Bantuan Tanam Semula merupakan salah satu daripada Bantuan RISDA selain daripada Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) dan lain-lain bantuan
Tujuan utama inisiatif ini adalah untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil. Melalui bantuan ini, pekebun dapat menggantikan pokok getah tua.
Penanaman semula ini juga bertujuan mendapatkan baka getah lebih baik dan tahan penyakit yang dapat memberi manfaat besar kepada ekonomi negara.
Apakah Bantuan Tanam Semula?
Bantuan ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Tanam Semula RISDA (Rubber Industry Smallholders Development Authority) dan menjana salah satu fungsi utama RISDA di bawah Akta RISDA No. 85/1972.
Inisiatif bantuan ini dilaksanakan sebagai dorongan untuk pekebun kecil melakukan penanaman semula kebun getah mereka.
Jenis-Jenis Bantuan
Bantuan taman semula terbahagi kepada;
- Bantuan Kali Pertama (TS1)
- Bantuan Kali Kedua (TS2)
- Bantuan Kali Ketiga (TS3)
- Bantuan Kali Keempat (TS4)
Tujuan Penanaman Semula
Sebagai salah satu tanaman yang menjana ekonomi negara, RISDA menggalakkan anda melakukan proses tanam semula getah. Antara tujuan penanaman semula getah termasuklah untuk:
Mengganti Pokok Getah Tua
Pokok getah tua ialah pokok getah yang berusia antara 15-20 tahun. Pokok getah tua biasanya tidak lagi mengeluarkan hasil yang banyak dan perlu ditukar melalui proses tanam semula getah.
Mengganti Pokok Getah Tak Ekonomik
Pokok getah tak ekonomik ialah pokok getah yang mengeluarkan hasil kurang daripada 500kg per hektar atau setahun, telah habis kulit tapak torehan, diserang penyakit, makhluk perosak, atau bencana alam serta sebab-sebab lain yang membolehkan penanaman semula berdasarkan pendapat Pegawai Penilai.
Mendapatkan Baka Lebih Baik
Anda juga boleh memilih untuk melakukan penanaman semula bagi mendapatkan baka pokok getah yang lebih baik. Apa yang dimaksudkan oleh baka pokok getah yang lebih baik ialah baka pokok tersebut mampu mengeluarkan lebih banyak getah, mempunyai ketahanan tinggi daripada penyakit, dan lain-lain.
Menjana dan Menambah Pendapatan
Melalui penanaman semula, anda boleh meneruskan atau menambah pendapatan terutama dengan menggantikan pokok getah tak ekonomik dengan baka baharu yang lebih baik.
Syarat Kelayakan
Sekiranya anda ingin memohon insentif ini, anda hendaklah mematuhi segala syarat-syarat kelayakan yang dikemukakan.
Terdapat dua jenis syarat kelayakan Bantuan Tanam Semula iaitu syarat kelayakan am dan syarat kelayakan kebun bagi permintaan Bantuan Tanam Semula Kali Pertama (TS1) hingga Kali Keempat (TS4).
Syarat Kelayakan Am
- Warganegara Malaysia
- Pekebun kecil dengan keluasan tanah tidak melebihi 2.5 hektar
Syarat Kelayakan Kali Pertama (TS1) Hingga Empat (TS4)
- Kali Pertama (TS1): Kebun yang tidak pernah menerima bantuan ini sebelumnya.
- Kali Kedua (TS2), Kali Ketiga (TS3), Kali Keempat (TS4): Kebun yang telah menerima bantuan tanam semula sebelum ini, tetapi memerlukan penanaman semula tambahan.
* untuk syarat kelayakan penuh, pemohon boleh rujuk di laman web https://www.suararisda.my/bantuan/bantuan-tanam-semula
Kadar Bantuan Tanam Semula
Memandangkan kos penanaman semula getah boleh mencecah ribuan ringgit, insentif ini biasanya diberikan secara ansuran sebanyak lima kali.
Jumlah yang diberikan adalah mengikut keluasan tanah iaitu per hektar dan bergantung kepada lokasi kebun anda.
Langkah Permohonan Bantuan Tanam Semula RISDA
Setakat ini, proses permohonan Bantuan Tanam Semula RISDA perlu dilakukan secara fizikal.
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan
- Mengisi dan menghantar borang permohonan di mana-mana pejabat RISDA negeri, daerah, atau kawasan.
- Setiap permohonan mestilah dibuat menggunakan Borang TS11 (TS11 Pin.1/04). Anda perlu mengambil berat “Notis Penting” yang tertera pada borang sebelum mula mengisi.
- Borang permohonan hendaklah dihantar atau diposkan ke pejabat RISDA berhampiran dengan lokasi kebun tanaman semula anda.
- Setelah permohonan anda diterima, pihak RISDA akan menghantar Pengakuan Penerimaan Permohonan (TS14) berbentuk kad kepada anda.
- Anda disarankan menghafal Nombor Permohonan pada kad TS14 kerana ini merupakan nombor rujukan RISDA untuk sebarang urusan penanaman semula getah.
- Anda perlu mengambil berat arahan pada kad TS14 iaitu larangan menebang atau merosakkan sebarang pokok atau anak pokok getah di kebun yang dipohon. Ini kerana pihak RISDA tidak akan bertanggungjawab atau menanggung kos penanaman semula sekiranya permohonan ditolak.
Permohonan Bantuan Tanam Semula ini boleh dilakukan pada bila-bila masa.
Info dan Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, anda digalakkan menghubungi RISDA secara langsung melalui pautan berikut;
https://www.suararisda.my/hubungi-kami
Ikuti RISDA di:
- Facebook – RISDA Malaysia Facebook
- Instagram – RISDA Malaysia Instagram
- TikTok – RISDA Malaysia TikTok
- YouTube – RISDA Malaysia YouTube
- Laman web –