WhatsApp kena hack? Tiba-tiba tak boleh login dan kod verifikasi langsung tak masuk ke telefon sendiri?
Anda bukan seorang yang pernah mengalami perkara ini. Ramai pengguna menghadapi situasi yang sama apabila akaun WhatsApp mereka digodam dan diambil alih oleh individu tidak dikenali.
Lebih membimbangkan, akaun tersebut terus digunakan untuk menghantar mesej mencurigakan — termasuk minta sumbangan, pinjam duit, atau hantar pautan scam kepada kenalan anda.
Bagaimana nak dapatkan semula akaun WhatsApp yang kena hack?
Ikuti panduan lengkap ini — termasuk contoh emel rasmi kepada WhatsApp Support yang boleh membantun anda untuk dapatkan semula akaun wassap anda.
Apa Berlaku Bila WhatsApp Kena Hack?
Bila akaun WhatsApp anda digodam, beberapa tanda jelas akan mula muncul. Antara petunjuk paling biasa yang dialami oleh mangsa ialah:
- Akaun log keluar sendiri secara tiba-tiba: Anda dapati aplikasi WhatsApp minta login semula walaupun anda tidak pernah log keluar.
- Gagal login walaupun nombor telefon betul: Setiap kali cuba masukkan nombor, sistem WhatsApp tidak membenarkan anda masuk semula ke akaun.
- Kod verifikasi tidak sampai ke peranti anda: SMS atau panggilan suara yang mengandungi kod 6-digit langsung tidak diterima walaupun nombor anda masih aktif.
- Akaun masih aktif di peranti lain: Kenalan anda memaklumkan bahawa akaun anda menghantar mesej-mesej mencurigakan, seperti pautan scam, permintaan derma atau pinjaman wang — sedangkan anda tidak boleh akses langsung.
- Mesej ralat semasa minta panggilan suara: Apabila anda cuba dapatkan kod melalui voice call, mesej ini akan keluar: “We couldn’t call your number. Please check your number and try again in 1 hour.”

Kenapa Kod Tak Sampai ke Nombor Sendiri?
Salah satu tanda paling membingungkan apabila akaun WhatsApp anda digodam ialah kod verifikasi langsung tidak sampai ke telefon sendiri, walaupun nombor masih aktif dan tiada masalah dengan rangkaian.
Sebenarnya, situasi ini berlaku kerana:
- Hacker telah sambungkan akaun anda ke peranti mereka
Bila anda minta kod 6-digit, sistem WhatsApp akan hantar kod tersebut ke peranti terakhir yang sah berdaftar — dalam kes ini, peranti milik hacker. - Sistem keselamatan WhatsApp kesan aktiviti luar biasa
Apabila terdapat banyak cubaan login dari lokasi atau peranti yang berbeza, WhatsApp akan hadkan permintaan kod bagi mengelakkan penyalahgunaan — menyebabkan anda kena tunggu 1 jam, 3 jam, malah hingga 12 jam untuk percubaan seterusnya. - Permintaan voice call juga akan gagal
Kod yang sepatutnya dihantar melalui panggilan suara juga akan dialihkan atau gagal disambung, kerana sistem anggap ia telah diterima di peranti ‘utama’ (yang telah dikawal oleh hacker).
Kesannya? Anda terperangkap — tak dapat login, tak dapat terima kod, dan tak tahu bagaimana untuk rampas semula akaun.
Langkah Segera Untuk Dapatkan Semula Akaun WhatsApp
1. Jangan terus cuba login berkali-kali
Setiap cubaan login yang gagal akan menyebabkan sistem WhatsApp menambah masa menunggu.
Kalau terus paksa masuk, anda mungkin perlu tunggu berjam-jam — malah sehingga 12 jam — sebelum boleh cuba lagi.
2. Jangan padam aplikasi WhatsApp
Ramai pengguna panik dan padam aplikasi.
Jangan buat begitu.
Simpan aplikasi asal supaya anda boleh login semula apabila akaun berjaya dipulihkan. Memadam aplikasi tidak akan bantu, malah boleh ganggu proses pemulihan.
3. Hantar emel segera ke WhatsApp Support
Inilah langkah paling penting dan paling berkesan. Emelkan masalah anda kepada pihak WhatsApp melalui alamat berikut:
- Pengguna Android: [email protected]
- Pengguna iPhone: [email protected]
Pastikan anda hantar maklumat lengkap seperti nombor telefon, jenis peranti, dan bukti (screenshot/video percubaan login gagal).
Langkah ini terbukti berjaya membantu ramai pengguna mendapatkan semula akses ke akaun mereka dalam masa kurang daripada satu jam.
Contoh Emel Rasmi Kepada WhatsApp Support
Untuk bantu pihak WhatsApp kenal pasti akaun anda dan bertindak segera, anda perlu hantar emel rasmi dengan maklumat lengkap serta lampiran bukti cubaan login.
Berikut ialah contoh emel yang boleh anda salin dan sesuaikan:
Subject: URGENT: My WhatsApp Account Was Hacked – Unable to Receive Verification Code
To:
- [email protected] (untuk pengguna Android)
- [email protected] (untuk pengguna iPhone)
Dear WhatsApp Support Team,
I am writing to urgently report that my WhatsApp account has been hacked. I was suddenly logged out, and I am now unable to log back in.
Despite multiple attempts to request the 6-digit verification code via SMS and voice call, none were received on my device. It appears that the hacker has linked my account to their own device, preventing me from regaining access.
Please assist me to recover my WhatsApp account as soon as possible.
Details:
- Phone Number: +60XXXXXXXXX (sila masukkan nombor penuh anda)
- Device: (Contoh: Android – Samsung A14 atau iPhone 14 Pro Max)
- Issue: Can’t receive verification code, account is still active and being used to send scam messages to my contacts.
I have attached screenshots and a screen recording of my failed login attempts as proof.
Thank you for your urgent assistance.
Regards,
Nama Penuh Anda
Lampiran:
✅ Screenshot mesej ralat semasa login
✅ Video atau screen recording cubaan login (jika ada)
Langkah Pencegahan Selepas Akaun Dipulihkan
Selepas akaun WhatsApp anda berjaya dipulihkan, beberapa langkah pencegahan penting perlu diambil bagi memastikan perkara sama tidak berulang.
Berikut ialah tindakan yang disarankan:
1. Aktifkan ciri Two-Step Verification
Ciri keselamatan ini membolehkan anda menetapkan PIN 6-digit tambahan yang diperlukan setiap kali akaun diakses semula.
Pergi ke tetapan WhatsApp > Akaun > Pengesahan dua langkah, dan aktifkannya serta masukkan alamat emel pemulihan yang sah.
2. Elakkan klik sebarang pautan mencurigakan
Jangan klik sebarang pautan yang diterima melalui mesej, terutamanya yang mengandungi tawaran atau ganjaran luar biasa.
Pautan tersebut mungkin membawa kepada laman phishing atau pemasangan perisian hasad.
3. Gunakan emel dan nombor telefon yang aktif
Pastikan anda menghubungkan akaun WhatsApp anda dengan alamat emel aktif yang boleh digunakan untuk pemulihan dan keselamatan tambahan, sekiranya berlaku masalah log masuk di masa hadapan.
4. Semak dan log keluar daripada semua peranti lain
Jika anda pernah menggunakan WhatsApp Web atau Desktop, periksa senarai peranti yang dihubungkan melalui tetapan.
Sekiranya terdapat peranti yang tidak dikenali, log keluar serta-merta dari semua peranti.
5. Maklumkan kepada kenalan anda
Beritahu rakan dan ahli keluarga bahawa akaun anda telah digodam dan minta mereka abaikan sebarang mesej yang mencurigakan atau permintaan luar biasa yang mungkin dihantar oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Kredit: Dila Fadzrey
Lihat Juga:
– Pengesahan Dokumen: Senarai Pegawai Layak Cop Pengesahan