PERMOHONAN HADIAH PENGAJIAN IPT (HPIPT) 2025
Kerajaan Negeri Selangor menawarkan pemberian RM1000 secara “One-off” khususnya buat Anak Selangor yang menepati kriteria.
Pemohon dinasihatkan membaca syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum membuat permohonan
Permohonan dibuka secara online sahaja dan tiada serahan dokumen fizikal di kaunter. Permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diproses.
Apa itu Hadiah Pengajian IPT (HPIPT)?
Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) ialah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 kepada pelajar anak Selangor daripada keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah.
Bantuan ini khusus untuk pelajar tahun pertama yang melanjutkan pengajian sepenuh masa di peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma, atau Ijazah Sarjana Muda di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh kerajaan.
Tempoh Permohonan
Permohonan HPIPT bagi tahun 2025 dibuka mulai 1 Mac (Sabtu) hingga 30 Mac 2025 (Ahad).
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang diberikan bagi Hadiah Pengajian IPT ini adalah RM1,000 yang diberikan secara “one-off” iaitu sekali bayar atau bayaran sekaligus.
Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan HPIPT
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan permohonan Hadiah Pengajian IPT (HPIPT) tahun 2025;
- Pemohon, ibu dan bapa mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
- Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
- Ibu atau bapa pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
- Pemohon bersekolah di Negeri Selangor selama 11 tahun dan ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.
- Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian sepenuh masa di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja.
- Pemohon telah mendaftar diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
- Pemohon adalah pelajar TAHUN PERTAMA sahaja.
- Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Pendapatan isi rumah ibu, bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah sahaja.
- Permohonan yang tidak lengkap dikategorikan sebagai PERMOHONAN GAGAL.

Kategori Yang Layak Memohon
Berikut adalah kategori yang layak memohon HPIPT;
- Pelajar Tahun Pertama – Pemohon mesti merupakan pelajar yang baru mendaftar dan memulakan pengajian untuk kali pertama di institusi pengajian tinggi.
- Peringkat Pengajian – Pemohon mestilah mengikuti pengajian secara sepenuh masa dalam salah satu peringkat berikut:
- Sijil Kemahiran Tahap 4
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
- Institusi yang Diiktiraf – Pemohon mestilah belajar di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh kerajaan.
Kategori Yang tidak Layak Memohon
Terdapat beberapa kategori pemohon yang tidak layak memohon Hadiah Pengajian IPT Selangor:
- Pelajar Kolej Vokasional tanpa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM): Mereka yang mengikuti pengajian di Kolej Vokasional dan tidak memiliki SPM tidak memenuhi syarat kelayakan.
- Pemohon Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM): Pelajar yang sedang menduduki STPM tidak layak memohon HPIPT.
- Penerima elaun bulanan daripada institusi kerajaan: Contohnya, pelajar di Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Kejururawatan, dan institusi lain yang menerima elaun bulanan tidak layak memohon.
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sahaja melalui pautan berikut;
- https://edanapendidikan.selangor.gov.my/
- Tiada serahan dokumen fizikal di kaunter.
Atau imbas pada kod QR poster di bawah;

Langkah-langkah permohonan adalah sebagaimana berikut
1. Pendaftaran Akaun Baharu
- Layari portal rasmi: https://danapendidikan.selangor.gov.my
- Klik “Daftar Akaun” dan isi maklumat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, emel, dan kata laluan.
- Sahkan pendaftaran melalui emel yang diterima.
2. Log Masuk ke Sistem
- Gunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan untuk log masuk ke portal HPIPT.
- Lengkapkan profil dengan maklumat diri, ibu bapa, dan alamat.
3. Mengisi Borang Permohonan
- Klik tab “Permohonan” dan pilih program HPIPT yang sedang dibuka.
- Semak syarat kelayakan dan klik “Isi Borang”.
- Lengkapkan semua bahagian dalam borang termasuk butiran diri, keluarga, dan akademik.
4. Muat Naik Dokumen Sokongan
- Pastikan dokumen berikut dimuat naik dalam format PDF, JPEG, atau PNG (maksimum 2MB):
✅ Kad Pengenalan pemohon, ibu, dan bapa
✅ Sijil kelahiran pemohon
✅ Surat tawaran kemasukan IPT
✅ Sijil berhenti sekolah
✅ Slip gaji ibu bapa/penjaga atau surat akuan pendapatan
5. Pengesahan dan Penghantaran Permohonan
- Semak semua maklumat sebelum menghantar.
- Klik “Hantar” dan sahkan permohonan.
- Notifikasi akan dihantar melalui emel setelah permohonan diterima.
6. Semakan Status Permohonan
- Log masuk ke sistem secara berkala untuk melihat status permohonan.
- Pemohon akan menerima emel atau SMS jika permohonan berjaya atau tidak berjaya.
Nota Penting:
- Pastikan semua maklumat dan dokumen lengkap bagi mengelakkan permohonan ditolak.
- Permohonan hanya dibuka dalam tempoh yang ditetapkan, jadi pastikan anda menghantar sebelum tarikh tutup.
Untuk maklumat lanjut lihat MANUAL PERMOHONAN lengkap berikut; https://edanapendidikan.selangor.gov.my/manual/muat-turun?fileName=Manual_Modul_Pengguna_Permohonan.pdf
Lihat Juga:
– GrEP MARA: Program Graduan Cemerlang
– Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR2025)
– Biasiswa “Maybank Group Scholarship Programme” 2025
– Permohonan dan Syarat Kelayakan Biasiswa Karangkraf