HomeInfoDiskaun Saman PDRM 50% (10 Mei 2025)

Diskaun Saman PDRM 50% (10 Mei 2025)

Diskaun saman PDRM 50% kembali lagi! 

Sempena Pameran Pencegahan Jenayah PDRM Perak Tahun 2025, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjemput orang ramai untuk hadir dan menikmati pengurangan saman trafik terpilih secara terus di lokasi.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Diskaun saman 50% hanya berlangsung pada 10 Mei 2025 (Sabtu) di Stadium Indera Mulia, Ipoh. 

Hadir bersama keluarga dan sahabat handai, serta manfaatkan aktiviti menarik yang ditawarkan. Bersama kita jayakan kempen keselamatan jalan raya dan pencegahan jenayah.

Apa Itu Diskaun Saman PDRM?

Diskaun saman PDRM merujuk kepada pengurangan bayaran kompaun saman trafik yang ditawarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada kadar khas (contohnya 50% hingga 80% lebih rendah daripada kadar asal). 

Inisiatif ini biasanya dilancarkan pada waktu-waktu tertentu, contohnya sempena perayaan / sambutan (Program Madani Rakyat) atau acara khas PDRM, bagi menggalakkan orang ramai melangsaikan saman tertunggak mereka. 

Diskaun ini menjadi pilihan kerana ia meringankan beban kewangan rakyat, terutamanya yang mempunyai banyak saman terkumpul. 

Ramai pemilik kenderaan mengambil peluang ini untuk menjelaskan saman dengan kos lebih rendah, malah ada yang sengaja menunggu kempen diskaun sebelum membayar saman.

Diskaun Saman Polis 50% Sempena Pameran Pencegahan Jenayah PDRM Perak 2025

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak melalui Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti akan menganjurkan Pameran Pencegahan Jenayah sempena Majlis Penutupan Temasya Sukan Piala Ketua Polis Negara Fasa II yang berlangsung pada:

  • Tarikh: 10 Mei 2025 (Sabtu)
  • Masa: 8.00 pagi hingga 4.00 petang
  • Tempat: Stadium Indera Mulia Ipoh, Perak.
Pameran Pencegahan Jenayah PDRM Perak 2025

Pelbagai program dan aktiviti menarik tersedia buat para pengunjung. Antaranya pameran PDRM, pameran agensi kerajaan dan swasta, kaunter pendaftaran Volunteer Smartphone Patrol (VSP), gerai makanan, jualan Rahmah MADANI serta kaunter semakan dan pengurangan bayaran saman PDRM sehingga 50% bagi kesalahan terpilih.

Senarai Saman Yang Tidak Layak Diskaun

Berdasarkan maklumat rasmi, berikut ialah jenis saman yang tidak layak mendapat pengurangan kompaun:

  • Kes kemalangan
  • Kesalahan bicara mahkamah (Kod M)
  • Saman berstatus waran (Kod W)
  • Kesalahan berkaitan kenderaan berat (lori)
  • Potong barisan secara berbahaya
  • Menggunakan lorong kecemasan
  • Kesalahan tidak boleh kompaun (NC)
  • Tidak patuhi isyarat lampu merah
  • Memotong di garisan berkembar
  • Pengubahsuaian ekzos
  • Saman berstatus Ops Selamat
Diskaun Saman PDRM 50% 10 Mei 2025

Cara Semakan Saman PDRM Online

Orang ramai yang ingin membuat bayaran saman dinasihatkan agar menyemak dahulu status saman melalui portal rasmi MyBayar Saman. 

Langkah ini penting bagi mengelakkan kesesakan di kaunter serta mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.

Untuk membuat semakan, pengguna perlu:

  1. Daftar akaun MyBayar Saman di portal rasmi: https://mybayar.rmp.gov.my
    atau muat turun aplikasi MyBayar Saman di telefon pintar (Android/iOS).
  2. Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan.
  3. Semak senarai saman yang masih aktif.

Panduan Pembayaran Saman di Kaunter

Untuk membayar saman di lokasi:

  • Bawa kad pengenalan dan nombor kenderaan
  • Kaunter akan menyemak saman trafik anda
  • Bayaran boleh dibuat secara tunai atau kad debit/kredit
  • Resit rasmi akan dikeluarkan selepas bayaran dibuat

Info Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai diskaun saman ini, sila rujuk Facebook Rasmi Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti PDRM dan Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments