HomeKewanganSemakan Dividen KWSP 2024: Bagi Tahun Kewangan 2023

Semakan Dividen KWSP 2024: Bagi Tahun Kewangan 2023

KADAR DIVIDEN KWSP DAN SEMAKAN DIVIDEN 2024 BAGI TAHUN KEWANGAN 2023

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan dividen bagi tahun 2023 di mana untuk simpanan konvensional adalah 5.5 % dan bagi simpanan syariah sebanyak 5.4 %.

Untuk rekod, dividen paling tinggi pernah diberikan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah 8.5 % iaitu dari 1983 hingga 1987.

Kadar Dividen 2024 Bagi Tahun Kewangan 2023

Kadar dividen 2023 yang diumumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah 5.5 untuk simpanan konvensional dan 5.4 peratus untuk simpanan simpanan shariah.

Kadar itu lebih tinggi berbanding 2022 yang mana dividen diumumkan ketika itu bagi simpanan konvensional adalah 5.35 peratus dan 4.75 peratus bagi simpanan shariah.

Ia membabitkan pengagihan terkumpul RM57.81 bilion masing-masing RM50.33 bilion untuk simpanan konvensional dan RM7.48 bilion lagi untuk simpanan shariah.

Kadar Dividen Tahun-Tahun Sebelum Ini

Untuk rekod, jadual di bawah adalah kadar dividen dari tahun 2000 hingga 2022.

TAHUNSIMPANANSHARIAHSIMPANANKONVENSIONAL
20225.35%4.75%
20215.65%6.1%
20204.90%5.20%
20195.00%5.45%
20185.90%6.15%
20176.40%6.90%
20165.70%
20156.40%
20146.75%
20136.35%
20126.15%
20116.00%
20105.80%
20095.65%
20084.50%
20075.80%
20065.15%
20055.00%
20044.75%
20034.50%
20024.25%
20015.00%
20006.00%

Semakan Dividen KWSP 

Bagi mengetahui berapa baki simpanan KWSP anda, semakan boleh dibuat dengan beberapa cara iaitu;

  1. Hadir sendiri di cawangan KWSP terdekat
  2. Semakan melalui kiosk KWSP
  3. Secara online melalui i-Akaun

Semakan secara online boleh dibuat melalui portal i-Akaun (Ahli);

https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

Ikuti langkah-langkah berikut;

  • Tekan log masuk melalui link laman portal di atas
  • Masukkan User ID
  • Pastikan imej keselamatan adalah betul berdasarkan frasa rahsia yang didaftarkan sebelum ini.
  • Masukkan kata laluan dan klik log masuk

Tarikh Semakan Dividen

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja memaklumkan tarikh semakan dividen boleh dibuat mulai 3 Mac 2024 (Ahad).

Untuk semakan ini, ahli-ahli  digalakkan membuat semakan melalui i-Akaun.

Pendaftaran i-Akaun KWSP Bagi Pengguna Baharu

Sekiranya anda belum mempunyai i-akaun, anda boleh mendaftar dengan mengikuti langkah berikut;

1. Daftar i-Akaun di mana-mana kios KWSP.

2. Log masuk i-Akaun, masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID Pengguna dan kata laluan sementara diterima melalui SMS.

3. Cipta ID Pengguna, kata laluan dan frasa rahsia.

4. Setelah pengaktifan berjaya, log semula ke i-Akaun dan sahkan nombor TAC yang telah didaftarkan.

Panduan bergambar di bawah lebih memudahkan cara mendaftar i-Akaun.

Untuk makluman, terdapat kios pintar yang beroperasi pada hari minggu di cawangan KWSP terpilih. 

Oleh itu, anda boleh ke cawangan KWSP tersebut pada hari minggu untuk berurusan. Klik https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks untuk dapatkan lokasi kios dan waktu operasinya.

Soalan Lazim (FAQ)

Bilakah Tarikh Pengumuman Dividen KWSP 2023?

3 Mac 2024

Berapada kadar dividen KWSP bagi tahun kewangan 2024?

Simpanan Konvensional = 5.5%
Simpanan Syariah = 5.4%

Bagaimana semakan dividen KWSP boleh dibuat?

1) Secara online melalui i-Akaun
2) Hadir sendiri di cawangan KWSP terdekat
3) Semakan melalui kiosk KWSP

Bilakah semakan dividen KWSP boleh dibuat?

Mulai 3 Mac 2024 (Ahad).

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments