KADAR DIVIDEN KWSP DAN SEMAKAN DIVIDEN 2025 BAGI TAHUN KEWANGAN 2024
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen yang lebih tinggi bagi tahun 2024, iaitu 6.30 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 6.30 peratus bagi Simpanan Shariah.
Jumlah agihan bagi Simpanan Konvensional adalah sebanyak RM63.05 bilion, manakala Simpanan Shariah mencatat RM10.19 bilion, menjadikan jumlah keseluruhan pembayaran dividen tahun 2024 sebanyak RM73.24 bilion.
Kadar dividen ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2023, KWSP mengisytiharkan dividen sebanyak 5.50 peratus bagi Simpanan Konvensional, meningkat daripada 5.35 peratus pada tahun 2022, dengan jumlah agihan sebanyak RM50.33 bilion.
Bagi Simpanan Shariah, kadar dividen pada tahun 2023 ialah 5.40 peratus, lebih tinggi daripada 4.75 peratus pada tahun 2022, dengan jumlah agihan sebanyak RM7.48 bilion.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn, memaklumkan bahawa setakat 31 Disember 2024, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan kasar yang lebih tinggi, mencecah RM74.46 bilion.
Kadar Dividen 2025 Bagi Tahun Kewangan 2024
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan kadar dividen bagi tahun 2024 sebanyak 6.30% bagi Simpanan Konvensional dan 6.30% bagi Simpanan Shariah.


Berbanding dengan tahun sebelumnya, kadar dividen KWSP menunjukkan peningkatan yang ketara. Pada tahun 2023, kadar dividen adalah 5.50% bagi Simpanan Konvensional dan 5.40% bagi Simpanan Shariah. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.80% bagi Simpanan Konvensional dan 0.90% bagi Simpanan Shariah.
Secara keseluruhan, dividen KWSP tahun 2024 mencatatkan kadar tertinggi dalam tempoh lima tahun terakhir, menunjukkan pemulihan dan pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Berikut adalah perbandingan kadar dividen KWSP dalam lima tahun terakhir:
Tahun | Dividen Simpanan Konvensional (%) | Dividen Simpanan Shariah (%) |
2023 | 5.5% | 5.4% |
2022 | 5.35% | 4.75% |
2021 | 6.10% | 5.65% |
2020 | 5.20% | 4.90% |
2019 | 5.45% | 5.00% |
Kadar Dividen KWSP Bagi Tahun-tahun Sebelumnya
Berikut adalah kadar dividen KWSP dari tahun 1952 hingga 2023 untuk Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah (jika tersedia):
Kadar Dividen KWSP Dari Tahun 1952 – 2023
Tahun | Simpanan Konvensional (%) | Simpanan Shariah (%) |
2023 | 5.4% | 5.4% |
2022 | 5.35 | 4.75 |
2021 | 6.10 | 5.65 |
2020 | 5.20 | 4.90 |
2019 | 5.45 | 5.00 |
2018 | 6.15 | 5.90 |
2017 | 6.90 | 6.40 |
2016 | 5.70 | – |
2015 | 6.40 | – |
2014 | 6.75 | – |
2013 | 6.35 | – |
2012 | 6.15 | – |
2011 | 6.00 | – |
2010 | 5.80 | – |
2009 | 5.65 | – |
2008 | 4.50 | – |
2007 | 5.80 | – |
2006 | 5.15 | – |
2005 | 5.00 | – |
2004 | 4.75 | – |
2003 | 4.50 | – |
2002 | 4.25 | – |
2001 | 5.00 | – |
2000 | 6.00 | – |
1999 | 6.84 | – |
1997-1998 | 6.70 | – |
1996 | 7.70 | – |
1995 | 7.50 | – |
1988-1994 | 8.00 | – |
1983-1987 | 8.50 | – |
1980-1982 | 8.00 | – |
1979 | 7.25 | – |
1976-1978 | 7.00 | – |
1974-1975 | 6.60 | – |
1972-1973 | 5.85 | – |
1971 | 5.80 | – |
1968-1970 | 5.75 | – |
1965-1967 | 5.50 | – |
1964 | 5.25 | – |
1963 | 5.00 | – |
1960-1962 | 4.00 | – |
1952-1959 | 2.50 | – |
Dari senarai di atas, kita dapat melihat bahawa kadar dividen KWSP berada pada paras tertinggi dalam era 1983-1987, mencapai 8.50%, sebelum mengalami penurunan dalam dekad berikutnya.
Tarikh Semakan Dividen
Ahli KWSP boleh menyemak penyata dividen mereka bermula 2 Mac 2025 melalui aplikasi KWSP i-Akaun. Semakan boleh dilakukan dengan memuat turun aplikasi tersebut dari App Store, Google Play, dan AppGallery.

Cara Semakan Dividen KWSP
Bagi mengetahui berapa baki simpanan KWSP anda, semakan boleh dibuat dengan beberapa cara iaitu;
- Hadir sendiri di cawangan KWSP terdekat
- Semakan melalui kiosk KWSP
- Secara online melalui i-Akaun
Bagi semakan secara online, ia boleh dibuat melalui portal i-Akaun (Ahli);
https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
Ikuti langkah-langkah berikut;
- Tekan log masuk melalui link laman portal di atas
- Masukkan User ID
- Pastikan imej keselamatan adalah betul berdasarkan frasa rahsia yang didaftarkan sebelum ini.
- Masukkan kata laluan dan klik log masuk
Pendaftaran i-Akaun KWSP Bagi Pengguna Baharu
Sekiranya anda belum mempunyai i-akaun, anda boleh mendaftar dengan mengikuti langkah berikut;
1. Daftar i-Akaun di mana-mana kios KWSP.
2. Log masuk i-Akaun, masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID Pengguna dan kata laluan sementara diterima melalui SMS.
3. Cipta ID Pengguna, kata laluan dan frasa rahsia.
4. Setelah pengaktifan berjaya, log semula ke i-Akaun dan sahkan nombor TAC yang telah didaftarkan.
Panduan bergambar di bawah lebih memudahkan cara mendaftar i-Akaun.
Untuk makluman, terdapat kios pintar yang beroperasi pada hari minggu di cawangan KWSP terpilih.
Oleh itu, anda boleh ke cawangan KWSP tersebut pada hari minggu untuk berurusan. Klik https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks untuk dapatkan lokasi kios dan waktu operasinya.
Soalan Lazim (FAQ)
2 Mac 2025
Simpanan Konvensional – 6.30%
Simpanan Shariah – 6.30%
1) Secara online melalui i-Akaun
2) Hadir sendiri di cawangan KWSP terdekat
3) Semakan melalui kiosk KWSP
Mulai 2 Mac 2025