HomeInfoHari Alam Sekitar Sedunia 2024: Tarikh, Tema, dan Sambutan

Hari Alam Sekitar Sedunia 2024: Tarikh, Tema, dan Sambutan

Hari Alam Sekitar Sedunia disambut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran global mengenai isu-isu alam sekitar yang kritikal dan menggalakkan tindakan di peringkat individu, komuniti, dan pemerintah untuk melindungi dan memelihara alam sekitar. 

Sambutan  ini bukan sahaja memperingati keindahan bumi tetapi juga menggalakkan kesedaran akan keperluan untuk melindungi dan mengekalkan alam sekitar bagi generasi akan datang. 

Sejarah Hari Alam Sekitar Sedunia

Hari Alam Sekitar Sedunia bermula pada tahun 1974, apabila Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menamakannya sebagai acara global bagi menyedarkan orang ramai tentang isu-isu alam sekitar.

Sejak itu, ia telah menjadi platform utama untuk menganjurkan aktiviti kesedaran alam sekitar di seluruh dunia.

Tarikh Sambutan

Tarikh 5 Jun dipilih untuk memperingati Hari Alam Sekitar Sedunia kerana ia menyamai tarikh Mesyuarat Pertama PBB mengenai Alam Sekitar yang diadakan pada tahun 1972 di Stockholm, Sweden. 

Tarikh ini menjadi titik tolak bagi kesedaran global tentang keperluan untuk melindungi alam sekitar.

Pada tahun ini ia jatuh pada hari RABU.

Tema Tahun Ini

Tema tahun ini yang ditetapkan oleh UN Environment Programme (UNEP) adalah “LAND RESTORATION, DESERTIFICATION & DROUGHT RESILIENCE”.

Kerajaan Arab Saudi akan menjadi host sambutan global Hari Alam Sekitar Sedunia 2024.

Aktiviti dan Sambutan Global

Di seluruh dunia, pelbagai aktiviti dijalankan sempena Hari Alam Sekitar Sedunia. Daripada pembersihan pantai hingga program penanaman pokok, masyarakat bergabung untuk membuat perubahan positif bagi alam sekitar. Di samping itu, pameran, seminar, dan perbincangan diadakan untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu alam sekitar.

Pengaruh Perubahan Alam Sekitar

Perubahan alam sekitar mempunyai impak yang serius terhadap kehidupan kita. Daripada peningkatan suhu global hingga kehilangan habitat, isu-isu ini menuntut tindakan segera dari semua pihak. Hari Alam Sekitar Sedunia memberi platform untuk memahami dan menangani cabaran ini.

Cabaran dan Penyelesaian

Salah satu cabaran utama adalah pengurangan penggunaan bahan bakar fosil dan pengoptimuman penggunaan sumber tenaga terbaharu. Usaha untuk menggalakkan penggunaan kembali, kitar semula, dan pembangunan lestari juga diperlukan. Ini memerlukan kerjasama global dan komitmen dari semua pihak.

Agensi Yang Bertanggungjawab Tentang Alam Sekitar Di Malaysia

Pada masa kini, Kementerian yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar di Malaysia adalah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) di mana menterinya yang terkini ialah Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad sejak 3 Disember 2022.

Di bawah Kementerian ini terdapat beberapa Jabatan dan Agensi iaitu;

  1. Jabatan Alam Sekitar (JAS/DOE)
  2. Jabatan Biokeselamatan
  3. Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan (JKPTG)
  4. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET)
  5. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia(JMG)
  6. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)
  7. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
  8. Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
  9. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
  10. Lembaga Ahli Geologi  (BoG)
  11. Lembaga Jurukur Tanah (LJT)
  12. Lembaga (Penyelidikan & Kemajuan) Perusahaan Timah (LPT)
  13. Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau)
  14. Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM)
  15. Malaysia Forest Fund (MFF)
  16. Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation (MGTC)
  17. Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)

Jabatan Alam Sekitar

Jabatan Alam Sekitar merupakan agensi kerajaan yang bertanggung jawab memelihara, memulihara, dan menguatkuasakan undang-undang alam sekitar di Malaysia terhadap pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar negara.

Jabatan Alam Sekitar (DOE) mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan dasar-dasar alam sekitar, memantau kualiti alam sekitar, menguruskan isu-isu pencemaran, dan menguatkuasakan undang-undang alam sekitar di Malaysia. 

Jabatan ini juga memainkan peranan penting dalam menyediakan panduan dan bimbingan kepada industri dan masyarakat mengenai pematuhan undang-undang alam sekitar.

Oleh itu, untuk urusan berkaitan dengan pemeliharaan, pemuliharaan, dan penguatkuasaan undang-undang alam sekitar di Malaysia, Jabatan Alam Sekitar (DOE) adalah agensi yang perlu dihubungi.


Artikel Berkaitan:

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments