelayakan. Pastikan anda melakukan pengaktifan akaun BUDI MADANI sebelum memohon.

  • Langkah 1: Log masuk di laman web BUDI MADANI.
  • Langkah 2: Tekan butang “Permohonan BUDI Individu”.
  • Langkah 3: Isi maklumat peribadi, perbankan & kenderaan anda. Klik “TIADA MAKLUMAT AKAUN BANK” jika tidak mempunyai akaun.
  • Langkah 4: Isi maklumat kenderaan.
  • Langkah 5: Pilih kelas “Individu”.
  • Langkah 6: Isikan & klik “SAHKAN CAPTCHA”.
  • Langkah 7: Sahkan maklumat anda.
  • Langkah 8: Tahniah! Permohonan anda telah berjaya diterima. Periksa keputusan di butang “Semakan Status”.
  • Langkah 9: Semak status permohonan dan pembayaran.

Untuk panduan yang lebih jelas, sila rujuk pada gambar-gambar di bawah ini;

  • Cara Permohonan BUDI Individu 01
  • Cara Permohonan BUDI Individu 02
  • Cara Permohonan BUDI Individu 03
  • Cara Permohonan BUDI Individu 04
  • Cara Permohonan BUDI Individu 05
  • Cara Permohonan BUDI Individu 06
  • Cara Permohonan BUDI Individu 07
  • Cara Permohonan BUDI Individu 08
  • Cara Permohonan BUDI Individu 09

Permohonan BUDI Agri-Komoditi

Jika anda tergolong dalam kategori ini atau tahu mereka yang layak, ikuti langkah mudah permohonan Budi Agri-Komoditi.

Pastikan anda melakukan pengaktifan akaun BUDI MADANI sebelum memohon.

  • Langkah 1: Log masuk di laman web BUDI MADANI. Pemohon haruslah berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
  • Langkah 2: Tekan butang “Permohonan BUDI Agri-Komoditi”.
  • Langkah 3: Pilih “Kategori Pemohon”.
  • Langkah 4: Isi butiran anda. Klik “TIADA MAKLUMAT AKAUN BANK” jika tidak mempunyai akaun.
  • Langkah 5: Pilih salah satu kategori yang bersesuaian.
  • Langkah 6: Isikan dan klik “SAHKAN CAPTCHA”.
  • Langkah 7: Sahkan maklumat anda.
  • Langkah 8: Tahniah! Permohonan anda telah berjaya diterima. Periksa keputusan di butang “Semakan Status”.
  • Langkah 9: Semak status permohonan dan pembayaran.

Untuk panduan yang lebih jelas, sila rujuk pada gambar-gambar di bawah ini;

  • Cara Permohonan Budi Agri-Komoditi 01
  • Cara Permohonan Budi Agri-Komoditi 02
  • Cara Permohonan Budi Agri-Komoditi 03
  • Cara Permohonan Budi Agri-Komoditi 04
  • Cara Permohonan Budi Agri-Komoditi 05
  • Cara Permohonan Budi Agri-Komoditi 06
  • Cara Permohonan Budi Agri-Komoditi 07
  • Cara Permohonan Budi Agri-Komoditi 08
  • Cara Permohonan Budi Agri-Komoditi 09

Tempoh Pendaftaran Terbuka

Pemohon yang berkelayakan masih boleh mendaftar untuk menerima Bantuan Tunai BUDI MADANI sepanjang bulan Jun 2024. 

Permohonan yang dibuat dalam bulan Jun akan layak menerima bayaran untuk bulan tersebut dan bulan seterusnya. 

Namun, permohonan yang dibuat selepas bulan Jun hanya akan layak menerima bayaran bermula bulan Julai 2024.

Penerima Tanpa Akaun Bank

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, mereka boleh menuntut bantuan tunai secara langsung. 

Mereka hanya perlu membawa MyKad ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia.

Notis Budi Madani fasa 1 BSN

Rayuan Permohonan

Berdasarkan data permohonan setakat ini, majoriti pemohon yang tidak diluluskan adalah kerana tidak memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan. 

Contohnya, terdapat petani dan pekebun kecil yang tidak berdaftar dengan kementerian berkaitan. 

Bagi pemohon individu yang tidak diluluskan, mereka boleh membuat semakan permohonan serta mengemukakan rayuan melalui laman sesawang BUDI MADANI di https://budimadani.gov.my 

Info dan Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat-syarat kelayakan BUDI MADANI, sila layari laman sesawang https://budimadani.gov.my atau hubungi talian bantuan di nombor 1-800-88-2747 

Komitmen Kerajaan untuk Subsidi Rakyat

Di bawah Belanjawan 2024, kerajaan komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan, penyelewengan dan ketirisan subsidi rakyat. 

Selain itu, bagi membendung kenaikan kos sara hidup, kerajaan akan terus menyediakan subsidi diesel bersasar kepada kenderaan pengangkutan awam dan kenderaan pengangkutan barangan tertentu. 

Bantuan tunai RM200 akan disalurkan kepada individu, petani dan pekebun kecil komoditi yang layak.

Pertanyaan dan maklumat lanjut juga  boleh diperolehi di semua pejabat LHDNM seluruh Semenanjung Malaysia.

Siaran Media Kementerian Kewangan

Berikut adalah Siaran Media Kementerian Kewangan “Bantuan Tunai Pertama BUDI MADANI Disalurkan Mulai 10 Jun 2024”

Siaran Media Kementerian Kewangan Bantuan Tunai Pertama Budi Madani Disalurkan Mulai 10 Jun 2024 01
Siaran Media Kementerian Kewangan Bantuan Tunai Pertama Budi Madani Disalurkan Mulai 10 Jun 2024 02
RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments